Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Random

Thursday, 20 January 2011

# Suatu petang yang indah, ku kira dalam minggu ini, aku decided nak berjalan-jalan ke luar, ambil angin petang yang sejuk bercampur bau lumpur. Selesai mengenakan jersey Liverpool beserta kasut joging jenama Adidas, Aku terus menuruni tangga kerana tidak mahu membazirkan elektrik dengan menggunakan lif. (rumah tingkat 3 boleh laa...) Sampai saja di anak tangga terakhir, terdengar namaku dipanggil. Eh...bukan panggil. Lebih kepada laung. "Sarah!!" Adehh...ni mesti mama, isteri bawab yang panggil. Apa dia nak? Aku ada buat salah apa-apa ke? Sewa bulan ni dah bayar. Duit bawab pun dah. 'Ammu sampah pun dah. Duit lif, letrik, air semua dah. Arghhh...mama ni nak apa pulak ni. Aku bukan faham sangat kalau dia cakap.

Aku: Aiwah.... (senyum cemas sambil menghampiri rumah mereka)
Mama: blablablablabla....  (serius aku tak faham ape. arghhh...cane ni?)
Aku: .........................hmmm?  (muka kerut. tapi still senyum. senyum itu kan sedekah. lagipun itu salah satu cara untuk elak kena marah kalau ada buat salah. heh)
Mama: blablablablabla.....  (dia ulang semula apa yang dia cakap tadi. oh...itu langsung tidak membantu. aku takde clue langsung dia cakap pasal apa)
Aku: ............................................  (geleng kepala)

Maka datanglah seorang anak perempuannya, berusia dalam lingkungan 6 tahun, berusaha sedaya upaya menerangkan kepadaku apa yang mak dia cakap. Tapi sama je, aku tak faham jugak. Sampai nak 5 kali ulang kot. Haha.

Mama: blablablabla......  (muka bersungguh sambil menudingkan jari ke arah kasutku)
Aku: ............................   (melihat ke arah kasut dengan penuh tanda tanya. kenapa dengan kasut aku?)
Mama: blablablablablabla.........   (arghhh....tertekan sebab tak faham. haha)

Akhirnya, setelah masing-masing berhempas pulas cuba untuk memahamkan dan cuba untuk memahami, aku mengerti bahawa mama tersebut bertanyakan sama ada aku ada kasut lebih atau tak. Dia perlukan kasut sebab nanti dia nak balik kampung, lawat mak dia yang tengah sakit. (itu yang aku faham la...)

Aku pun naik semula ke atas. Menyelongkar kotak-kotak barang yang tak digunakan dan terjumpa dua pasang kasut yang memang aku tak pakai. Satu kasut yang dibeli di Cairo. Satu lagi dibeli di Mansurah. Tapi dua-dua tak kena dengan keselesaan aku memakainya. Mungkin kerana style kasut tu ikut kaki orang Mesir. Daripada dibiarkan berhabuk, baik bagi mama tu kan?

Aku pun turun semula ke bawah. Aku hulur plastik berisi kasut kepada mama tersebut. Dia tersenyum kemudian...

Mama: Mana selimut?
Aku: ........................... (tercengang. eh....dia ada mintak selimut ke tadi?)
Mama: Ada tak selimut?
Aku: ...........err..........  (bila masa dia mintak selimut? adehhh)
Aku: Takde selimut.
Mama: Jubah ade?  (sambil menudingkan jari ke arah jubah yang aku pakai)
Aku: ....................... (haa?? dia ada mintak jubah ke tadi? dan...apesal pulak dia nak jubah?)
Aku: Jubah??
Mama: Ye, jubah. Ade?
Aku: ............... (muka berkerut sambil memandang ke arah jubah yang mama tu pakai. tu jubah la kan?)
Mama: Tak, maksud aku jubah Malaysia.   (mak aiii...bosa selegho eh!)
Aku: Erm...takde, kat Malaysia tak banyak jubah.  
Mama: Oh...faham. blablablablabla......?  (dia ada tanya sesuatu lagi, tapi aku sendiri tak faham ape. mungkin juga kerana kepala berserabut memikirkan mengapalah mama ni mintak macam-macam)
Aku: Ermmm....takde. Semua takde. Ok la mama. Saya pegi dulu. Tatatititutu.... Ma'assalamah.




# Sudah sekian lama aku menyimpan cita-cita nak join kelas seni mempertahankan diri di Mesir ni. Tapi sampai sekarang, masih belum ditemui lagi mana-mana kelab sedemikian. Aneh. Kalau di Seremban, selalu je nampak kanak-kanak riang, remaja atau orang dewasa berpakaian seragam Taekwondo di kompleks sukan. Tapi kat sini langsung aku tak pernah nampak situasi sebegitu. Padahal kalau tengok ranking dunia, Mesir agak ke hadapan. Jadi aku menyangka, kelab Taekwondo bersepah-sepah, boleh jumpa kat mana-mana. Tapi sangkaan itu salah sama sekali.

Suatu malam yang nyaman, iaitu semalam, aku ber YM dengan seorang kawan Arab Mesir. Kami bertemu semasa trip pergi ke Turki tahun lepas. Aku tanya dia tentang kelab martial arts di Kaherah. Mula-mula dia tak faham, dia ingatkan aku nak masuk kuliah Arts. Jadi dia bagitau, kuliah Arts Ain Shams ade je di main campus =_='. Lama-lama baru dia faham. Dia bagitahu ada 3 tempat di Kaherah ni. Semuanya jauh belaka dari Abbasiah. isk...isk...isk... Kemudian dia kata, "tapi kalau nak belajar martial arts, kena jadi member kelab tu dulu. kena ada membership card. kalau nak jadi member, kena bayar LE 60 000".  *tercengang*

LE 60 000???!! Biar betik! Patut lah kelab-kelab tu terdapat di kawasan orang kaya je. Haihhh.... T___T



-tak kesampaian =( -



# Petang tadi, buat julung-julung kalinya aku berjaya membuat pancake. HAHAHA (ketawa bangga + terharu). Makan sambil tersenyum kerana terlalu terharu. Ape cer...umur dah 20 baru nak buat pancake. Kuang3....




0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails