"Start Sabtu ni ye....." kata Puan A mengingatkan aku melalui telefon.
My days of boredom berada di rumah tanpa sebarang aktiviti luar berakhir juga apabila jiranku, Puan A menawarkan kerja kepadaku. Kerja apa?? Jeng...jeng...jeng.....
=>> MENGAJAR!!!
Kali pertama ayah memberitahu aku tentang tawaran tu, aku diam membisu seribu bahasa. Kali kedua ayah bertanya, aku hanya tersengeh (terpaksa) tanpa memberi sebarang jawapan. Kali ketiga....Puan A sendiri yang menelefon.
"InsyaAllah...boleh" terkeluar kata2 hikmat itu dari mulutku tanpa ku sedari. Haha.
Ok. Firstly, aku tak despise mengajar. Cuma....subjek ape yang aku kena ajar? Budak darjah brape? Ke....budak skolah menengah? Kalau suruh ajar Fizik....maaf la ye. Sila cari orang lain, terima kasih. Aku tak confident nak ajar subjek tu sebab dulu kat sekolah pun agak lemah dan minat yang berbeza berbanding subjek lain. Additional Maths lagi la pulak. Dah setahun belajar Medic kat Mesir ni, setahun jugak tak sentuh kalkulator saintifik tu. Ntah ingat lagi formula ntah tidak. Aku pun tak nak la ambik risiko. Kang terbawak ajaran sesat nanti, kesian pulak budak2 tu, huhu. Kalau suruh ajar English ke, Geografi ke....boleh la jugak.
Akhirnye, Puan A bagitau, aku kena ajar Matematik darjah 3, 4 dan 5. Sebab subjek2 tu xde cikgunye. Aku pun bersetuju. Tapi aku ni risaulah yang amat sebab dah lama tak mengira, huhu.
Hari Sabtu pun tiba bersamaan hari pertama puasa. Aku tiba di rumah Puan A awal sedikit bagi menyesuaikan keadaan. Lambakan kasut dan selipar kelihatan di luar rumahnya. Perghh...ramainye murid! Cuak la pulak.....
Tepat pukul 9 pagi, tugasku bermula, mengajar murid Darjah 5 subjek Matematik bagi menggantikan Cikgu Adila. Aku masuk ke dalam kelas dalam keadaan agak kekok sambil memandang wajah2 bakal anak muridku. Time tu ada 6 orang pelajar perempuan dan seorang lelaki. Mereka memandang aku dengan riak wajah kehairanan. Alamak....
"Cikgu Sarah...." kata salah seorang murid perempuan sambil tersenyum.
Ehh....mane dia tau name aku? Lantaklah...Puan A bagitau agaknye.
"Nak panggil cikgu ke akak ni??" tiba2 salah seorang lagi bertanya sambil menatap wajahku dalam2. Segan lak aiii.....
Aku meneruskan tugas yang diberi. Kata Puan A, aku kena pantau je diorang buat keje. Kalau diorang xfaham, baru aku kena ajar. Bagus2...hehe. Mengajar mereka yang darjah 5 taklah bermasalah melainkan kelambatan beberapa orang menyiapkan kerja yang diberi disebabkan 'mulut lagi banyak bekerja dari tangan'. Itulah ungkapan yang biasa digunakan oleh Cikgu Maryam, guru Matematik time aku sekolah rendah. Teknik2 yang digunakan oleh Cikgu Maryam turut aku aplikasikan time tu. Kalau xfaham soalan, bace banyak kali sampai faham. Sebab first time bace maybe xfaham sebab berangan a.k.a tak fokus.
Sejam berlalu, aku menuju ke kawasan garaj, tempat kanak2 darjah 3. Rase confident nak mengajar tu bertambah la sket sebab tadi tu xde masalah. Sampai je kat tempat darjah 3, hanya ade 3 orang kat meja, yang lain bertebaran di sekeliling rumah Puan A. Ade yang main kejar2, ade yang tengok ikan kat kolam...macam2 lagi. Ya Allah....
Puan A keluar dari kelas budak menengah sambil memanggil budak2 darjah 3 beserta amaran. Haha. Serta-merta diorang duduk kat tempat masing2 dan memandang aku tak berkelip2. Ada 2 perempuan dan 5 lelaki semuanya.
"Mane Cikgu Naimah???" tanya Izzah sambil buat muka pelik giler.
"Err...dia....xde".
Belum sempat aku mengedarkan buku2 latihan kat diorang, Zakirah ambik buku2 tu dan pass around kat budak lain. Maka berlakulah perebutan yang dahsyat. Ya Allah....koyak pulak buku tu kang. Dah la buku baru. Time aku suruh tulis name pun berebut jugak. Masing2 nak guna pen, tapi tak semua ade pen. Alaa....biasela. Time kecik dulu pun aku melihat pen ni sebagai alat tulis yang ade class. Ape barang tulis name pakai pensel kan? Haha....
Dah selesai pergelutan dan perbalahan disebabkan pen yang xcukup, aku pun tanye diorang dah blaja kat skolah sampai tajuk mane. Masing2 blaja kat skolah yang berbeza, so lain2 la jawapan yang aku dapat. Yang bergaduh sebab xsame jawapan pun ade jugak. Aduiii....parah2.
Maka, aku pun suruh la diorang start dari muka surat 1. Tajuk: Addition. Senang sangat.
"Alaa....ni senang la cikgu!" kata Amsyar merungut.
"Ni kite boleh buat kejap je ni" kata Izzah pula.
Akhirnye, aku suruh diorang buat page 48-51 dalam tempoh sejam tu. Tajuk: Mass. Hanya 6 orang yang turn to page 48, lagi sorang teruskan buat page 1. Sebab ape? Sebab dia xnak buat page 48!! Huhu....suke hati lah..... Daripada xbuat keje langsung.
5 minit berlalu. Zakirah xduduk kat meja lagi dah. Dia buat kat atas simen. Yang lain2 pun turut serta dengan pelbagai aksi. Ade yang bersila, menangkup, baring....macam2 lagi. Hanya Amsyar dan Izzah yang kekal kat meja. 10 minit kemudian......
"Cikgu, kite xnak buat lagilah. Nak buat kat rumah..." kata Izzah dengan pantas memasukkan buku dalam beg.
Ya Allah...biar betul budak ni.
"Sape buat sampai page 51, dia boleh balik. Sape xsiap dia xboleh balik" aku memberi ugutan. Haha...terpakse.
"Cikgu, lepas ni ade kelas Sains la..." kata Ammar dengan wajah innocent.
Laa....yeke. Xmenjadi la ugutan. "Ok, sape siap sume cikgu bagi hadiah".
Diorang xbagi respon langsung. Yang xnak buat keje, terus main kejar2. Ya Allah...ape nak buat ni? Kang marah pulak Puan A. Ishhh....pikir cepat! Kena jugak suruh diorang buat keje. Camne nak pujuk budak umur 9 tahun ni??? Maka berlakulah sesi berdialog aku dengan kanak2 ni....
-"Siapkan la skarang, nanti kat rumah xdela homework, boleh tengok tv" (aku)
-"Haa...boleh tengok tv...yea..." (Amsyar sambil tersenyum riang dan terus buat keje)
-"Kite xsuke la tengok tv. Ntah ape2 ntah cite kat tv tu..." (Izzah)
-"Ala...nanti kamu nak balik kampung ke...baik buat sekarang" (aku)
-"Kite xbalik kampung..." (Zakirah)
-"Sape rajin buat keje nanti dia pandai...." (aku...hampir2 putus asa, huhu)
-"Kite xnak jadi pandai"
Arghhh...pandai plak diorang ni menjawab! Ape lagi aku nak cakap ni?? Time tu Haziq & Haikal dah start main kejar2. Ammar pulak mengacau Irfan yang tengah khusyuk buat latihan. For the remaining half an hour, hanya Irfan dan Amsyar yang betul2 buat latihan. Yang lain?? Conteng whiteboard, borak pasal kampung, main lawan pemadam, usik kawan....macam2 hal. Urghh...habis la aku kena fire ngan Puan A nanti. Tak reti nak kawal budak2 ni. Last2 aku cakap....
"Sape xnak buat, cikgu xnak kawan dia...." kuang3.
Sepantas kilat Haziq, Haikal n Ammar duduk tempat masing2 dan bukak buku, haha. Berkesan!
"Cikgu xnak kawan sudah....nanti name cikgu Dolah..." kata kanak2 perempuan, menduga kesabaran.
Hek ele....(rase nak gelak pun ade, hahaha). Xjadi nak marah.
Tengah2 buat latihan, tiba2 Haikal panggil aku. Ingatkan dia xfaham soalan ke...
-"Cikgu...cikgu....name cikgu sape?" (Haikal bertanya sambil tersengeh)
-"Sarah"
Dia terus meneliti jari2nye dan tapak tangannye yang berconteng. Sambil menyanyi....
-"This is Sarah. When I clap my hand, Sarah die!" (sambil menepuk tangan dengan kuat)
-"Ha???" Ape kes??
-"Why?" aku bertanye, xpuas hati + xpaham ape permainan yg dia tgh buat, haha.
-"Because I clap my hand!" jawabnye sambil menepuk tangan dengan kuat, berkali2 + ketawa.
Huh?? Macam2 la budak ni.....adoii. Tapi nasib baik dia terus sambung buat latihan. Aku merenung tajam 2 kanak2 perempuan yg tengah syok berborak.
-"Ni kenapa xnak buat ni..." cuba berlembut.
-"Kite gastrik la cikgu..." jawab Zakirah.
-"Kat rumah kite ade ubat gastrik!" kata Ammar dgn muke excited xbley blah.
Aduhai Ammar....jawapan anda xmembantu langsung...huhu.
Tepat pukul 11, cikgu Sains pun datang. Time tu, xde sape pun sampai page 51. Irfan lah yang paling memuaskan kejenye sebab xmain langsung dan dah siap sampai page 50.
"Hei....Haziq!! Kamu nak pegi mane tu??!! Duduk sini! Ni meja ni kenapa bersepah ni??!" teriak cikgu Sains tersebut dengan muka ketat giler.
Uishh...tekezut aku. Aku pun nak kena garang camtu ke? Hahaha....
3 play the melodies:
nice blog..
25 August 2009 at 20:23keep writing eh..
wah...bangga2...tarbiyah mula dari kecik kan dear??n yang paling penting sekali,cikgu2 tu sendiri sebenarnya..mentarbiyah sambil ditarbiyah..adeh,susah jugak bila nak praktikkan sendiri sebenarnya^^
28 August 2009 at 18:52tersangatlah menarik mengajar budak-budak.. Aduh, teringat masa kem-kem motivasi di sekolah rendah dulu..
30 August 2009 at 19:09suka sekali tengok respons diorang..
^_^
Seronok mengajar!!
Post a Comment