Disebabkan mata masih segar, maka aku decided nak kemas almari, laci paling atas, tempat tersimpannya segala khazanahku sejak berkurun lama dahulu. Baru teringat, aku seorang pengumpul rupanya. Semua benda aku nak kumpul. Dari pensel, buku nota, pembalut hadiah, key-chain, kad raya, paper bag, souvenirs....semuanya aku kumpul. Macam mana lah tak sarat almari tuh T_T.
Ketika sedang membelek kotak2 yang ada, terjumpa sebuah kotak yang berisi kad2 raya dan birthday. Teringat kembali zaman muda2 dahulu...
-Sebahagian koleksi kad raya dan birthday yang masih ku simpan. Paling lama ketika aku darjah 6, paling baru Form 5. Yang seterusnya, ada disimpan di Mesir-
-Kad ni antara yang tertua. Aku dapat time darjah 6, tapi tak ingat siapa yang bagi. Sebab hanya ada tanda tangan. Well, signature kita masa darjah 6 kan sangat pelik, betul tak? Haha. Kad ni jugak antara yang paling kelakar. Almaklumlah, kanak2 darjah 6 yang tulis kad.-
-Timbunan kad raya. Dulu-dulu, semua orang rajin hantar kad raya. Sebab tak semua ada handphone. Lepas SPM, semua main hantar mesej je. Sekarang, hantar kat YM, FB, blog dan e-mail je. Dunia makin maju-
-Bila bagi kad raya, tak sah kalau tak tulis pasal performance dalam kelas sekali, haha. Sungguh lah exam-oriented betul!-
-Kiriman 'Atiqah Azimi, best friend yang tak jemu2 hantar kad. Ayat yang dibulatkan tu... Alkisahnya, teacher English kami galakkan kami hantar e-mail kepada beliau in English. Tulis saja tentang apa2. Time tu Form 2, tak ramai yang ada komputer/internet kat rumah. So, 'Atiqah minta aku createkan e-mail add untuk dia, password semua aku pegang. E-mail yang dia nak hantar pun aku taipkan. Dia tulis atas kertas. Haha. Comelkan kami? Nak dijadikan cerita, aku agak nakal + sarkastik dulu. (sekarang masih lagi kot =P ). Nota e-mail yang 'Atiqah tulis atas kertas aku taip bulat2 & hantar kepada teacher. Tak edit langsung. Pastu siap tulis kat bawah... "p/s: all grammatical errors were made by the owner of this email, not the one who typed it". Osah nakal eh....-
-Pengaruh obsesi masing2. Ni kad dari 'Atiqah untuk aku. Beliau ialah Duchess of Pooh. Haha. Zaman muda2 dulu~
-Ini pula kad dari Aishah untuk aku. Kenapa Mrs. Hartnett?? Sebab dulu aku minat sungguh dengan Josh Hartnett =.=' . Adeh...entah apa2. Nampak sangat kurang berpengetahuan-
-Satu2 nya kad raya yang pernah aku dapat dari kawan lelaki masa di sekolah. Kiriman Fakhrul. Dia memang bagi kat semua orang. Lagipun dia ketua kelas. See the 'Kementerian Penerangan' thing? Masa dapat kad tu, semua macam excited tetibe. Ingatkan YB manalah bagi kad. Rupanya dari ketua kelas kami, anak YB. Haha-
-The only hadiah birthday yang pernah aku dapat daripada kawan lelaki semasa di sekolah. Comel kan? Sadly, hadiah ini diberi dengan sebuah harapan. Tapi apakan daya, aku tak main lah suka2 orang masa sekolah. Dulu quote aku "Takde perasaan" ececeh.Tapi terima juga lah hadiah. Dah orang bagi, ambik je la kan? Kuang3...-
-Bersama hadiah teddy bear itu, dikirimkan kad ini. See the ucapan. Membuktikan yang bola memang menjadi topik perbualan aku dengan pelajar lelaki. Takde nak bincang pasal masalah dunia pun T_T-
-Letter form Aishah, time dia pindah ke KISAS pada 2006. Siap minta maaf pada aku & Herda sebab terpaksa pindah dan meninggalkan debate team. Herda, me & several other friends decided nak stay kat SHAMS sampai Form 5. Manakala Aishah, Munzir, Khairul Shazwan, Khadeejah, Dhamirah, Safwan Amran, Hakim, Wani Jani dan beberapa orang lagi berpindah ke sekolah lain.-
-Juga daripada Aishah. Yeah, dulu birthday aku mesti dekat2 dengan Hari Wesak. Ish3...-
Lepas leka membelek kad2 yang comel, terjumpa surat-surat daripada pen-pal. Lama sungguh tak keep in touch dengan beliau.
-Kiriman Jutta Stenholm, sahabat pena dari Finland. Macam mana boleh kenal? Dari internet la...dunia tanpa sempadan. Mula kirim surat since 2005, sampai awal 2007. Lepas tu tak ada lagi khabar berita. Masing2 sibuk agaknya.-
-Antara barang yang beliau kirim dari sana. Gambar2, poskad, bracelet, sepit rambut pun ada ^__^ -
-Ini gambar beliau yang dikirim pada tahun 2005. Kami sebaya.-
-This is her latest pic. Di curi dari FB. Lawa seyh. -
-Beberapa poskad yang beliau sempat kirim dari sana. Masa tunjuk surat2 ni kat kawan sekolah, ada sorang kawan, peminat Kimi Raikkonen tanya "Weh2. Dia boleh tak dapatkan autograf Kimi untuk aku?". Haha. Sungguhlah kanak2 nya time tu. -
-Sebahagian key-chains yang dikumpul dari zaman kanak2. From Malaysia and around the world. Egypt punya belum ada =P. Nanti2 boleh beli. Dulu disebabkan banyak sangat key-chains & tak tahu nak simpan kat mana, aku decided nak letak kat beg sekolah. Until one day, seorang sahabat bertanya "Tak berat ke beg ko? Sarat dengan key-chain". Haha. Malu =.=' -
Kesimpulannya, ini baru kandungan 2 kotak. Almariku mengandungi hampir 10 kotak yang sarat dengan barang yang perlu di recheck semula, sebab gerenti ada yang perlu dibuang. Beberapa orang hamba Allah pernah bertanya:
-"Kenapa ko simpan benda2 tu? Buang je lah"
-"Wei...ade lagi benda ni? Bila ko nak buang?"
-"Sarah, ape ko buat dengan benda2 ni? Nak buat koleksi ke?"
Sometimes, bukan semua benda kita perlu buang serentak. Ada masanya, certain things dalam hidup kita tak perlu dibuang langsung (kecuali sifat malas!). Memories daripada family, kawan2 dan kenalan perlu disimpan sebab to me, they reminded me of the people who love me ^_^.
Tapi hobi mengumpul paper bags, kertas pembalut hadiah, buku nota tu semua mendatangkan keuntungan sebab boleh diguna semula. Haha. Atau mungkin juga kerana aku seorang yang kedekut =.=' . Eh...tak juga. Itu namanya berjimat. Betul tak Harry? Hahaha.
p/s: Ramadhan kareem. Semoga Ramadhan ini memberi impak besar kepada umat manusia di akhir zaman. InsyaAllah.
1 play the melodies:
surat time darjah 6 tu sgt best!!!:)
11 August 2010 at 01:42Post a Comment