Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Her name is Betty

Saturday, 17 April 2010

Aku dah ada kucing! Aku dah ada kucing! (bersorakan sambil menari-nari)

Dua hari lepas, pada tanggal 15 April 2010, bersamaan hari Khamis, berkebetulan dengan birthday Emma Watson (pemegang watak Hermione Granger dalam movie Harry Potter), aku telah berjaya mendapatkan seekor kucing comel untuk ku jadikan teman di rumah. Journey yang ku lalui bersama-sama Sakinah bagi mendapatkan kucing itu memang pergghhhh...tak dapat nak dikhabarkan. Sudah lama aku menanti saat nak bersua muka dengan kucing bertuah itu, nak tengok dia secara live. Semuanya gara-gara gambar yang dikirimkan oleh tuannya melalui email sangat mencurigakan bagi sesiapa yang melihatnya:




Lihat saja gambar di atas, aku tertanya-tanya. Adakah dia sedang mengalami sembelit, atau ada masalah dalaman atau apa? Musykil...musykil....

Rombonganku setibanya di Asyir, bertambah besar, disertai oleh Farah, Yaya, Keen, Ina dan Nuha. Masing-masingnya excited gila kentang nak tengok kucing. Kami pun follow ustaz (tuan punya kucing) ke rumah sewanya. Sampai sahaja di sana, hatiku bertambah berdebar (ceh...macam nak meminang la pulak kan). Masuk je dalam rumah tu, kami pun "Whoaaaaa....." dengan perasaan yang sangat kagum. Sebab ada baaaaaaanyak sangat sangkar kucing, serta terdapat dalam 3 ekor kucing dalam rumah tu. Actually, ustaz tu bela 7 ekor, tapi yang lain dipinjam, huhu.

Satu persatu kucing-kucing tersebut dikeluarkan. Kami ni pun macam nak gila la main dengan kucing. Yang hairannya, 2 ekor je yang keluar dari sangkar. Lagi sekor tak bergerak walau seinci pun. Itulah kucing yang aku nak beli, haha. Yaya cukup bengang dengan perangainya yang tak endah orang langsung. Sedangkan kami syok sungguh main dengan kucing warna putih dan oren.


Yang ni namanya Twinkle. Baru berusia 6 bulan. Sambil-sambil bermain dengan kucing, ustaz tu cerita la tentang kucing Parsi ni. Ada banyak jenis rupanya: Anggora, Himalaya...dll. Kebetulan time kami datang tu, ada seorang lagi ustaz singgah kejap ke rumah tu, nak tumpangkan kucing dia, sebab dia nak pergi main bola. Kucing Parsi dia jenis Himalaya. Ya Allah.....BESAAAAAR sangat! Dan GEBUUUU sangat! Dan BERAAAAAAT sangat!!!! Ustaz tu kata, kawan dia beli dengan harga LE 2000! Kami apa lagi....buat muka tekezut la kan. Keen dan Nuha sungguh tak faham kenapa ada manusia sanggup habis beribu-ribu untuk beli kucing yang seekor. Keen kata, baik beli makanan. Nuha pulak kelihatan more interested bila ustaz tu start cerita pasal bisnes kucing. Nuha memang otak bisnes. Sampai dia kata nanti dia nak labur, then aku jaga kucing-kucing tu. Aku no hal je Nuha, hehe.

Macam-macam info dan cerita menarik kami dapat time kunjungan ke sana. Dan macam-macam juga usaha yang kami lakukan nak main dengan kucing yang bakal ku beli tu. Namun semuanya hampa, sebab dia kekal dengan muka moyok dia. Entah berapa ramai yang kena cakar dan gigit time berusaha nak pegang dia. Aku sedikit runsing memikirkan cara terbaik untukku mentarbiyah dia nanti. Namun aku lega, muka dia sebenarnya taklah macam kena sembelit seperti yang ku sangkakan.



See? Ok je kan muka dia. Cuma murung sedikit. Maybe sebab rumah baru, environment baru. Tengah nak sesuaikan diri la tu agaknya. Tapi yang bestnye, pagi semalam, dia dah ok, nak la bersosial sikit. Takdelah menyendiri je. Pastu demand gak dia ni. Nak tido atas katil aku je. Lebih-lebih lagi kat lihaf (selimut tebal). Dia ni tido awal gak rupanya, boleh geng la ngan aku, haha. Aku bangun pukul 3 dia nyenyak lagi dibuai mimpi. Lepas subuh pun tak gerak-gerak lagi. Ingatkan pengsan ke ape....pukul 7 baru bangun. Lama gila dia tido! Nak buat macam mana...dia kan kucing. Tapi Olivia dulu takdelah macam tu. Subuh je nak mengiau mintak makanan. Ah...rindu pulak kat Oli. Anyway, alhamdulillah, tercapai jugak cita-cita aku nak bela kucing kat ardhul kinanah ni.

Oh ye. Nama dia Betty. Kenapa Betty? Sebab kawan-kawan aku yang bagi nama tu. Diorang kata sebab muka dia agak selebet, so bagi nama Selebetty. Maka, jadilah BETTY, haha.

7 play the melodies:

farah nur said...

kalau baca dari blog ni, mmg rse mcm betty 2 jenis yg sgt brshja. hakikatnye cume kite2 aje yg tau btapa garangnye dy. haha. kalau nk sleepover di rumah sbb nk maen dgn betty boleh? hihi

17 April 2010 at 09:39
Sarah Mustaza said...

OMG! Boleh sangat2, godmother ~_^
But make sure pakai gloves sebelum main ngan dia ye, hehe

17 April 2010 at 16:14
abg sabek said...

kalu saye nak dtg semate2 nak jumpe betty bleh x..??

18 April 2010 at 00:10
Sarah Mustaza said...

Xbleh...xbleh...
Betty suke ngan akhawat je :P

18 April 2010 at 19:03
abg sabek said...

ala..bleh la..saye nak jadi abg angkat betty..

sian saye..merindui kucin'..

kucin kat depan umah x mesre lansung..bley la tuan betty..hihihi

19 April 2010 at 02:35
Sarah Mustaza said...

Utk pengetahuan, Betty telah ditarbiyah, maka oleh itu dia sangat menjaga pergaulannya dengan masyarakat luar. Bettya kata, "Aku xnak abang angkat. La li ikhtilaaat!"

19 April 2010 at 19:42
akak abbasiya said...

wah! bagusnya betty ni...
pandai tuan dia tarbiyah. :)

20 April 2010 at 15:47
Related Posts with Thumbnails