Jam menunjukkan pukul 12 malam. Hatiku bercampur-baur. Teragak-agak untuk melakukan sesuatu tindakan. Sekarang atau tunggu esok saja? Lama juga aku bermonolog dalam hati. Bukan senang nak menyampaikan berita yang ku kira tak mahu didengari. Adakah begini juga keadaannya nanti apabila aku perlu menyampaikan berita kematian pesakit kepada kaum keluarganya? Atau lebih teruk dari ini perasaannya? Wallahua'lam.
Di skrin monitor terpampang jelas keputusan peperiksaan akhir tahun bagi bulan Mei, untuk Pelajar Perubatan Tahun 2, Universiti Ain Shams. Aku hanya mengimbas markah-markah dan gredku sekali lalu. Innalillah, walhamdulillah. Ini yang terbaik untukku. Tapi aku mahu sampaikan berita gembira kepada ibu dan ayah. Bagaimana agaknya? Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik. Ku lihat ruang tamu sunyi sepi. Mungkin ibu dan ayah sudah tidur. Esok sahajalah aku khabarkan kepada mereka, monologku dalam hati. Tapi aku tak dapat melelapkan mata.
Selama dua jam otak dan akalku ligat berfikir. Syukur, Allah telah memakbulkan doaku agar dikurniakan yang terbaik. Ya, inilah yang terbaik untukku. Sesuatu yang tak pernah aku perolehi dahulu. Kebimbangan yang sering menghantuiku dahulu kini hampir tamat, atau mungkin sudah tamat.
Aku cukup bimbang dan sering tertunggu-tunggu suatu dugaan dari Allah. Bukannya bermakna aku gila. Tapi ia sebagai membuktikan Allah ingin mengujiku dengan kesusahan kerana aku tahu, ujian dari segi kesenangan itu lebih bahaya terhadap manusia. Setiap tahun Allah kurniakan aku dengan kejayaan. Tidak pernah sekalipun Allah duga aku dengan kegagalan semasa di zaman sekolah dahulu. Semua dugaannya berbentuk kejayaan. Tatkala menerima keputusan SPM, hati ini dilanda syukur berselang-seli dengan resah. Aku cukup takut kejayaan cemerlang yang Allah kurniakan itu menjadi penyebab aku berpaling daripada rahmatNya. Allah, ku panjatkan kesyukuran kepadaMu yang sering memberi peringatan kepada diri ini, yang sering menarik diri ini kembali ke jalan yang benar tatkala diri ini terpesong. Peringatanmu kali ini sangat aku tunggu-tunggu.
Keesokan harinya....
Aku menghampiri ibu yang sedang memasak sarapan di dapur.
Ibu: Angah... (sambil tersenyum)
Aku membalas dengan senyuman tawar.
Aku: Ibu, angah tak dapat la raya sini. Result dah keluar, malam tadi.
Ibu berhenti memasak dan menumpukan sepenuh perhatian kepadaku.
Ibu: Yeke?
Aku: Ha ah. Angah kena repeat Physiology ngan Biochemistry. Sorry ye bu.
Ibu: Oh. Takpe. Anak ibu ade bawak balik buku kan? Belajar la ye. Banyak muhasabah yang kena buat tu.
Aku sekadar mengangguk. Settle.
Ibu: Nanti angah bagitau ayah ye.
Huuuuhh....berat.
Pukul 7.30 pagi, selepas ibu pergi kerja, ayah masuk ke dapur ketika aku sedang basuh pinggan. Bismillah....
Aku: Ayah. Result dah keluar malam tadi.
Ayah: Iye? Camne?
Aku: Angah kena repeat 2 paper.
Ayah: Daripada?
Aku: 5 paper. 3 lepas.
Ayah: Dua ngah? (muka sedikit tidak percaya)
Aku hanya tersenyum paksa.
Selesai basuh pinggan, aku terus masuk ke bilik dan mengeluarkan buku Physiology dan Biochemistry dari dalam kotak. Ku renung buku-buku Anatomy dan Histology yang turut ku bawa. Allah...aku belum cukup hadam lagi 2 ilmu tersebut. Rasa bersalah dan berdosa. Astaghfirullaaahh.....
Sedang ku belek buku Physiology, ayah muncul di muka pintu bilikku. Okay, time for motivation. Aku bermonolog dalam hati. Dah lama aku tunggu tazkirah ayah.
Ayah: Subjek ape yang 2 tu?
Aku: Physiology ngan Biochemistry.
Ayah: Susah ke?
Aku: Ermmmmm.....Physiology ni best blaja dia. Tapi banyak benda nak kena ingat. Bochemistry ni pulak....
Ayah: Ilmu ni kan ngah..... (ayah mula membuka bicara)
Ilmu ni pusat dia iman dan taqwa. Sebanyak mana pun kamu belajar, kalau kamu tak kaitkan ilmu tu dengan iman dan taqwa, takde guna. Ni yang kamu gagal ni, jadikan kegagalan tu satu perkara positif. Orang yang bijak, dia cari jalan untuk jadi lebih cemerlang dari kegagalan dia. Kalau kamu sentiasa berjaya je, tak pernah gagal, kamu rasa kamu akan jadi apa nanti? Allah bagi kegagalan tu supaya kamu fikir, fikir dan fikir. Dan bila diduga, kita mesti tenang. Kalau otak tu serabut, satu benda pun tak jalan. Macam mana nak tenang? Ingat Allah. Bangun malam, dhuha jangan tinggalkan, zikir setiap masa supaya kamu sentiasa ingat Allah. Bila jiwa tu tenang, kamu nak handle 21 masalah dalam satu masa pun boleh. Orang yang jiwa tak tenang, kusut, nak handle satu masalah pun susah. Jangan jadikan belajar medik ni penyebab kamu kena belajar je setiap masa. Hubungan dengan Allah, dengan manusia pun kamu kena jaga jugak. Sekarang ni la masa nak latih diri. Nanti kamu dah kerja, ada family, ada anak, kamu kena pandai handle semuanya dengan jiwa yang tenang. Kalau jiwa serabut, haaa....semuanya bermasalah. Make this failure a positive thing. Ada hikmah besar yang Allah nak bagi kamu tu. Ayah tak nak kamu jadi orang yang ade belas-belas degree, tapi iman ntah ape-ape. Ingat. Allah yang cipta kita. Kita ni hamba Dia. Buku tu, ilmu tu pun hamba Dia. So, always kembali kepada Pencipta. (dan seterusnya......)
Allah, aku bersyukur atas peringatan yang Kau berikan ini. Sekurang-kurangnya ia berjaya menyedarkan aku yang terus hanyut dengan dunia. Aku mengaku, terlalu banyak memikirkan tentang dunia berbanding akhirat sedangkan di akhiratlah aku akan hidup selamanya. Aku juga bersyukur masih diberi peluang untuk hidup dan membersihkan diri dan jiwa daripada dosa. Setiap hari hidupku, ada sahaja titik hitam yang terpalit pada hati. Andainya Kau matikan aku dalam keadaan leka Ya Allah....nescaya sengsaralah diri ini. Na'udzubillaaahh.....
Aku juga bersyukur dengan peringatan ini. Mungkin ia sebuah dugaan, mungkin juga hukuman atas kesalahanku yang lalu. Ia mengingatkanku bahawa hanya Engkaulah yang berkuasa ke atas diriku ini. Hanya kepadaMu aku meminta dan hanya kepadaMu aku bertawakkal.
p/s: Seorang sahabat berkata- The failure is a part of Tarbiyah. It means Allah loves you and wants you to continue learning. ^__^
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 play the melodies:
kak sara :) kak sara kuat. peluang stiasa ada utk perbaiki diri. sy stiasa doakan akak. ganbate ! :)
2 August 2010 at 17:34wah! thank u adikku ^_^.
2 August 2010 at 18:08Post a Comment