Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Never give up

Wednesday, 26 January 2011

~When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place~

Musim mid-year exam sudah tamat. Macam biasalah, setiap kali habis satu paper, mesti nak tanya orang "Macam mana exam?" atau "Ok exam?".

Kalau kawan yang jujur, dia jawab "Boleh la," atau "Susah la paper tu" atau "Alhamdulillah, boleh jawab".

Kalau kawan yang lebih jujur, dia jawab guna ekspresi muka. Sama ada kelat, senyum terpaksa atau keluhan panjang.

Kawan yang paling jujur jawab macam ni "Exam ok. Aku yang tak ok," atau pun "Soalan senang. Jawapan susah!" dengan penuh perasaan.

Haha. Manusia memang unik. Bersyukur Allah cipta manusia macam-macam ragam. Tak la bosan hidup ni.

Selaku manusia yang agak terkecuali daripada kehangatan dan tekanan mid-year exam kali ini, rata-rata aku lihat manusia di sekeliling aku agak kecewa. Setiap kali exam pun situasi yang sama dapat dilihat. Sejak tadika lagi. Kalau lihat di YM dan Facebook, memang ketidakpuasan hati yang diluahkan. (Aku pun macam tu jugak. heh)

"Bila kita dah buat yang terbaik, segala macam usaha kita dah buat, kita sertakan doa yang berpanjangan serta tawakkal yang tinggi kepada Allah, apa lagi yang kita perlu bimbangkan?"  (teringat pesan ayah zaman sekolah dulu-dulu)

 "Allah tengok usaha, bukan hasil"  (kata-kata seorang senior).

Ya, kita semua nak mumtaz. Kita semua nak jadi top scorer, nak markah penuh, nak ranking top 1. Bila kita doa, kita minta Allah bagi kita semua yang kita nak tu. Bersungguh-sungguh kita minta kat Allah, bagilah kita dapat nombor 1. Bagilah kita dapat mumtaz. Tapi kita jarang sangat minta kepada Allah, bagilah yang terbaik untuk kita. Kita jarang sangat sedar yang hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita jarang sangat sedar yang kita hanya hamba, yang tidak mengetahui semuanya.

Berdoalah mohon yang terbaik dari Allah. Sesetengah orang, Allah berikan mumtaz kepada mereka sebab Allah tahu itu yang terbaik untuk mereka. Mungkin jika mereka tak dapat mumtaz, mereka putus asa tahap dewa. Manakala sesetengah orang, Allah beri selain mumtaz untuk mereka kerana Allah tahu itu yang terbaik. Mungkin kalau mereka dapat mumtaz, mereka jadi lupa diri, mereka lupa mereka hamba Allah. Hakikatnya, hanya Allah yang mengetahui segalanya yang terbaik untuk kita. Oleh itu, mohonlah yang terbaik. At the end, kita memang nak yang terbaik kan?  ^__^

And never give up. NEVER. Jangan putus asa. Jangan sesekali mencuba untuk putus asa. Tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.

2 play the melodies:

Anonymous said...

sgt2 terkesan....

thankz,,,

26 January 2011 at 22:25
F Yusof said...

hmm Dr sy pun cakap macam tu, minta apa yang terbaik untuk kita ;) Allah knows best kan

27 January 2011 at 13:34
Related Posts with Thumbnails