Di sebuah restoran....
Abu: Ish...aku tak puas hati betul laaa.
Apai: Kenapa?
Abu: Mesti Pak Man tu tak reti ajar anak.
Apai: Kenapa kau cakap macam tu?
Abu: Budin, anak dia tu, mulut macam nak kena penampar je. Maki hamun orang sana sini. Takde insurans agaknye! Entah macam mana Pak Man ajar anak.
Apai: Kau ni....anak dia yang buat salah, bapak dia yang kau burukkan.
Normal kan? Dah jadi kebiasaan, apabila seseorang melakukan kesalahan, suka atau tidak, bukan dia sahaja yang akan mendapat nama buruk. Malah ibu bapa, adik-beradik, sekolah, kawan-kawan, persatuan bahasa inggeris dia pun dapat nama buruk. Itulah ADAT orang Melayu. Kita rasa apa yang kita cakap tu betul. Aku tidak merujuk kepada Bidin yang memaki hamun orang. Perbuatan tersebut sudah terang dan nyata berdosa. Aku merujuk kepada Abu, yang sewenang-wenangnya melabel nama buruk kepada ayah Bidin. Sedangkan ia berpunca daripada kesalahan Bidin.
Beralih ke realiti hari ini. Apabila berkata-kata, eloklah kita mengeluarkan kata-kata yang baik. Kerana, kata-kata itu melambangkan apa yang ada di hati dan pemikiran kita. Kalau buruk yang keluar dari mulut, maka buruklah juga sangkaan orang pada hati kita. Walau macam mana hebat pun kita cuba menyatakan yang hati kita suci, tapi kalau kata-kata yang keluar dari mulut itu busuk, kesat dan tak sedap di dengar, memang automatik kita akan dilabel buruk. Walaupun kita ustaz, ustazah, pendakwah, penasihat agama, tapi kalau tak jaga kata-kata, hilanglah kepercayaan orang kepada kita. Yang lebih menyedihkan, orang dah tak nak dengar dakwah yang kita cuba sampaikan. Semuanya berpunca daripada kata-kata kita.
Maka, pokoknya, jagalah kata-kata. Bercakap memang seronok, tapi fikirkan kesan percakapan kita. Jangan kerana kita, habis orang lain pun terkena akibatnya.
Bagi manusia yang merasa dirinya sudah FAHAM, jangan pula kerana kata-kata, maka kita melabel semua yang ada pada seseorang itu buruk. Ya, memang salah dia jika dia mengeluarkan kata-kata yang buruk. Tapi jangan kerana itu, kita menghukum ibu bapa nya jahat, sekolahnya kurang kualiti, persatuan matematiknya tiada faedah. Sebab, puncanya adalah dia. Dia sendiri yang bermasalah apabila berkata-kata yang buruk. Cara terbaik, nasihati dia. Bukannya menghukum apa yang ada padanya, dan bukan pula bercakap-cakap belakang.
Sungguh, kata-kata boleh menjadi pedang. Kata-kata juga boleh membentuk diri manusia. Kita sendiri yang memilih kita mahu yang mana. Manfaatkan nikmat (lidah) kurniaan Allah sebaik-baiknya, kerana tiadalah kita diciptakan di dunia ini melainkan untuk menghambakan diri kepadaNya. Gunalah lidah itu untuk mengajak manusia kepadaNya. Jangan kerana lidah kita, manusia semakin jauh daripada Islam.
2 play the melodies:
aku kelab rukun negara
5 January 2011 at 00:22kahkahkah
adakah ini post yang kau kata nak tulis itu??
haha
5 January 2011 at 06:04kelab rukun negara?
baru pertama kali aku dengar.
bukan, ini bukan post yang aku katakan.
tapi lebih kurang saja bunyinya
haha
Post a Comment