Tahun ni tak ramai yang kirim barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Maka tugas aku sebelum pulang amat mudah. Setakat hari ni, yang dikirim hanya satu: Jersey pasukan Mesir. Dikirim oleh adik tersayang, Aiman.
Aku: Ibu nak kirim ape2 tak?
Ibu: Takde pape la ngah.
Aku: Jubah ke...untuk raya? Tak nak?
Ibu: Alaa...jubah kat Malaysia lagi cantik2.
Aku: Ayah, nak kirim ape nak bawak balik Malaysia?
Ayah: Apola yang ayah nak kirim. Takdo po la.
Aku: Mok nak kirim pe? (entah kenapa aku masih panggil Mok sedangkan dia dah kurus. Yelah, takkan nak panggil Rus kot. haha)
Aiman: Erm.....jersey. Jersey Mesir.
Aku: Kamu pakai saiz ape ha? M eh?
Aiman: Erm...S la. Beli S. (ceh...bajet kecik)
Aku: Yeke? Angah beli saiz besar sikit dari angah la eh?
Aiman: Eh...kecik, lagi kecik dari angah. Biar fit. Wahahahaha!
Aku: Cet!
Maka pada hari ini, aku membawa diri ke City Stars bagi misi mencari jersey pasukan Mesir untuk Aiman. Boleh je beli jersey cetak rompak kat Hussein. Tapi ni Aiman la....takkan nak dia pakai jersey tak ori. Huh. Lagipun berbeza sangat jersey ori dengan cetak rompak. Ade ke patut dia letak jenama Juhaynah kat belakang jersey team Egypt? Dah tentu la tu tak ori. Note: Juhaynah tu jenama produk tenusu di sini.
Sampai di City Stars, langkahku yang macam kilat tu terhenti seketika. Eh...macam mana rupa jersey Egypt ek? Lupa pulak nak google sebelum pegi tadi. Aiseh....
-Ni la rupa City Stars. Semua gambar dalam post ni aku google je-
Aku mendongak, mengira-ngira berapa tingkat shopping mall itu. Kat mana nak cari? Yang penting bukan sama level dengan Spinneys. Setelah berfikir sebentar, aku berjalan pantas menuju ke kedai Adidas. Kat tingkat berapa entah. Sambil berjalan, dalam hati tak putus-putus bermonolog. Macam mana rupa jersey Mesir? Adidas ke? Entah2 Nike kot. Inilah kali pertama dalam hidup aku membeli jersey. Selama ni kat Malaysia, pernah juga teman Aiman beli jersey bola. Dia memang minat sangat beli jersey. Nak buat koleksi agaknya. Tapi pelik, time raya pun pakai jersey.
Aku melangkah masuk kedai Adidas. Macam biasa, kat sini jangan nak expect salesgirl atau salesman nak greet kamu kat depan pintu. Hanya Arab kaya dan bergaya saja yang dilayan. Aku meneliti setiap sudut kedai itu. Ada beberapa pelanggan sedang dilayan oleh jurujual. Ada juga beberapa orang jurujual berdiri saja, tak buat apa-apa. Aku buat la muka nak request sesuatu. Dia pandang, pastu pergi blah tempat lain. Cis. Baik aku cari sendiri.
Aku mula meneliti dan membelek-belek jersey adidas. England, Holland, France....banyak juga jersey yang ada. Aku masih memerah otak memikirkan bagaimana rupanya jersey Mesir. Mesti merah warnanya. Aku berjalan lagi sambil memerhatikan setiap jersey yang tergantung. Sesekali aku pandang jurujual yang tak buat apa-apa. Mana tau, kot2 dia nak tolong aku. Tapi dia buat tak heran pun.
Tengah leka mencari, tiba-tiba mata terpandang jersey yang amat familiar.
Eh2...jersey Spain! Senyuman terukir sampai ke telinga. Hati jadi berbunga2. Aku belek2 jersey tu. Harga boleh tahan. Kalau convert harga Malaysia, kira lagi murah. Alaaa...tapi buat apa nak beli. Aku bukannya pakai jersey. Kalau beli untuk Aiman, merajuk pulak dia nanti. Haha.
Di belakang jersey itu, tergantung sehelai t-shirt Espana berwarna merah.
Weeee~ Berbunga betul hati nampak t-shirt tuh. Last2 aku tibai t-shirt Espana tu. Harga boleh tahan murah. Lagi murah dari jersey. Nanti balik Malaysia boleh pakai kat rumah, sambil promote kat Aiman ngan ayah: Spain menang World Cup. Jom pakai t-shirt Spain! Haha. Kejam.
Niat datang City Stars dah bertukar. Astaghfirullaaaah. Aku terus mencari jersey Egypt. Bertentangan dengan jersey Spain tu, tergantung jersey berwarna merah bertulis Al-Ahly. Jersey pasukan Mesir, ala2 Manchester United. Aku merenung jersey tersebut. Tapi Aiman nak national team Egypt. Ish....
Tengah syok2 merenung jersey Al-Ahly, datang seorang budak lelaki, umur dalam 10-12 tahun, berbaju hijau, berseluar paras lutut merembat jersey Al-Ahly tersebut, lalu berlari ke arah ibunya. Alamak....budak nih. Kacau daun je. Aku tengah nak fikir nih. Ku selak-selak jersey lain, hanya ada Chelsea, AC Milan dan Real Madrid.
Beberapa ketika kemudian, budak itu datang semula dan menyangkut baju tersebut. Dia memandang ke arahku, muka penuh persoalan. Aku senyum.
Aku: Erm...lau samah. Haza Misr? (Excuse me, ni jersey team Mesir ke? Aku bertanya sambil memegang jersey Al-Ahly tersebut)
Budak baju hijau: Yes. But not the national team. (Dia menjawab dengan yakin.Fasih sungguh English nya)
Aku: Oh...where is the jersey for the national team?
Budak baju hijau: The national team...go to Puma. (Katanya sambil menunjuk ke arah kedai bertentangan)
Aku: Oh...thank you! (Muka excited + senyum seindah suria)
Budak baju hijau: But this is the best team! (Kata beliau sambil menunjuk ke arah jersey Al-Ahly, dan berlari pergi mendapatkan ibunya yang dah nak keluar kedai)
Haha. Ni mesti die hard fan Al-Ahly nih. Lepas bayar t-shirt Espana, aku pergi menuju ke kedai Puma.
Kedai tu tak ramai customer. Sama juga situasinya. Jurujual termenung je, macam aku ni halimunan. Ahh...peduli apa. Tiba-tiba seorang salesman ternampak beg kertas Adidas di tanganku. Cepat2 dia datang, tanya aku nak beli apa. Ceh! Materialistik weh.... Agaknya, kalau aku masuk kedai tu pegang beg plastik Spinneys mesti dia buat tak layan.
Aku: Do you have the jersey for national team of Egypt? (Aku bertanya dengan muka macho, bajet speaking omputeh. Konon2 anak orang kaya. Haha)
Jurujual: Yes. What size do you want?
Aku: Erm..... (Aku melihat jurujual tersebut. Mana aku tau size kat sini macam mana.)
Jurujual: My size?
Aku: Ermmm...yes. (Ye kot)
Jurujual. Okay. It's M. Wait for one minute. (Dan dia berlalu pergi mencari jersey bersaiz M)
Aku meneliti jersey yang bergantungan. Oh...macam tu rupanya jersey team Mesir.
-Gamba2 ni aku google je-
Beberapa minit kemudian, jurujual tu datang, membawa sehelai jersey berwarna merah. Dia pun tunjuk la kat aku.
Aku: This is the national team? (Aku masih ragu-ragu)
Jurujual: Yes! Look here. (Dia menunjukkan tulisan EGYPTIAN FA di lambang jersey tersebut)
Aku: Oh...okay. I'll take it.
Cashier kat kedai Puma yang tadi pandang aku nak tak nak, terus senyum bila aku datang bawak jersey tu. Harap-harap dia senyum ikhlas. Dia menekan mesin kira-kira dan menulis resit pembelian. Nak tercekik aku tengok harga jersey tuh. Hurmm...kalau convert duit Malaysia, standard la harga jersey kat Malaysia pun harga macam tu. Tak pe la...balik nanti claim kat Aiman. Haha. Kejam punya angah!
Dengan terbelinya jersey tersebut, maka selesai lah misi membeli barang-barang untuk di bawa pulang.
Aku melihat jam tangan. Baru pukul 5 suku. Rasa nak cari baju atau skirt labuh la kat sini. Untuk pakai raya. Maka aku berjalan dan terus berjalan, mencari kedai yang sesuai. Hampir sepuluh minit berjalan, turun naik escalator, aku berhenti dan mengeluarkan handphone. Jari jemari pantas menekan nombor kawan.
Tutt...tuttt....
Yat: Assalamualaikum.
Aku: Waalaikum salam. Yat, maaf ganggu.
Yat: Takpe2, tak ganggu pun. Ye Sarah?
Aku: Erm...segan la nak cakap. Kite kat City Stars ni. Rasa nak beli blaus ke, skirt ke. Yat tau tak kedai mana yang ada jual benda camtu?
Yat: Haha. Ooo...kat City Stars rupenye. Erm..biasenye budak Melayu selalu pegi kedai H&M, pastu sekitar kedai tu pun ade jugak. Tak pun kat Fabulous.
Aku: Oh..ok Yat. Thanks.
H&M tu kat mane? Haha. Sah la aku tak penah shopping baju kat sini. Kantoi.
p/s: Kepada ibu, anteh, ummi, atam n andak, angah balik ni, kita mentibang sama2 ye? Lama sungguh tak mentibang bersama makcik2 yang happening ^_^ .
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 play the melodies:
xpenah kena pulak kes pilih kasih gitu tapi xmustahil la. kdng2 kt mlysia pn dpt lynn yg sama jgk. huhu. makin lama nanti makin kurang smngt shopping utk bwk blik mlysia kot. hehe
23 July 2010 at 01:45smgt btul carik jersi utk adik ye..
23 July 2010 at 02:31hihi..
ape2 pun..
slamat bercuti kat msia la ye..
:D
Post a Comment