Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Alkisah result....

Saturday 25 July 2009

Ditengah2 keterasaan bahang menyambut program 'Pearls In You' ditambah pula dengan bahang yang sedia ada di bumi barakah ini, muncul pula khabar angin mengatakan result kitorang akan keluar antara 18, 19 & 20 haribulan Julai. Dipendekkan cerita, memang membahang je la rasenye minggu tuh. Makan tak kenyang, tido tak cukup, mandi tak selalu....

Akak2 ramai yang terlibat dengan program tu. Maka busy lah mereka sepanjang minggu. Aku hanya menunggu, menunggu dan terus menunggu detik yang ditunggu2. Kan bagus kalau aku pun busy cam diorang. Takdelah rase cemas sangat macam skarang ni haaa. Tak terungkap dek kata2 perasaan yang terpaksa ditanggung (cewaaah...). Melihat Kak Zah (roommate baru dan ini bukan name sebenar ye...) yang disibukkan dengan kerja2 mengkaji dan mendapatkan maklumat tentang Sisters In Islam membuatkan aku rasa iri hati (agak iri hati la...tapi xdela sangat, haha). Dia dipertanggungjawabkan menjadi moderator untuk talk show time program nanti. Aku bajet memang best gile ah talk show tu. Sape tak kenal Kak Zah. Baru bukak mulut nak bercakap orang lain dah pengsan gelak (erm...aku xsure la org lain camtu ke x, tapi aku mmg camtu la, hihi).

Pada suatu hari....
Ketika aku sedang bosan memikirkan apakah yang harus dilakukan bagi mengurangkan kebosanan, Induk (senior aku) masuk bilik sambil tersenyum simpul. Haaa....ni mesti ade ape2 ni. Bukan selalu Induk masuk bilik aku. Aku membalas senyuman, dalam hati rasa excited giler nak tau ape Induk nak cakap, haha.

"Sarah..." katanya ringkas (hanya sekadar muqaddimah yg membuatkan aku bertambah excited nak tau)
"Induk nak mintak tolong ni...." sambil membuat reaksi muka yang agak keberatan dan ketidaksanggupan.
"Boleh tak kamu ganti Kak Zah jadi moderator untuk talk show nanti? Kak Zah ade hal laa..."

Haaa???!!! Ternganga seketika aku di situ. Nasib baik xmasuk lalat. Ish...camne nih? Nak terima ke x? Cewaah...cam kena pinang la plak kan. Bukannye ape, kalau aku tolak, cam kesian plak kat diorang. Nanti xde orang lainnak ganti. Lagipun, aku bukannye busy pun. Dari bosan xde keje, baik aku buat je. Tapi permasalahannye, talk show tu esok!! Hadehh...mampukah aku? Info2 sume aku xde. Dah la xde pengalaman jadi moderator ni. Sekadar mengagumi bakat moderator Ustaz Azman Syah mane cukup. Ya Allah....

"Errmmm.....saya cube lah" jawabku ringkas sambil tersenyum cemas.

Peluh dingin terasa. Memang menjadi cita2ku untuk menceburi bidang perbidanan suatu hari nanti. Tapi yang aku maksudkan, bidan a.k.a GYNAECOLOGIST tu...bukan 'perbidanan terjun'. Ish3....Tak pe lah, try je. Mane tau ok plak kan. Cuma satu perkara yang aku bimbang....mampu ke aku jadi moderator yang baik? Mampu ke tarik perhatian audiens?? Huh....

Maka dengan itu, aku pun start la membusy body kan diri, mencari segenap maklumat tentang Sisters In Islam. Segala pelusuk website aku teroka. Barula aku tau SIS tu ape. Kalau tak, tunggu maklumat orang je. Memandangkan fitrah semula jadiku yang cepat diserang penyakit bosan, akhirnye aku sekadar copy & paste je segala data pasal SIS, pastu simpan dalam VAIO kesayangan ni. Tika itu aku bertanya pada diri....eh ape tugas moderator ek?? Bukan ke moderator ni yang ajukan soalan kat ahli panel? Dah tu...apesal aku sibuk2 cari maklumat menimbun2 ni? Macam aku plak yang jadi ahli panel. Bukan tugasku untuk menerangkan. Fuh...nasib baik sedar. Tapi ape salahnye. Maklumat tu kan ilmu, hihi.

Malam sebelum talk show tu aku tido awal. Menjadi habit bagiku apabila stress, mesti tido awal. Sedang syok dibuai mimpi, telefon berbunyi memberitahu aku yang talk show yang pada awalnye dijadualkan akan dibuat pada waktu petang terpaksa diawalkan pukul 9 pagi, menjadi program pertama selepas majlis perasmian. Aaaarghhhh!!!! Apakah ini semua?? Pastu ade plak khabar angin kata result akan keluar pada hari dan waktu yang sama. Sakinah dah pun pass kan sume keje2 dia kat akak lain sebab nak ambik result keesokan harinye. Aku?? Aku camne? Ade ke orang nak ganti aku dalam saat2 genting camni? Dah la sebagai moderator. Aduhh...parah ni.

Setelah berbincang panjang dengan Sakinah, aku decide nak teruskan jugak tugas ni. Pastu lepas dah habis talk show baru la speed pegi U ambik result dengan harapan U masih bukak.

Debaran menanti result melebihi debaran menjadi moderator buat pertama kali. Ah...aku xboleh camni. Lupakan perasaan ni. Lupakan result tu dulu. Dah usaha, doa dan tawakkal, xperlu la risau2 kan?

Maka seperti yang dijadualkan, talk show pun berlangsung pagi tu. Aku yang masih sangat2 mentah ni hanya mengharapkan dapat sedikit tempias bakat Ustaz Azman Syah, haha. Yela...orang Rantau katekan (xde kaitan...). Ahli panel cukup mantap iaitu Kak Zetty & Kak Cik Aini. Maka berlangsunglah talk show. Dari program tu la aku tau betapa bahaya nye wabak yang dibawa oleh SIS nih. Terselit dicelah2 propaganda 'kebajikan' itu, Islam Liberal. Ya Allah....moga2 jalan kebenaran Kau tunjukkan pada Kami semua.

Selesai saja talk show, aku mencari Sakinah dan bersama2 kami menaiki tremco ke 'Abbasiyah, kawasan yang dah lame xdituju. On the way, jumpe plak ngan budak2 Melaka yang kebetulan nak ambik result jugak. Aku dan Sakinah saling berpandangan. Ish...segan la dengan budak2 Melaka ni. Diorang power. Malu la ambik result same. Tremco membawa kami seramai 7 orang beserta Egyptian lain menuju ke 'Abbasiyah. Perasaan masing2, hanya Allah yang tau. Ade rase cam nak muntah, cam nak pengsan, sakit perut....segala2nyelah.

Sampai kat U nampak raaaaaamai budak2 Arab tengah mengerumuni papan markah mengikut tahun masing2. Kitorang tercari2 papan markah budak2 Malaysia. Dimanakah?? Tidak kelihatan disegenap ruang. Berbekalkan kesabaran, kitorang pun menaiki tangga menuju ke bilik Vice Dean, Dr. Taher. Sampai je kat situ, nampak Mr. Said, insan yang bertanggungjawab menguruskan perihal anak2 Melayu kat U tu.

Dia kate Vice DEan tgh busy. Korang nak ape ni.... Kitorang pun mengkobarkan la pada Mr. Said, kitorang nak tau result pekse. Tiba2 dia kata: Setakat ni, saya belum dapat ape2 maklumat pasal result tahun 1. Mungkin kan keluar dalam masa 2 jam atau esok....

2 jam atau esok??? Ape dia cakap ni? Jauh beza tu antara 2 jam ngan esok. Bayangkan kalau kitorang tunggu lagi 2 jam pastu tiba2 dia kata esok baru kuar. Tak ke berasap satu badan? Ish3... Aku n Sakinah decide nak balik rumah je la. Lagipun program ade lagi. Baik balik je.

Keesokan harinye, perkara yang sama berlaku. Panas je satu badan mendengar perkataan 't.o.m.o.r.r.o.w' dari mulut Mr. Said. Aiseh...tau tak tomorrow tu maksudnye esok?? Bukan lusa atau tulat tau! Membazir je duit bayar tambang pegi balik. 2 hari plak tuh! Keesokan harinye kitorang pun malas nak gi U. Lantak la....keluar ke, tak keluar ke. Tak heran dah. Huh!

Maka alkisah result pun kami lupakan sebentar, tapi bahangnye masih terasa. Hari Selasa tu ade jemputan kahwin kat ARMA. Akak Negeri Sembilan, Kak Nafisah kahwin. Aku diajak oleh Kak Zah n Kak Ros (juga bukan nama sebenar). Perasaan kemalasan untuk keluar rumah yang melanda diri kian menebal tatkala lali dengan peristiwa result yang tak keluar2. Tetapi setelah didesak aku pun ikut la sambil merengek sepanjang perjalanan. Haha...dah lame tak merengek. Bukannye ape, saje merengek pasal result. Kobar je la cuak kan....hihi.

Selesai makan2, Kak Zah ajak aku balik dulu. Kak Ros nak stay, ambik gamba ngan pengantin. Aku pulak, still tertanya2....result dah kuar ke? Mase kat majlis tu ternampak beberapa member kuliah antaranye Akmal Hakim, Dolah, Miqdad yang masing2nye berwajah relax je. Diorang dah tau result diorang ke? Wallahu a'lam....

Tengah salam2 orang nak balik, seorang kakak memberitahu aku yang result tahun 1 dah keluar kat pejabar Mr. Said. Maksudnye, dah boleh gi tengok la. Perghh....gile menggigil jantung time tuh. Aku mengajak Kak Zah teman gi U nak tengok result. Mintak2 la dah kuar. Mintak2 la lepas. Ya Allah...janganlah aku kena ulang ape2....

Sampai kat U aku terus menuju ke bilik Mr. Said. Time tu ade Nadhrah, Aryana n Pa'an. Aiseh...apesal diorang ade kat sini. Segan la aku kalau xlepas. Aku menanti Mr. Said yang sedang melayan budak Libya. Nadhrah pesan, kalau tak nak Mr. Said sebut kuat2, pegi kat sebelah dia, tengok monitor tuh. Tapi time tu ade budak Libya kat sebelah dia. Takde peluang la aku.

Mr. Said tanye nombor ID. Alamak....cuak betul ni. Aku melafazkan kata2 sambil berusaha keras memastikan suara tak menggeletar. Mula2 nombor ID Sakinah.

"Congratulations, you passed all..." alhamdulillah, Sakinah pass sume.
Pastu Suhaila plak. Disebabkan kami duduk sebaris, nombor kitorang pun berturut la. Alhamdulillah, Sue pun lepas sume. Tibalah giliran aku. Aku merenung muka Mr. Said yang kembali busy melayan budak Libya tuh. Ya Allah....rasa nak terkeluar jantung ni. Cepatlah Mr. Said oii....

Aku pun memberikan nombor ID. Sepantas kilat Mr. Said merujuk monitor. Pastu dia angkat muka....pastu dia bukak mulut...pastu.....tiba2 dia toleh kanan, cakap ngan budak Libya tu lagi. Adoiyaiii.....tak tertanggung rasenye. Aku merenung tajam ke arah budak Libya yang menjadi punca aku ternanti2. Tapi dia xperasan pon, haha.

Dah habis cakap ngan budak tu, Mr. Said pandang aku.
"I'm sorry...." katanya ringkas.
I'm sorry ape?? Aku failed ke?? Atau...I'm sorry sebab tak layan? Adehh....bingung2.

Mr. Said menyebut markah2ku. Pastu dia diam. Aku ni plak terpinga2. Aku lulus ke x?? Ade failed ke x?? Dia xcakap pape pun. Aku membuat muka bingung.

"What....?" tanye Mr. Said.
"Congratulations, you passed all. Come here, look at your marks..."

Alhamdulillah, rase nak terbang melayang je time tuh. Rase ringan kepala. Rase free from all problems. Aku pun cepat2 call Sakinah nak bagitau berita gembira. Dia pun xsangka jugak lepas sume. Kami pun menikmati saat2 bahagia sambil tidak berkata apa2.

Maka aku pun pulang bersama Kak Zah dengan rasa syukur yang tak terhingga ;).
Thank You ALLAH.....

5 play the melodies:

dealova said...

ha ha aha ha...
sarah...
ur post2 ni kan..
i like...=)

bile sarah dah mule bebel, abih la punat2 keyboard mnjadi mangsa,,,=)

29 July 2009 at 01:52
Sarah Mustaza said...

hehe...tau xpe
ni nak kena repair laptop nih
kesian2

29 July 2009 at 10:26
Adibah Yunus said...

mandi x slalu??
ader kaitan ker??
hahaha..

31 July 2009 at 07:13
Adibah Yunus said...

xde pic ker??
ltak r..

31 July 2009 at 07:15
Sarah Mustaza said...

mandi xslalu tu mmg xde kaitan pun
saje nak kobar xmandi, haha
pic??
nanti2 aku letak
time buat post ni still kat mesir
line sane kureng, so xleh upload gamba

1 August 2009 at 08:59
Related Posts with Thumbnails