Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Wanted!

Sunday 24 January 2010



Dalam bulan ni, makhluk berbadan kerdil, berotak licik ni sudah banyak kali buat hal kat imarah (bangunan) Rumah Negeri Sembilan ni. Sebelum kena kat batang hidung sendiri, pernah la beberapa kali aku terdengar desas-desus mangsa2 perbuatan makhluk ni bercerita tentang penderitaan emosi + fizikal yang mereka alami. Ada yang digigit jari time tengah tido la (sedar2 dah berdarah je jari), ada yang koyak baju rayanya, ada yang habis dimakan coklat Cadbury nya, bersepah dapur dibuatnya, tidak kurang juga najis makhluk ini kelihatan di beberapa tempat di rumah masing2. Time dengar diorang bercerita tu, aku buat muka macho je la, tak de lah nak excited sangat turut serta emosi macam mereka.

Tapi kali ni makhluk durjana itu sudah melampau! Beberapa minggu kebelakangan ini, sistem pertahanan rumah kami, 4B agak goyah sedikit memandangkan usaha beberapa ekor tikus yang siang malam mencuba untuk membuat lubang besar di pintu dapur telah pun menemui kejayaan. Makin lama makin besar lubang tu, sampai dah tak dapat lagi nak tutup. Maka, dengan senang hatinya mereka masuk beramai2 (rasanya 1 family kot, huhu) memulakan kehidupan baru di rumah kami. Selama ni diorang berdendam je, sebab kami awal2 lagi dah pasang sistem pertahanan yang agak kukuh (tapi untuk beberapa bulan je la..).

Sedikit demi sedikit, mereka mula menunjukkan taring. Mula2 dia kisai bakul sampah kat ruang tamu. Bangun2 je subuh tu, tengok ruang tamu dah penuh dengan sampah2 ringan, manakala bakul sampah hampir kosong. Beberapa hari kemudian, dia mula berani masuk ke dalam bilik. Cek2 bawah katil, dah ada 'trademark' mereka merata2. Mulalah satu rumah merungut. Nak kena bersihkan itu dan ini.

Semalam, selepas selesai solat Subuh di musolla, aku naik ke rumah dengan hati yang bersemangat nak study Histology. Tengah duduk2 atas katil, baru je nak bukak buku Histo, tiba2 terdengar bunyi aneh dari bawah katil: krett, kreettt, krettt... Telinga mula panas dengar bunyi2 halus macam tuh. Sepantas kilat aku menyiasat apa yang sedang berlaku. Dicelah2 susunan kayu, kelihatan ekor panjang berwarna kekelabuan. Cis! Tikus.... Time tu aku memang tengah bersemangat nak tangkap dia memandangkan dia dah banyak kali buat kacau kat rumah kami. Tapi belum sempat aku tangkap dia, tiba2 mata tertumpu kat sebuah objek hitam di bawah katil. Aku mencapai objek tersebut. Terdapat lubang yang agak besar padanya, hasil gigitan tikus 'bertuah' itu.





Tengok tu. Rasa nak tangkap tikus tu, pastu salut dia ngan tepung kentucky, pastu goreng garing2, then bagi kucing kat bawah tu makan ramai2. Bikin orang panas pagi2 lagi. Argghhh!!!
Botol air tu LE 30 ko tau x?? Ape ko dapat kalau ko gigit pun? Tak paham betul....


Sejurus aku merungutkan perihal kejadian yang telah berlaku, Kak Zah turut serta melaksanakan operasi menangkap tikus pagi tu jugak. Kak Zah yang meninjau keadaan bawah katilnya kelihatan tekezut sebab ada banyak benda2 menarik kat situ. Plastik gula2, plastik coklat, biji limau, sabun (huh??) dan lain2 lagi. "Ko memang nak kena ni! Nakal ye!!" kata Kak Zah memberi amaran.

Namun, makhluk tersebut masih belum kami temui lagi. Siap la kamu!!

-Pesanan drpd Kak Zah: kalau ade sesape yang terserempak dengan makhluk ni, bunuh je dia, tak kisah la comel ke x-

7 play the melodies:

dealova said...

bikin panaaasss...
30le plak...athuyaiii..musykil gak,y ang p ltak bwh katil pesai.harhar.,..=p

24 January 2010 at 16:09
Sarah Mustaza said...

haha...
persoalan yg menarik, wani.
orang pun ramai tanye apesal aku gi susah2 letak bawah katil.
sebabnye, aku tak gune botol tu utk bawak gi kuliah. kire cam da lame tak gune la.
almari da penuh, so simpan bawah katil je la.
tengok2 ade plak yg dengki xtentu pasal.
aku rase dia xsuke team liverpool kot, huhu

24 January 2010 at 18:18
org yg bru habis exam said...

comel!!
tapi kesannye..dasat.huhu

24 January 2010 at 21:44
altafur rijal said...

kami menyediakan perkhidmatan menangkap si kecil yang comel tu..le 3.75 je seekor..huhu..bersihkan lah bilik tuh..susun elok2..jangan sepah2..si comel tu xkan datang..hehe

25 January 2010 at 01:11
~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

25 January 2010 at 06:41
Sarah Mustaza said...

org yg baru habis exam: yeah, mmg comel. kalau perangai dia elok, da lame bela mcm hamster. tapi kedengkian dia menghilangkan kecomelan dia! huh....

altafur rijal: perkhidmatan menarik yg anda buat, huhu. btw, bilik kami antara yg plg bersih kot kat imarah ni. maybe dia suka yg bersih, same seperti lalat mesir, yg suka hinggap kat org yg baru lepas mandi, instead of org yg xmandi seminggu. tak paham...tak paham...

25 January 2010 at 08:24
sakinah said...

salam.
daripada kita suruh altafur rijal tu tangkap, baik kita tangkap sendiri kan sarah.

pastu kita bawa g virus research dep. kat ain shams...dapat jugak tikus2 tu jadi bahan experiment dan berbakti kepada manusia...baru real comel.. :D

4 February 2010 at 20:12
Related Posts with Thumbnails