Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Menang!

Thursday 8 July 2010


TAK. Entri kali ni tak ada kaitan dengan team Spain yang bakal menang World Cup nanti. Haha. Optimis sungguh. Tak habis-habis. Tak apa, optimis itu kan bagus. Sila setuju.

Gambar itu sekadar hiasan. Sekadar nak melambangkan juara, pemenang. Tiada langsung nak membuatkan peminat Germany jealous. Okay, mungkin ada sedikit. Tapi kali ini nak membicarakan tentang pemenang.

Pemenang itu apa? Apa itu juara? What is champion? What is a winner? Ambil masa untuk fikir. Kalau suruh kanak-kanak tadika fikir, mereka akan jawab "Pemenang tu orang yang paling bagus dalam pertandingan. Dia dapat nombor 1. Dia kalahkan orang lain". Ya, itu jawapan kanak-kanak ribena. Bagaimana jawapan kita?

Sedar atau tidak, pemenang itu adalah kita. YA, KITA. Kamu, aku, awak, saya, kami, semua. Kita telah lama ditakdirkan Allah sebagai pemenang. Tiada patut wujudnya istilah 'loser' dalam hidup kita semua. Sebab kita diciptakan oleh Allah untuk hidup di muka bumi sebagai pemenang. Buktinya?

Sebelum kita dilahirkan, sebelum kita wujud sebagai makhluk comel (fetus) dalam kandungan ibu kita, kita terlebih dahulu terpaksa bersaing dengan berjuta-juta sperma yang lain untuk bersenyawa dengan ovum, agar kita dapat lahir ke dunia ini. BERJUTA, okay. Beruntungnya kita dapat lahir ke dunia, dapat menjalani kehidupan, dapat melihat wajah ibu dan ayah, dapat memiliki sahabat, dapat menolong orang lain, dapat tersenyum, dapat belajar, dapat menangis, dalam kata lain....dapat hidup sebagai khalifah Allah di dunia ini. Dalam berjuta sperma yang bersaing, kita dipilih sebagai pemenang. Allah...bersyukurnya diri ini. Allah telah memilih kita untuk memakmurkan bumi. Fikirkan kembali. Sperma berjuta yang bersaing dengan kita dahulu tiada peluang pun untuk melihat dunia. Beruntungnya kita. Alhamdulillah.....



Kini kita hidup sebagai manusia, hamba Allah yang semakin hari semakin lemah. Setiap dugaan yang datang menimpa kita, kita rasakan ia membuatkan kita semakin lemah. Kita sering kali lupa, kita diciptakan sebagai pemenang. Hanya kerana ujian yang Allah turunkan kepada kita agar kita lebih bertaqwa, kita dengan mudahnya berasa lemah. Allah....betapa lalainya hati ini! Sungguh, hati ini sangat mudah terpaut pada dunia yang keji. Sedangkan Allah ciptakan dunia bukan untuk disanjung, tetapi hati kita lebih suka memuja dunia, hidup dalam zon selesa, mengumpul kekayaan, berasa senang dengan kehidupan. Apabila datangnya ujian Allah, kita mudah rasa lemah, sungguh mudah berputus asa. Semuanya kerana hati ini terlalu lalai, terlalu asyik dengan dunia. Hati ini dikaburi dengan dahsyatnya sehingga ia lupa dengan janji-janji Allah.

Merujuk kepada jawapan kanak-kanak ribena di atas. Pemenang itu adalah yang terbaik, yang berjaya menewaskan yang lain. Sebab itu dia menang. Dalam konteks hidup kita sekarang, siapa yang kita nak tewaskan? Tak perlu susah-susah fikir jauh sampai ke Israel. Mari kita lihat dalam diri sendiri. Adakah kita sudah berjaya tewaskan nafsu sendiri? Bagaimana pula dengan syaitan yang rajin, dan tak pernah putus asa mengapi-apikan nafsu kita? Bagaimana pula dengan helah dunia? Sudah menangkah kita? Sudahkah kita berjaya menewaskan semua itu? Kita diciptakan sebagai pemenang. Marilah kita kembali kepadaNya sebagai pemenang. Hakikatnya, yang menjadikan diri itu 'loser' adalah lemahnya iman dalam diri, dan kuatnya pautan hati pada dunia. Na'udzubillahi  minzaalik....

Untuk kita dan siapa-siapa yang sering berasa lemah, marilah kita muhasabah bersama. Allah ciptakan kita sebagai pemenang. Hidup ini adalah pertandingan untuk mencapai kemenangan hakiki di akhirat kelak. Sebelum kita berputus asa, ingatlah kenapa Allah benarkan kita hidup di dunia. Ingatlah kenapa Allah pilih kita untuk hidup di dunia. Sebab kita semua adalah pemenang. Benar, ada masanya kita lupa. Tidak dinamakan manusia jika ia tidak lupa. Maka itulah gunanya saling mengingatkan ^_^ .

~Ya Allah, thabatkan hati-hati kami dalam mentaatiMu, dalam berpegang pada agamaMu dan dalam berjuang pada jalanMu. Hidup dan mati ini hanya untukMu~


p/s: entri ini dibuat khas sempena dengan hari lahir seorang sahabat di Malaysia. Kehidupan beliau mengajar aku erti tak kenal putus asa. Semoga kau terus berusaha dan berjaya.

p/s II: entri ini ditujukan untuk diri sendiri. Sebagai muhasabah diri yang dah lama tak bermuhasabah. Astaghfirullaahal 'aziim....

4 play the melodies:

djailuh said...

we are the champions..my friend..thanx to ALLAH..

9 July 2010 at 03:48
farahnur said...

winning doesn't always mean being first. it means you're doing better than before *cilup dari penanda buku yang orang tu bagi* :)

9 July 2010 at 22:09
Dr Marami said...

spain da menang suke la tuh..ciss

12 July 2010 at 07:54
Sarah Mustaza said...

tidak terungkap dek kata2...ahahah

12 July 2010 at 10:49
Related Posts with Thumbnails