Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Saya sayang telinga saya!

Saturday, 9 January 2010

Semasa kelas Embryology, Dr. Moheib pernah berkata beliau berpendapat bahawa telinga merupakan bahagian badan yang paling berharga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Ketika itu, kami semua tertanya-tanya, mengapakah beliau berkata demikian sedangkan bagi kami, orang yang buta lebih kasihan daripada orang yang pekak.

Dr. Moheib pun start explaining why he said so. Katanya, semenjak dalam rahim lagi, bayi memiliki kebolehan untuk mendengar. Denyutan nadi ibunya, suara ibunya, serta bunyi-bunyi yang datang dari luar rahim ibunya. Oleh sebab itulah ibu-ibu mengandungkan disarankan supaya memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran kerana bayi yang dalam kandungannya dapat mendengar bacaan ayat-ayat suci tersebut. Ibu-ibu mengandung yang gemar berbual dengan bayi dalam kandungannya dapat memberi stimulasi positif kepada bayi tersebut dan ini dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Indah kan ciptaan Allah? Walaupun bayi belum lagi dapat melihat wajah ibunya, namun hubungan mereka terbina melalui pendengaran bayi.

Imagine pula bayi yang ditakdirkan mempunyai hearing impairment, atau pekak semenjak dalam rahim. Dia tidak mampu mendengar suara kasih sayang daripada ibunya. Kasihan bukan? Dan apabila sudah lahir ke dunia dan meningkat dewasa, dia hanya melihat orang disekelilingnya membuka dan menutup mulut, seolah-olah melakukan sesuatu yang dia sendiri tidak mengetahui apakah perbuatan tersebut. Dia tidak mampu mendengar orang lain berkata-kata, mendengar muzik, mendengar bunyi-bunyi yang wujud disekelilingnya. The world feels empty and dull without sounds. Ya Allah, bersyukurnya aku mempunyai telinga dan pendengaran.




Hari ini pula kami mempelajari sesuatu yang tidak kurang menariknya mengenai telinga. Telinga kurniaan Allah yang comel itu bukan sahaja berfungsi untuk pendengaran, malah untuk keseimbangan badan kita. Tadi Dr. Mona menerangkan bagaimana telinga kita berfungsi membantu menyeimbangkan tubuh badan kita semasa kita bergerak. Contohnya ketika menaiki kenderaan. Ketika mula-mula kereta bergerak, badan kita akan terkebelakang sedikit, hasil daya inertia dalam badan. Jadi, receptors di dalam telinga menghantar impulses ke CNS ( Central Nervous System )...ape ntah dalam BM, dan CNS pun bertindak mengimbangkan badan kita dengan mengarahkan otot-otot supaya bekerja dan badan kita pun maintain tegak dan tak la jatuh ke belakang. Haaa...camtu lah kot. Dan begitulah sebaliknya (malas plak nak explain panjang2. mood nak bercerita tiba2 lesap, huhu). Kalau kita main bungee jumping, naik space shot, roller coaster dan semua super toys yang best2 tu, telingalah yang bantu kita maintain seperti biasa. Keseluruhannya, pencapaian aku dalam kelas Physio tadi agak menggembirakan memandangkan aku tak terlelap langsung. Yeah! Bravo Sarah... Maybe sebab topik yang dibincangkan amat menarik dan Dr. Mona pun bersemangat nak ajar + dia letak gamba2 best kat slide dia:




Time Dr. Mona tunjuk gamba ni, teringat kenangan naik Space Shot ni kat Genting dulu. Time mula2 nak pegi tu ibu pesan jangan naik roller coaster. Bahaya, kata ibu. Tapi time dah sampai kat Genting, baru tau ada permainan lagi best, Space Shot. Ibu tak pesan pulak jangan naik Space Shot, huhu. Dah Aishah ajak naik, aku pun on je la. Tengok dari jauh, macam best gila je permainan tu. Orang siap jerit2 lagi, huhu. Dalam hati aku kata: lebih kurang macam roller coaster je ni. Time tengah beratur panjang nak naik benda tu, ternampak sorang gadis yang baru turun dari main Space Shot tu. Semua orang tengah pandang dia time tu. Rupa-rupanya dia tengah menangis teresak-esak sebab takut sangat, huhu. Serta-merta perasaan cuak tak tentu pasal menyelubungi diri ini. Aku pun bakal menangis camtu gak ke? Huuu...taknak2...

Setelah beberapa ketika menanti, tibalah turn aku untuk naik Space Shot. Aku dan Dibah saling berpandangan dan masing2 buat muka cemas. Aishah mengambil tempat di sebelah Hanan, manakala aku bersebelahan Adibah. Bermacam2 doa, selawat, tasbih, takbir, tahmid ku lafazkan saat Space Shot mula bergerak perlahan2 menuju ke puncak. Time kaki dah tak jejak tanah, jantung mula berdegup laju. Aku seperti biasa, control macho je, buat2 takde perasaan. Padahal...Allah je yang tahu camne perasaan time tu.

Apabila Space Shot dah berada separuh jalan, aku dapat view setiap sudut Kota Keriangan yang diselubungi kabus tebal time tu. Terasa seperti berada di awang-awangan. Makin lama makin tinggi, makin tinggi, makin tinggi....(bile nak sampai puncak nih?) Aku dah mula rasa seram nak tengok bawah. Nak tutup mata rasa tak best pulak. Tengok bawah pun putih je semua. Kabus tebal sangat. Nak pandang Adibah kat sebelah dah tak nampak. Jantung makin kencang. Tiba2 satu gegaran kuat dirasakan dan Space Shot tu berhenti bergerak. Urgh...maknanya dah sampai puncak. Tak lama lagi bende ni bakal jatuh laju2 ke bawah!

Dabb...dubb...dab...dub...bile agaknye benda ni nak jatuh? Saspen giler time tuh. Peluh dingin membasahi dahi, huhu. Tengah2 berangan, tiba2 terasa satu force yang kuat datang dari arah atas dan sepantas kilat (actually, kilat lagi pantas) Space Shot turun menjunam ke bumi. Tau apa perasaan time tu? Rasa nak keluar segala isi perut + anak tekak + kepala rasa nak meletup disebabkan tarikan graviti yang amat kuat, angin sejuk menghujani muka secara bertubi2, dan tiada suara mampu ku keluarkan memandangkan situasi tersebut berlaku terlalu pantas dan memang tak sempat nak jerit pun. Jantung pun rasa terhenti sekelip mata. Time tengah2 menjunam ke bawah tu sempat plak bertanya pada diri: Am I dead? Am I dead? huhu.... Seram seyh. Seram tak terkata.

Selesai je journey Space Shot tu, kami pun turun. Masing2 menggigil kaki ngan tangan, haha. Senyap seketika seminit dua. Pengalaman paling menarik + exciting + breathtaking dan macam2 lagi description yang berkaitan. Lepas cerita kat ibu, langsung ibu tak bagi naik lagi dah, haha.



Time Dr. Mona tunjuk gambar ni, dia tanya apa yang kamu nampak? Masing2 bagi jawapan tersendiri. Ada jawab Disneyland, roller coaster, Genting, theme park....macam2 lagi. Aku jawab: Final Destination, huhu. Terberangan kejap time lecture yang best tu. At least I didn't fall asleep (~_^)v.


1 play the melodies:

Anonymous said...

Oh, tak habis lagi belajar pasal telinga.

Heh.

Bermakna saya tahu lebih awal dahulu dari anda!

Tak adalah, mustahil!

Fluid dalam telinga tu kawal balance badan kita. Maknanya fungsi telinga ini bukan sekadar mendengar sahaja.

Perasan tak kalau kecil-kecil dahulu kita pusing-pusing badang kita, pusing lagi, pusing lagi, kemudian nampak dunia macam berputar?

Itulah hasil dari fluid teliga kita.

Hari tu ada tanya kan tentang possibility terluka sebab telinga tu. Tu yang tanya epidermis tu. Memang epidermis kawasan telinga sangat-sangat nipis rupanya.

So, telinga ni kena jaga dengan baik. Satu tips yang baik buat orang yang sayang telinga, Q-tips, atau cotton bud ni jangan guna untuk korek (kecuali di kawasan luar) tapi gunakanlah alatan yang sesuai untuk telinga (tapi tak ingat)..

Huh, terkesima dengan seni bina telinga ini..

10 January 2010 at 19:01
Related Posts with Thumbnails