Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Bikin serupa cakap: Taubat

Thursday, 12 August 2010

"Tobat lah Mat, dah banyak benar dosa yang kau buat," kata Abu kepada Mat Top. Abu mengeluarkan sekotak rokok Gudang Garam dari poket seluarnya lalu memetik api, bakar sebatang.

"Eden ghaso den nak tobat lah. Dah menggunung doso den buek kek dunio nih. Kelentong mak abah, curi durian jiran kek kampung, pinjam duit tak ponah nak pulangkan balik. Tapi den dah cubo carik duit dah. Takdo joki, nak buek cemano..." kata Bidin kepada kucingnya, Hagemaru. Hagemaru hanya tunduk, tanda bersetuju. Dalam hati menyumpah. Bidin tak pernah nak berubah. Asyik mengarut, kata nak taubat. Dikira-kira, dah nak masuk seratus kali Bidin cakap macam tu.

Di suatu sudut rumah, terdengar suara anak kecil berusia 3 tahun, masih pelat menyanyikan lagu Wali Band, Tobat Maksiat penuh dengan perasaan...

"Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat
Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim...."

Selesai menyanyikan lagu Tobat Maksiat, kanak-kanak itu mendendangkan pula lagu Aku Stacy sambil ligat menari. Nak buat macam mana, dah radio main lagu tu. Dia ikut saja, nyanyi sama-sama. Mama dan papanya tersenyum simpul melihat telatah anak bongsu mereka. Bangga. Dalam hati kata "Berbakat besar anak kita ni. Dah cukup umur nanti boleh hantar masuk uji bakat AF, tak pun Malaysian Idol".



Zack: Ape ni bhai! Ambik dadah lagi. Kata nak taubat ari tu...  (sambil menggeleng2kan kepala melihat Amir yang terketar2, sedang cuba menyedut ganja)
Amir: Der...ko ingat sssenang ke nak taubat ni der. Pppagi tadi gua kata nak taubat, tengah hari jumpa Aaah Seng jual ini barang dddiskaun 70%, mane boleh tahan der...  (sambil mengesat hingus)
Zack: Cakap tak serupa bikin la lu ni.
Amir: Ala ko. Apesal tttiba2 jadi baik? Ko ingat orang pppakai sserbban yang sslaluu bagi ccceramah ppasal taubat ttu bbaik ke sssume? Bbbraderr tu beli nombor ekor gak aku tttengok.


Perbualan YM...

A: Saya dah nekad. Saya nak taubat. Tak nak buat benda sia2 lagi dah.
B: Wah...baguslah macam tu. Semoga taubat awak diterima.
A: Doakan saya.
B: InsyaAllah.

C: Mana you pegi A? Dah lama you tak online.
A: I busy lah study, keje. You sihat?
C: Sihat. Macam biasalah. Jom keluar lepak2 malam ni. Bosan lah.
A: Ok gak tu. Nak lepak mana? Pegi karaoke best jugak nih.



~SEDAR-FAHAM-SEDAR-IKHLAS-ISTIQAMAH~

Aku dalam golongan mana ya? Kamu dalam golongan mana? Kita golongan yang mana satu?

1. Yang nasihat orang lain, dan mengharapkan orang lain mendengar nasihat itu, tapi diri sendiri buat maksiat.

2. Yang berjuta-juta kali bertaubat, kemudian buat semula, kemudian taubat semula, dengan alasan, setiap kali buat dosa, boleh taubat.

3. Yang tak pernah sedar diri untuk cuba bertaubat, malahan tidak pernah sesekali mencuba berbuat demikian kerana dunia terlalu indah.

4. Yang berputus asa untuk bertaubat kerana melihat orang sekeliling masih tenggelam dengan maksiat.

5. Yang gemar bersemangat hangat-hangat tahi ayam untuk bertaubat. Tapi hasilnya tiada.

6. Yang menyeru orang bertaubat, memberi ceramah cukup gempak sampai menusuk ke dalam jiwa. Tapi bila orang tak nampak, dia sendiri buat maksiat. Hipokrit.

7. Yang gemar memberi alasan 'Iman manusia ni ada naik turun' sebagai jalan untuk membuat maksiat setelah bertaubat.

8. Yang merasakan tiada gunanya bertaubat kerana dosa terlalu banyak, lalu diabaikan taubat dan diteruskan menambah dosa.

9. Yang merasakan diri masih terlalu muda untuk bertaubat. Enjoy dulu, dah tua bongkok nanti taubat la.

10. Yang gemar memperlekehkan orang yang cuba bertaubat. 


So, dah decide nak masuk golongan yang mana? Atau diri kita tidak tergolong dalam kumpulan di atas? Tak perlu tuding jari pada orang lain. Sendiri tahu diri sendiri. Dan Allah lebih mengetahui.



Lalu manusia bertanya "Masihkah ada masa untuk bertaubat? Adakah peluang untuk taubatku diterima?"




Masih belum terlewat. Masih ada ruang dan peluang. Kita masih sempat. Pintu pengampunan dan pintu rahmatNya masih terbuka luas.




Ayuh...kita jadi golongan yang ini....


Ramadhan hadir membawa khabar gembira. Ayuh kita bergembira dalam beribadah kepadaNya.
Hidup tak lama.
Dunia makin tua.
Akhirat pasti akan menjelma.
Kita tak tahu bila.
Mungkin esok, mungkin juga lusa.
Ayuh bersedia untuk masuk syurga.

p/s: ^__^ iklan Ramadhan.

1 play the melodies:

yannonino said...

moga taubat yg kita lakukan adlh sebenar-benar taubat. erk selamat berpuasa kak sara! :)

13 August 2010 at 01:10
Related Posts with Thumbnails