Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Flunking

Sunday, 10 January 2010

Sigh...sigh...sigh...cry...cry...cry.... T_T

I FLUNK MY HISTOLOGY QUIZ!

That's the hot news today. Ya Allah...tak tahu kenapa, macam mana, sebab apa...apa2 jelah.
Honestly, I have no idea that there'll be quiz today. Okay, it's my fault for not asking anyone and for not realizing earlier why everyone is busy holding the Histology Atlas. Second, I can't even remember that structure of suprarenal gland!! Why...why...why...?

Time masuk makmal Histo tu, buat muka macam biasa je, macam tiap2 hari Ahad datang nak dengar pre-lab then tengok slides. Tapi tadi tiba2 si Naser yang tak penah2 bercakap ngan aku panggil aku dan mintak nak pinjam kaler sambil tesengeh2. Aku dengan muka blur yang amat bertanya "Ha? Kaler?" Nak buat ape pulak Naser ni mintak kaler. Katanya, nak exam kang kena lukis, dia tak bawak pensel warna untuk lukis nanti.

On the spot aku rasa jantung terhenti. Ha?? Kena lukis?? Gulp. Kena lukis ape? Ya Allah...dekat nak seminggu aku tak bukak atlas tu. Maka sepantas kilat aku menyelak2 atlas, cuba merakam 3 jenis lukisan endocrine system dalam otak (dengan harapan dapat ingat details tu dalam sekelip mata).

Selepas pre-lab tentang structure terakhir bab Male Genital System, doktor pun mulakan quiz. Ada MCQ dan kena lukis sekali. Actually, dalam bab Endocrine System ada 3 structure yang kena hafal. Pituitary gland, thyroid dan suprarenal. Time tu aku sempat menjenguk pituitary ngan thyroid je. Suprarenal tak sempat nak rakam dalam kepala sebab kat muka surat lain. Tapi time kuiz tu, doktor kata: Sume orang lukis SUPRARENAL GLAND.

Argh....tidak!! Sume orang seakan-akan tercengang time doktor bagi arahan tu. Dalam hati aku: Apesal diorang tekezut? Aku ni lagi la pulak, rasa cam nak pengsan je time tu. MCQ dah la ada 5 soalan je, and I didn't read even a single word from that topic! 'Sangat menarik'. Bila dah siap buat MCQ yang tak berapa nak yakin sangat jawapannya tu, aku pun start la nak lukis Suprarenal Gland kesayanganku itu.

Ok, first2 ada connective tissue capsule kat atas dia. Aku memulakan dengan tenang. And then....a complete silence in my head and heart. Pastu ada ape lagi ek? Kalau tak silap, ada 3 layers dalam kawasan cortex tu. Tapi...macam mana bentuk structure dalam setiap layer?? Sama ke x?? Fikiran mula flash back setiap muka surat dalam atlas tu. Jumpa je muka surat berapa, warna apa, position kat mana...tapi untuk melukis, kena tahu detail. And that's when I realized I'm about to flunk that quiz. Allah... Jantungku mula berdegup makin lama makin perlahan. Terasa macam nak pengsan time tu, knowing that I might be flunking for the first time that day. Tak mampu lagi nak teruskan melukis, aku tunduk merenung lukisan yang tak sampai 15% siap. Ya Allah...apa yang aku buat ni? Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku tak gunakan akal dan ingatan yang Kau kurniakan dengan sebaik-baiknya?? Ya Allah...ampunkan aku. Memang rasa nak nangis je time tu. Tapi tak jadi sebab doktor suruh semua hantar kertas jawapan. Urghhh...berat sungguh hati nak hantar kertas tu.

Beberapa ketika kemudian, seorang lagi doktor start bincang jawapan untuk soalan MCQ tadi. Kami sekadar mendengar jawapan yang diberikan. Soalan 1: Huhh... Soalan 2: Ha?? Tu ke jawapan dia? Soalan 3: Eh... Soalan 4: Ermm.... Soalan 5: Salah...T_T. Kesimpulannya, I flunk that paper very badly.

Maka mood pun terus berubah, satu badan rasa menggigil. Lepas tengok slide, aku terus pulang ke rumah sambil melayan perasaan dalam tremco. Letih sungguh rasanya. In other words, down sungguh.

Balik2 je rumah, terus on9, bajet nak call ibu sambil nangis teresak-esak (takdelah camtu sangat). Tengok2 ibu ada on9 kat FB, tengah tunggu anak bujang kesayangannya, Aiman. Aku pun mula la bercerita kat ibu perihal kejadian hari yang tidak seberapa untung dalam hidupku.

Ibu kata: Itulah namanya kehidupan, sentiasa penuh dengan pengalaman. Hidup ni perlukan pengalaman, baru kita boleh jadi lebih baik. Pengalaman tu berharga sangat, sampai kita tak boleh nak beli. Bersyukurlah dengan apa yang berlaku. There's always lessons in life. Anak ibu kena always be well prepared ye.

Ye, terima kasih ibu. Angah bersyukur dapat ibu dan ayah yang penyayang, memahami dan sentiasa beri semangat dan kata2 yang menenangkan jiwa. Semoga pengalaman flunking this first time ever menjadi pendorong untukku terus maju ke hadapan dan tidak takut pada dunia.

Kata ayah: Tak perlu takut pada exam. Takutlah pada Allah saja.

Thanks ayah.

Kata Kak Zah: Sarah, yang dah berlalu tu lupakan. Jangan pandang belakang. Sebab....ade hantu! (sambil tesengeh2)

Thanks jugak Kak Zah, haha.




0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails