Pada asalnya, plan aku dan Sakinah hari ni nak meneroka Bandar Bintang-bintang a.k.a City Stars selepas exam. Nak cari sedikit barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Fakta menarik tentang kami dan City Stars: Selama 2 tahun tinggal di Mesir, kami hanya tahu selok belok tingkat paling bawah shopping mall itu. Kami tak pernah pun naik ke tingkat-tingkat lain. HAHAHA. Kawan-kawan, sila ketawakan kami. Kalau orang tanya, cakap je la "City Stars tu BESAAAAR sangat! Kami ambik masa 2 tahun nak jalan-jalan kat tingkat bawah je,". Gagaga~
Namun pertemuan dengan Kak Nisa' selepas exam akhirnya membawa kami berlima ke 'Attabah. Mari kita namakannya Ekspedisi 'Attabah. Ahli-ahlinya terdiri daripada: Kak Nisa', Syud, Ah, Sakinah dan aku. Semuanya akan pulang serentak nanti. Maka kami pilih hari ini untuk jelajah 'Attabah, cari jubah dan benda-benda lain.
Lebih kurang pukul 11 pagi, kami berkumpul di stesen Metro Demerdash. Naik Metro pegi 'Attabah weh! Comel tak kami? Kalau naik teksi, mahal. Kalau naik bas sesak, sarat, panas, peluh, campur. Semua tak best. Maka Metro lah pilihan terbaik. Yang bestnya, Metro pun agak sesak siang tadi. Huhu....
Semasa membeli tiket:
Aku: Kita nak beli tiket ape?
Syud: Mubarak. Kat sana nanti kita kena tukar....blablabbla.
Oh...okeh. Bagus. Ada yang tahu direction.
Dengar cerita, kat Malaysia pun dah buat gerabak khas untuk wanita. Tak sabar nak naik. Tak sabar nak rasa selesa, tenang, selamat, dapat tengok pemandangan indah belaka time naik komuter kat Malaysia. Pemandangan indah itu sangat makan dalam. Harap maklum.
Tiba di stesen Mubarak beberapa minit kemudian. Kami bersesak-sesak turun. Seperti yang di jangka, kena naik tren lagi satu. Kami dengan yakin meneruskan perjalanan, sambil tengok peta, detect lokasi 'Attabah. Dengan tenang menunggu tren. Kemudian, dengan yakin kami naik tren. Hanya beberapa ketika selepas tren bergerak, aku tergerak hati nak tengok peta perjalanan.
Aku: Eh...bukan ke kita patutnye pegi arah kanan? Tapi tren ni pegi kiri.
Sakinah merenung peta seraya berkata: Ha ah la....kita salah arah eh?
Aku menatap semula peta perjalanan. Kami sedang menuju arah Massara.
Kuang3.....
Sakinah: Kita dah salah arah ni...
Syud: Ha ah la...camne nih....
Kak Nisak: Wah...first time sampai Massara
Ah: Massara ni tempat ape?
Dialog tu aku reka je.....Kalau orang tanya Massara tu kat mana, cakap je la dekat-dekat ngan Matruh. Ini jawapan orang yang terkilan tak dapat join jaulah ke Matruh =P.
Tengok jam tu. Tulisan Arab! Tak ada kat Malaysia nih. Tetibe je...
Stesen Massara. Kosong, sunyi, lapang. Macam bukan kat Mesir.
Syud: Rase-rasenye, cukup tak bekal kite bawak ni?
Ah: Cukup ni. Kite masak lebih pagi tadi.
Sebenarnya kami beli batotis bittibaan je kat kuliah tadi. Gagaga~
Paham tak? Paham tak tu??
Beberapa minit menunggu, maka tibalah tren yang membawa kami ke 'Attabah. Dari Mubarak nak ke 'Attabah, kena lalu 2 stesen. Stesen first tak ingat sangat nama dia. Tapi ada peristiwa best kat stesen first tadi. Sedang melayan perasan naik tren menuju ke 'Attabah, tren pun berhenti di stesen pertama. 'Attabah adalah stesen KEDUA. Ketika tren berhenti, mataku terlihat 2 kelibat wanita Melayu yang sedang turun dari tren. Eh2....rasa macam kenal je 2 orang tu. Tapi apsal mereka turun? Jantung terus berdegup laju. Ya Allah!
Aku: Eiii....naaaaaik cepat! Belum lagi laaaaa!!
Terkeluar suara garau aku time tu, sampai mak cik Arab yang duduk depan aku ketawa. Syud turut ketawa melihat aku. Mereka yang turun tadi dengan muka cemas, cepat2 naik semula. Fuhh...nasib baik sempat. Kalau pintu dah tutup.....na'udzubillah. Dan kami pun ketawa sampailah tiba di stesen 'Attabah.
Ini lah salah satu corok di 'Attabah. Panas, sesak....semua lah ada. Barang-barang pun banyak ada jual kat sini. Biasanya, students yang nak balik Malaysia borong kat sini la.
Trafik pun tidak kurang sesaknya. Teringat kata2 seorang kawan: Ape je yang tak sesak kat Mesir nih???
Masih di 'Attabah. Kata seorang kawan: "Saya pegi Hussein pukul 8, pukul 9 dah balik. Senang pegi sorang ni,". Lelaki, memang la. Ambik tu, ambik ni, jalan sikit, balik. Memang senang =P.
Ketika mnuju ke Hussein, azan Zohor berkumandang. Maka kami decided nak solat di kawasan Hussein saja. Nama kampung Hussein ni: Khan El-Khalili. Orang Holland tak kenal tempat nama Hussein. Diorang tau Khan El-Khalili je. Cis.
Ketika masuk ke dalam masjid.....
Aku bertanya kepada seorang remaja lelaki di luar masjid: Fi musolla lissaiyidaat? (Ade tempat solat perempuan tak?)
Beliau: Aiwah...fi. (Ade)
Dengan rasa gembira, kami pun masuk. Jalannya agak bersimpang siur, dan sepanjang perjalanan menuju tempat solat, hanya kelihatan lelaki sahaja. Gulp.
Sampai je tempat solat, seorang 'ammu berkata: Tempat solat perempuan tutup. Korang solat sini je la. Pegi belakang tuh.
Adeh....kena solat kat tempat lelaki pulak. Ahh...bantai je la. Janji solat. Tak haram kan? Lagipun, kat kawasan belakang memang tak ada orang solat. Huhu.
Pemandangan dari dalam masjid. Cantik tak?
Selesai solat, kami meneruskan ekspedisi. Cari itu, cari ini. Tawar-menawar, gaduh-gaduh sikit dengan 'ammu. Ada satu ketika tu, aku tengah tunggu Syud beli barang. Berdiri di tepi kedai dengan Sakinah. Tiba-tiba seorang 'ammu dari kedai bertentangan menunjuk ke arah aku dengan muka excited. Gulp.
'Ammu excited berkata: Khomsah wa thalathiiin... (maksudnye: 35 genih. sambil menunjuk ke arah jubah yang aku pakai, kemudian menunjuk ke arah longgokan jubah yang dia jual)
Sama. Hek eleh...kantoi la camni! Aku merenung jubah hijau boria MTP itu. Hahaha. Sape suruh pakai jubah tu pegi Hussein? Sah2 la diorang beli jubah ni kat Hussein dulu. Kuang3.....
Kami meneruskan ekspedisi sampailah semua orang dah tak larat nak berjalan lagi. Time tu dah pukul 4.15 petang.
Aku: Waaa...hausnye. Nak air kosong....
Sakinah: Dah tak larat nak jalan nih...
Syud: Kita balik la nak?
Maka kami mengorak langkah pulang. Rasanya kaki dah melebar dua kali ganda. Haha.
Aku, Sakinah dan Syud menuju ke tempat menuggu bas. Dalam perjalanan ke stesen bas, kami pekena 'asir dulu. Konon nak bagi tenaga =P. Kak Nisa' dan Ah mengorak langkah pulang ke 'asyir.
Akhirnya, aku dan Sakinah menaiki bas Ramsis, seperti yang dipesan oleh kawan kami. Lama juga nak tunggu bas Ramsis. Rasa nak pengsan pun ada. Tengah2 tunggu bas, tiba2 tersaksi pula peristiwa dua orang lelaki Mesir sedang berlari2 mengejar bas. Dia punya lari tu...perghh macam masuk sukan Olimpik, acara 4x100 meter! Sorang pakai seluar, sorang lagi pakai jubah. Bahaya juga kalau terlihat lelaki berjubah berlari laju-laju. Setelah beberapa kurun menunggu, tiba juga bas Ramsis. Alhamdulillah, bahagia sungguh rasanya.
Dalam bas sangatlah sesaknya. Jalan raya lagilah sesak. Ditambah dengan cuaca panas...fuh. Memang menguji kesabaran. Kalau ikutkan nafsu, banyak dah sumpahan keluar. Tapi tak baik emo2 nih. Ingat Allah tak lihat kamu? Ingat Allah tak dengar kamu? Ingat Allah tak tahu isi hati kamu?? Mari insaf T_T.
Beberapa penumpang turun naik silih berganti. Asalnya, sebelah aku mak cik, kemudian jadi pak cik. Aku hanya merenung ke luar tingkap, tak mampu nak senyum atau berkata2.
Nampak tak tulisan yang tertulis kat bangunan tuh? Macam tau2 je keadaan kami time tu. Haha.
Sedapnya kalau dapat minum air sejuk time2 tekak tengah kering.
Dalam bas, hati ini sangat membara. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana penat, ditambah dengan zahmah (traffic jam), panas terik, peluh2, tekak kering, lapar (sebab dari pagi tak makan lagi T_T), maka aku jadi tak reti duduk diam. Namun tetap memaksa diri untuk istighfar. Tak elok emo2 nih. Percayalah :).
'Ammu yang duduk di sebelahku maybe dia perasan yang aku ni muka macam dah nak meletup, maka dia pun jadi peramah, nak borak2 dengan aku. Aiseh....wrong timing la 'ammu.
'Ammu: How are you? (perghhh...cakap omputeh)
Aku: Alhamdulillah, bikhair (senyum dan terus pandang keluar tingkap. dalam hati kata: jangan la borak dengan aku...)
'Ammu: You know Arabic?
Aku: Syuwaiya (sikit2.senyum lagi)
'Ammu: Korea?
Aku: Ana? La'...ana Malizi (Tak, aku orang Malaysia. Aku rupa Korea ke? Ni dah kali kedua orang Mesir cakap aku Korea. Cis)
'Ammu: Kuliyyah eyh? (Ko kuliah ape)
Aku: Tibb Ain Shams. Ana sanah thaniah. (Perubatan Ain Shams. Aku Tahun 2)
'Ammu: Very good......
Senyap sebentar.... Fuh. Lega.
'Ammu: Ana Mister Hassan. (alaaa...aku tak tanye pun T_T. nape dia peramah sangat nih...)
Aku: Ana Sarah (sambil tersenyum dan pandang luar semula. sungguh, aku takde mood nak borak2)
'Ammu: Sarah???
Aku hanya mengangguk.
'Ammu: Good name, Sarah.
Aku hanya bermonolog: Ye, aku tau laaa
'Ammu: My sister is Sarah.
Aku hanya senyum.
'Ammu: I love the name Sarah.
Cis. Jujur giler 'ammu nih....
Aku terus mendiamkan diri. Masih memandang ke luar tingkap.
'Ammu: Anti makhtubah?
Apesal aku rasa macam pelik je soalan dia kali nih? Ke...aku salah dengar?
Aku: Eyh? (Apa?)
'Ammu: Anti makhtubah? (sambil membuat aksi memakai cincin di jari. soalannya bermaksud: ko dah bertunang ke?)
Gulp. Aiseh! Aku tak pakai cincin. Memang tak ada cincin. Adehhh........
Aku: Erm....I'll go back to Malaysia this Sunday. Wa ba'din, ana makhtubah.
(Maksudnya: aku balik Malaysia Ahad ni. Lepas balik aku bertunang lah. sambil tersenyum sinis)
Sarah penipu! Aku berkata dalam hati. Tapi nak menyelamatkan diri. Kang entah2 'ammu tu kata: Will you marry me? Orang Mesir ni suka jugak cakap camtu. Mereka ingat kawen ni main2 agaknya....ish3.
'Ammu: Oh...very good. God bless you and your husband.
Aku: Amiiiin ya Rabb!
Aku: Is this the last station? (cuba mengubah topik perbualan. ceh...)
'Ammu: Yes, this is Ramsis, the last station.
Haaa??! Ramsis? Aku nak turun kat 'Abbasiyah! Ya Allah...salah naik bas rupenye...kuang3.
'Ammu: Okay, bye. (terus bangun dan blah)
Laaa....terus blah? Haha. Taktik aku berkesan!
Sampai saja di stesn Ramsis, aku dan Sakinah hanya mampu tersenyum pahit. Kemudian, kami naik Metro untuk pulang ke rumah. Lebih selamat. Gerenti tak sampai Ramsis semula. Haha.
Sampai rumah pukul 6.30 petang.... Bushhh!! Sedapnya dapat mandi.
-The end-
p/s: Ibu, nanti hadiahkan angah cincin raya boleh tak? I think I really need one. Huhu.
2 play the melodies:
memang datang sini kene pakai cincin kot 'cik' sarah.
21 July 2010 at 22:02ana dengar enti borak dengan 'ammu tu ana jadi jealous pulak.haha.
puas curi2 dengar tapi tak dapat jugak...haha. (sesuka hati je)
nasib bas sampai ramsis je kan.kalau sampai depan pintu rumah lagi la entah pape 'ammu tu cakap agaknya. (dengan pintu rumah kita yang tak boleh bukak ni - yang ni tiada kaitan)
best certa tu..hehe..pengajaran..byk..
21 July 2010 at 23:59ape pon..slmt abes exam..doakn kjayaan same2..gudgurl..
sarah..kenal x sape ni..miss u dear..lama xjumpe..kirim salam kat syud ye..lawa lak tgk gmbr korg..
nti raye mai uma ye..+60676111190..ni no uma kt...call la my mom..haha..ziarah2..
ok la..waslam..
Post a Comment