-BORN TO SEARCH FOR THE TRUTH-
Ahh...tak sedap lah ayat tu. Born to lead best la jugak :P. Alkisahnya di sini, nak mengkhabarkan dalam tempoh sebulan ni, aku telah menemui banyak sumber menarik tentang suatu perkara atau isu atau topik atau apa2 saja namanya yang selama ini telah lama aku kaji atau lebih sedap lagi, telah lama aku cuba mencari jawapannya. Kalau nak tau perkara apa yang aku minat, inilah antaranya. Kalau time tengah lecture kat kuliah aku tersengguk-sengguk, tiba2 doktor bukak cerita pasal topik yang aku suka ni, boleh jadi aku mampu fokus selama 2 jam tanpa menguap, hehe. Mungkin tak semua orang berminat dengan apa yang aku kaji, tapi (peduli ape aku...huhu) apa salahnya kalau kita tambah pengetahuan kan?
Hujung tahun lepas, beberapa sahabat introduce dokumentari The Arrivals kat aku. Time first2 tengok intro dokumentari tu, hati mula tertarik nak tengok lebih lanjut lagi. Maka aku pun memulakan pencarian manusia2 yang memiliki complete series of the documentaries (disebabkan kemalasan untuk download dari youtube, hihi). Akhirnya, selepas 2 minggu dapat jugak siri yang lengkap, sebanyak 50 episod!! (banyak giler batotis...batotis=kentang). Kak Zah yang bagi aku DVD tu, suruh copy cepat2. Thanks Kak Zah!
Maka selama beberapa hari, aku 'mendisiplinkan' diri untuk meneliti dan memahami dokumentari padat, ringkas dan menarik itu (memandangkan takde subtitle, maka kena bersungguh2 semasa menontonnya, agar tak salah faham T_T). Kak Ros, Kak Zah, Kak Dhuha dan Myra kadang kala turut serta bersama2 menontonnya sambil menunggu aku memutar belit lidah, mentranslate fakta2 penting, huhu. Kadang2 Kak Ros lagi cepat sebut perkataan tertentu dalam Bahasa Melayu memandangkan aku mengambil masa sepantas siput berjalan untuk memikirkan ayat yang terbaik...haha. (Dah lama la tak buat kerja translating ni...adehh)
Setelah selesai menonton siri tersebut, banyak juga persoalan yang timbul hasil dari jawapan yang ku temui. Persoalan sebuah jawapan (ayat cantik je, hihi). Untuk menyelesaikan persoalan tersebut dan menambahkan lagi pengetahuan, aku cuba bertanya kepada beberapa orang Ustaz dan Ustazah akan kesahihan fakta yang terdapat dalam dokumentari tersebut.
Selang beberapa hari kemudian, seorang senior forwardkan link blog ni. Sambil tengah baca blog tu la aku tulis post yang ni. Rasa beria nak sebarkan pada umum tentang realiti masa kini. I'm not talking about the stupid reality TV shows, I'm talking about realiti umat Islam yang semakin tak sedar apa dah jadi pada dunia, isinya dan diri mereka sendiri termasuklah aku dan kamu (yang sedang membaca post ini). Nak tau apa? Klik la kat link tadi tu. Baca dulu baru tau. Kalau malas sangat pun, baca la sikit je. Sikiiiit pun jadi la.
Sama ada anda pelajar sekolah rendah, bakal ambik SPM, guru-guru di sekolah, ibu bapa, remaja pertengahan umur, seorang engineer, bakal arkitek berjaya, bakal mendapat title doktor, pendakwah, bakal ustaz dan ustazah, bakal suami, bakal isteri, bekas guru besar, bekas menteri, mantan presiden kelab bola sepak, lepasan Universiti Muktah, mahasiswa Al-Azhar, baru graduate dari UIA, freshmen kat Oxford University, siapa sahaja dirimu, dari mana pun kamu berasal, belajar dan bekerja, ambillah walau sesaat untuk mengetahui kebenaran tentang dunia kita sekarang. It's more than what you can think of.
Confirm ramai buat muka tekezut bila tahu kebenarannya, sama seperti kami semasa melakukan penyelidikan. Pencarian masih diteruskan, dan sekiranya ada sesiapa yang ada maklumat tambahan, rajin2 la kongsi dengan sahabat dan orang sekeliling. Daripada link blog yang kat atas tadi, banyak lagi link blog lain yang sewaktu dengannya. Jadi, selamat membaca + menonton + mengetahui + mengkaji!
p/s: sape tak bukak link youtube n blog di atas, memang tak tahulah topik apa yang sedang diperkatakan. sometimes kita kena rajin untuk dapatkan sesuatu. so, ape lagi. klik je kat link tu. kalau tak nak, tak dapat. harap maklum (^_^)
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 play the melodies:
Post a Comment