Jumaat, 25 Jun 2010.
Selak-selak buku Abdomen, tengok jam kat handphone menunjukkan pukul 8.30 malam (not precisely). Perut mula menyanyi lagu Negaraku (dah lama kan tak nyanyi lagu kebangsaan tu?). Disebabkan hari Jumaat tiada siapa masak, kepala berputar cari idea nak masak apa. Asik-asyik macaroni, spaghetti je. Ingat kamu tu orang Italy ke? Ish3...tak payah la. Baik order pizza je...(alasan malas nak masak).
Menjadi habitku, apabila lapar dan tidak tahu apa yang mahu dimakan, aku akan mundar-mandir ke bilik Sakinah, tanya idea dia pula. Time tu beliau tengah layan drama melayu yang ramai orang minat tu...apa tajuk dia...Adamaya eh? Camtu la kot.
Aku: Dapat wireless eh?
Sakinah: Ha ah (muka bahagia)
Aku terus blah. Malas nak menyusahkan beliau nak fikir makanan apa yang syok dimakan time malam2 ada match bola tapi tak dapat tengok sebab tak ada tv + line internet etisalat mengalahkan siput. Duduk semula di meja, belek-belek buku Abdomen. Tapi mata tertumpu pada Cik Vaio yang sedang berusaha keras menayangkan match Spain vs Chile yang bakal berlangsung tak lama lagi. Aku semakin tak senang duduk. Sambil mata merenung tajam ke arah broadband etisalat yang harus dipersalahkan kerana terlalu slow pada akhir2 bulan.
Tiba-tiba teringat, kat bilik Sakinah dapat wireless. Aku segera send link channel yang boleh tengok bola kat YM beliau. Seketika kemudian, Sakinah kata "Boleh tengok, tak tersekat2. Datang la cepat, bawak laptop anti,".
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku sepantas kilat membawa perkakas2 ke bilik beliau. Sambil Sakinah try2 wireless kat Cik Vaio yang dah berapa kurun tak di 'on' kan wireless nya, aku menonton match di laptop beliau. Match baru nak start. Players tengah masuk ke padang diiringi kanak-kanak kecil. Terlihat Torres, Villa, Casillas... tak tersekat2 pun channel tu.
Aku: Sakinah... (speechless)
Sakinah: ..............
Beberapa ketika kemudian, match pun start. Aku menonton dengan khusyuk. Sakinah masih tekun meng 'connect' kan wireless ke laptop ku.
Aku: Sakinah....bestnye!! (muka terharu)
Sakinah: ........... (sambil tersengeh. masih lagi cuba connect kan wireless)
Aku teruskan menonton. Terpaku di hadapan laptop beliau. Sesekali...
Aku: Sakinah....terharunye dapat tengok.... (muka masih terharu)
Sakinah: Ahhh...diam la. Ana tak sabar nak tengok Adamaya nih. Kang dah dapat wireless ni, anti tengok kat sini.
Aku sekadar mengangguk. Nasib baik Adamaya tu tak disiarkan secara live. Kalau tak, berebut la nampaknya, haha. Beberapa minit kemudian....
Sakinah: Okeh, dah dapat.
Aku: Haaa??! Dah dapat? Tak tersekat-sekat?? (separa histeria)
Sakinah: Tak. Ok je. Dah2...tengok kat sini.
Aku segera beralih ke laptop ku. Memang sah la malam tu ku rasakan sangat bahagia. Setelah beberapa kurun tak dapat tengok bola secara live, tiba-tiba muncul pulak wireless malam tu. Nak dijadikan cerita, Spain menang pulak match tu! Perghhh....senyum seindah suria aku sepanjang malam, haha.
Aku: Gol!!! (sambil menggenggam penumbuk di udara)
Sakinah: Ha? Gol? (tercengang melihat sahabatnya terlalu happy)
Seketika kemudian, handphone berbunyi. Ustaz jual kurma call, kata beliau nak hantar kurma ke rumah.
Aku: Ha? Sekarang ke ustaz? (sambil mata tertumpu ke screen laptop. Time tu dah 2nd half)
Ustaz: Yela...ana kat depan Masjid Nur dah ni...
Sepantas kilat aku bersiap mengenakan pakaian menutup aurat. Sakinah terpinga-pinga.
Sakinah: Nak pegi ambik kurma eh?
Aku: Ha ah... Ustaz tu tak tengok world cup agaknye... (muka sedih)
Seperti sudah ku jangka, urusan nak ambik kurma tu bukannya makan 5-10 minit. Lama lah haiii.... Otak ligat berfikir. Dah berapa la agaknya score? Handphone segera ditekan. Call Sakinah. Mujur beliau ada dalam senarai active 3 ku. 5 sen je. Tak mahal. Tak bankrupt kalau call.
Aku: Assalamualaikum...
Sakinah: Waalaikum salam. Nak ana tolong pape ke? (merujuk kepada kurma2)
Aku: Tolong tengok kat laptop ana tu...dah brape score? (nada serius)
Sakinah: Hek ele...orang cakap pasal kurma laaa...
Aku: Alaaa...kurma ni takde hal. Tolong la tengok. Kejap je.
Sakinah: 2-1 lagi...
Aku: Oh...ok. Bye.
Ketika urusan mengangkat kurma hampir selesai, ustaz tu berkata "Maaf la ambik masa kamu. Tengah study ye?"
Gulp! Rasa macam kena lempang. Aku hanya tersenyum. Kalau angguk, menipu namanya. Mood insaf datang menjengah seketika. Study lah Sarah!
Next paper: ANATOMY! 29/6/10. Doakan yang terbaik untuk kami semua ye! Terima kasih ^_^
Kesudahannya, kami makan Pizza King malam tu. Buy 1 free 1 tuhh... Yelah, musim2 tak ada duit ni, benda-benda murah la yang dicari kan? Hehe...bersyukur2.
p/s: Sape la yang bakal jumpa Spain kat final nanti kan? ngeee~
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 play the melodies:
hahaha,,ust kurma~nmpaknye kurmeku dh sampai..agagagaga~~
27 June 2010 at 18:58ha ah, dah sampai. lupe nak bagitau. nanti lepas exam anat, dtg la rumah ye :)
27 June 2010 at 19:31spain akan jumpa belanda final nanti insyaallah...:)
6 July 2010 at 11:57Farizul Syamil: yeah....I like that optimisme! Viva espana~
7 July 2010 at 06:18Post a Comment