Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Ambil hati?

Monday 7 May 2012

1. Mahukan sesuatu dari tuannya, perlu ambil hati tuannya dahulu. Setuju?

2. Saya mahukan sesuatu milik Tuhan. Jadi saya perlu buat Tuhan gembira dengan saya kan? Semua benda pun milik Tuhan.

3. Mengambil hati dan mengampu adalah dua benda yang berbeza. Perlu jelas kedua-duanya.

4. Bagi saya, bukanlah dinamakan mengambil hati sekadar dengan cara 'like' status, atau gambar di mukabuku. Ataupun dengan cara tag banyak-banyak. Atau dengan cara memuji itu ini. Alaaa...ini pandangan saya. Mungkin anda tak setuju. Tak mengapa. 

5. Jika kita hendak kahwin, dan perlu mengambil hati bakal ibu dan bapa mertua; saya pilih untuk sentiasa mendoakannya dalam doa saya. Biar lah dia tak tahu. Tapi Allah tahu kan?

6. Bagi saya cara begitu lebih honoured. Kerana saya takut terselit kepura-puraan dalam usaha mengambil hati. Ini bagi saya. Anda tak setuju, tak mengapa. 

7. Mungkin saya perlu beli buku 'How to Influence People and Make Friends' dan telaah sampai hadam. Kalau ada buku 'How to Delight Older People' pun bagus juga. 

8. Dah la. Saya tak tahu nak cakap apa.

9. Tapi saya nak bagi tahu, bukan saya tak usaha! Cuma saya bukanlah seorang pengampu. 

10. Mengambil hati perlu seni, perlu kena pada masa dan tempatnya. Perlu ikhlas~



rasa mahu melompat lebih tinggi




p/s: jangan salah faham. entri ini bukan mahu membuat perbandingan apa-apa
pps: comparisons should only be made on stuffs worth it
ppps: gua tak kecik hati pun der. cuma rasa sedikit terhina sebab gua bukan orang lain. gua adalah diri gua. maka...tak perlu bandingkan cara dan usaha gua dengan sapa2.


1 play the melodies:

Anonymous said...

sama mcm apa yg sy fikir dan alami.. mmg mcm tu skarang.. ramai kaki ampu.. dan yg x andai nak ampu mcm kita akan ketinggalan di belakang la jawabnya kan.. haha penah jgk terfikir nak buat entry tajuk ni dulu.. :)

7 July 2012 at 05:16
Related Posts with Thumbnails