Apa itu ASFaD:
Ain Shams Family Day
Ada apa dengan ASFaD:
-peluang keemasan untuk semua ASUians merehatkan diri setelah 24/7 menjadi seorang mahasiswa ulat buku, hari-hari datang kuliah awal, hari-hari pergi tuisyen, hari-hari baca buku medik tebal, tiap-tiap minggu ada ujian, hampir setiap hari buat status kat FB sekitar ilmu medik =_='.
-time ni la nak kenal kakak-kakak, adik-adik, senior, junior yang belajar di universiti yang sama. Mengikut pengalaman, melalui ASFaD lah aku dapat kenal senior dan junior. Kalau tak, memang susah nak kenal. Sebab kat kuliah, jarang jumpa. Kalau terserempak, takat senyum, lambai-lambai sambil lari masuk ke kelas. Nak kata semua sama tajaan, tak. Semua sama negeri, lagi la tak. Jadi, sudah tentu lah kurang mengenali kita ni. So, bila lagi nak kenal kan? Inilah masanya. Yang Sabah boleh kenal dengan Terengganu, yang Melaka boleh kenal dengan Pahang, yang Negeri Sembilan boleh kenal dengan Kedah, yang Johor boleh kenal dengan Perlis. Eh....ada ke Perlis? Haaaa....nampak sangat tak tahu. Ni yang kena datang ASFaD nih.
-untuk yang rindu nak bersukan, berumah sukan, masuk acara sukan dan menang, inilah masanya. Buktikan bahawa anda juga adalah seorang mahasiswa yang all-rounder. Medik boleh, bersukan pun boleh. Memasak pun boleh! Sebab nanti ada BBQ. Err...kira masak la jugak tu kan.
-untuk mengubat kerinduan kita kepada keluarga di Malaysia. ASUians la family kita kat sini. Jadi kita buat family day untuk buktikan we are family. Ya, memang tiada siapa yang menjadi ibu atau bapa kita di sini, tapi kita semua consider adik-beradik la kan. We are not alone here. The moment we can get together is during this family day, when we gather everyone, seniors and juniors.
-something extra ASFaD kali ni: ada t-shirt! Haa....teruja tak?
Bila ASFaD:
2 & 3 March, bersamaan hari Rabu dan Khamis. Ha??! Hari tu ada kuliah la! Tak payah buat-buat risau. Semua dah diuruskan oleh AJK pelaksana. Pihak universiti bagi kita cuti dua hari tu. Dapat cuti tau! Haaa...bukan senang nak dapat cuti khas Malizi je. So, join la ASFaD. Kalau tak, tak berbaloi la kita dapat cuti.
Dah la. Cakap banyak pun tak guna. Jom la join ASFaD. Buktikan kita concern dengan family kita ^__^.
2 play the melodies:
'-something extra ASFaD kali ni: ada t-shirt! Haa....teruja tak?'
15 January 2011 at 11:07= teruja3x! ^__^
heh. bagus la akram. ape tunggu lagi. rajin2 la promote ASFaD kat adik-beradik ASU yang lain :)
15 January 2011 at 21:44Post a Comment