Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Si manja malas yang penakut

Sunday, 2 January 2011



Hah....tak nak mengakulah tu.
Mulalah terfikir orang lain.
Mulalah menuding jari kepada kawan sebelah.
"Dia...dia ni memang pemalas. Dah la manja pulak tu. Penakut lagi,"
Nanti. 
Sebelum tengok orang lain, tengok diri sendiri dulu.
Kau. 
Ya, kau lah. Siapa lagi.
Kau manja kan?
Jangan nak tipu aku. 
Kau memang manja.
Dari kecil, sampai besar, kau selalu dimanjakan.
'Pampered', orang putih kata.
Dari kecil, sampai besar, kau selalu disuap.
Bukan takat makanan.
Tapi segala benda pun kau disuap.
Kau mana pernah cari duit sendiri.
Kau mana pernah berpenat lelah usaha untuk cari sesuap makanan.
Bila dah besar pun kau masih macam tu.
Di sekolah, kau disuap oleh cikgu.
Mana pernah kau cuba buat kajian.
Semua yang ada dalam buku teks kau telan bulat-bulat.
Hari-hari datang sekolah, kena suap.
Kau memang manja.
Kau pernah berusaha nak cari kebenaran?
Ni, aku tanya kau ni. 
Jawablah.
Ada pernah kau berusaha untuk cari kebenaran?
Ada pernah kau usaha untuk tegakkan keadilan?
Menegur yang membuat kesilapan? Pernah?
Kalau setakat menegur adik kau yang tadika tu salah eja perkataan, tak payah lah.
Pernah kau beranikan diri tegur orang yang lagi tua?
Pernah kau beritahu senior kau dia buat salah?
Pernah?
Jarang-jarang?
Sebab kau penakut kan?
Kau memang penakut.
Walaupun kau tahu kau benar, tapi kau terlampau penakut.
Penakut sangat, sampai kau tak kisah pun orang lain buat dosa.
Kau takut nak tegur, nanti kau dipandang serong.
Kau takut nanti tak ada orang nak kawan dengan kau.
Kau takut sebab nanti semua orang benci dengan kau.
Kau takut sebab nanti, akaun bank kau dah tak ada duit.
Kau takut sebab nanti, kau jadi miskin harta.
Kau takut sebab dunia!
Kau sedar tak?
Kalau kau yakin kau hamba Allah,
kalau kau yakin dengan janji Allah,
kau takkan jadi penakut, tahu?
Cuba kau tengok dunia sekarang ni.
Banyak maksiat kan?
Banyak kemungkaran kan?
Habis tu apa yang kau dah buat?
Kau duduk diam saja kan?
Kau 'malas nak ambik port'.
Kenapa?
Terasa?
Ya, memang kau pemalas.
Kau malas nak ambil tahu.
Kalau sudah tahu pun kau malas nak fikir.
Kau malas nak sesakkan fikiran kau.
Kau rasa, buat apa susah-susah fikir untuk umat, ya tak?
Kalau kau fikir pun, kau malas nak bertindak.
Kau rasa, cukuplah dah fikir.
Biarlah orang lain buat kerja.
Kerja aku belajar saja.
Iya lah. Aku kan mahasiswa.
Belajar sudah lah.
Hakikatnya kau malas.
Mengaku sajalah.
Kau fikir kau mahasiswa, jadi kau tak ada masa nak buat kerja lain.
Kau fikir kau mahasiswa, jadi kau tak perlu ambil tahu hal-hal lain.
Sekadar fakta dalam buku teks itu cukuplah.
Ya, dunia kau hanya kuliah, tuisyen dan buku teks.
Kau mengaku kau hamba Allah.
Tapi apa yang kau dah buat sebagai hambaNya?
"Mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah"
Ada kau buat semuanya?
Kau tahu itu tanggungjawab sebagai hamba kan?
Tapi ada kau buat?
Jangan menipu lah.
Cukuplah kau jadi si manja pemalas yang penakut.
Tak payah tambah penipu pula. 
Kau lebih suka menjadi hamba dunia.
Sebab tu kau manja, tunggu untuk disuap.
Tunggu untuk diberi wang, pangkat dan pujian.
Kau lebih suka menjadi hamba dunia.
Sebab tu kau malas, tiada usaha untuk mencari kebenaran.
Kau selesa dengan apa yang kau ada, kau malas nak bersusah-payah.
Kau lebih suka menjadi hamba dunia.
Sebab tu kau penakut, bimbang dicaci oleh manusia.
Bimbang manusia sekeliling tak redha dengan kau.
Eh....kau.
Kau hamba Allah lah!
Kau tahu tak Allah ciptakan dunia tapi Allah tak mahu kau suka pada dunia?
Kau tahu tak dunia ni kejap saja?
Kau tak boleh bersabar ke?
Allah kurniakan sifat sabar dalam diri kau, tapi kenapa kau tak guna?
Nafsu kau besar sangat ke?
Iman kau mana?
Kau tak hebat kalau setakat ada sijil bertimbun.
Setakat ada kereta dan rumah besar.
Setakat ada duit segunung.
Kau tak hebat kalau kau tak menyedari yang selama ini kau bertuhankan dunia.
Kau tak hebat kalau kau tak ada sifat rabbani.
Kau tak hebat.
Kau memang tak hebat sebab selama ini kau hanya fikirkan tentang diri kau.
Kau fikir tentang Allah pun bila kau sesak, bila kau sakit, bila kau ada masalah.
Layakkah dengan perangai sebegitu, kau digelar hamba Allah?
Kau tak malu ke dengan Allah?
Bila kau doa, kau minta Allah bagi kau jadi pelajar cemerlang.
Bila kau doa, kau minta Allah bagi kau dapat harta banyak.
Bila kau doa kau minta Allah bagi kau hidup senang.
Tapi cuba kau fikir balik.
Cuba kau tengok balik.
Selama ni, kau jadi hamba Allah yang macam mana?
Selama ni dah cukup ke apa yang kau buat selaku hambaNya?
Yang kau mintak itu ini, tapi usaha kau takat mana?
Sejauh mana kesedaran kau tentang akhirat?
Sebesar mana pengorbanan kau?
Sebesar jihad Sumaiyah?
Sehebat mana keimanan kau?
Sekental iman Bilal bin Rabah?
Dah lah kau.
Berhentilah jadi si manja pemalas yang penakut.
Sebab kau mungkin mati esok hari.
Hiduplah dalam keadaan mulia. Mulia disisi Allah.
Moga-moga kau mati nanti, dalam keadaan syahid. 
Syahid untuk agama Allah.



-entri muhasabah untuk diri-

3 play the melodies:

Dzuu Haniin said...

mahasiswa kan kerjanya baca buku, minum susu dan tidur..kah kah kah

2 January 2011 at 22:23
Sarah Mustaza said...

tapi hamba Allah, kerjanya lebih daripada itu

2 January 2011 at 22:40
athirahariffin said...

minta izin copy ye kak :)

9 June 2012 at 19:03
Related Posts with Thumbnails