Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Yang bernama SRI

Friday, 20 August 2010



-1997-

1 As-Syafie, 1 Al-Hambali, 1 Al-Hanafi, 1 Al-Maliki....
Aku mula mengenal nama-nama kelas yang terdapat di sekolah itu. Kelas Syafie paling depan, dekat dengan laluan ilmu. Kelas Maliki paling hujung, sebelah tandas lelaki. Busuk.
Dulu aku fikir kelas Syafie paling pandai, ikut turutan. Kelas Maliki paling lembab, sebab tu dia dekat hujung. Tapi rupanya tak. Siapa daftar lambat dia kelas hujung lah.
Tapi memang betul juga. Time penyampaian hadiah akhir tahun, yang dapat nombor 1 dalam batch budak lelaki dari kelas Syafie. Tak ingat nama dia. Lepas tu budak perempuan dari kelas Hambali. Nama dia Herda. Ya, Herda yang tak pernah ada nombor lain selain '1' dalam report card dia tu. Memang brilliant.
Budak-budak kelas Hanafi pula comel-comel semuanya. Bila mereka buat choral speaking ramai-ramai memang best. Suara masing-masing sedap didengar.
Kelas Maliki? Macam-macam hal. Mungkin sebab tu kelas aku, so banyak hal lah.
Masa darjah 1 aku tak kenal pun budak kelas lain. Tenggelam dalam dunia sendiri je. Haishhh....
Subjek kegemaran setiap murid: PJK. Memang heaven lah!

-1999-

Beberapa orang pelajar dilantik menjadi pengawas sekolah. Pakai baju biru, lain daripada orang lain. Dalam kelas aku, 3 Maliki tak ramai yang jadi pengawas. Bila dapat jadi pengawas rasa bangga, sebab dapat catit nama orang yang buat salah dalam buku. Padahal buku tu tak tunjuk kat cikgu pun. Simpan je =.=' . Ada juga yang tulis tajuk buku 'Buku Catik Nama'. Kesalahan ejaan. Sekolah rendah la kannn...
Bila jadi pengawas, jalan pun lain macam. Bila jalan, rasa orang lain pandang kita lain macam. Semacam ada respect. Astaghfirullaaahal'aziiim. Tak baik betul.

-2000-

Kami mula dipecah-pecahkan ikut pencapaian dalam peperiksaan. Kelas Syafie kira kelas 'A' lah. Mula-mula semua orang tak suka, sebab kena berpisah dengan kawan-kawan. Biasalah budak-budak, semuanya nak dengan kawan. Tapi lama-lama ok.

-2002-

Tahun kami semua menduduki peperiksaan UPSR. Usaha cikgu-cikgu memang tak terbayang, tak terbalas, tak ter'describe'. Bila ingat-ingat balik, memang perghhh...tak sangka boleh survive. Sekolah dari pukul 8 sampai 4.30, sambung kelas tambahan sampai pukul 6. Kelas malam start pukul 8 sampai 10. Everyday the same thing. Sabtu ahad pun ada kelas juga. Tiap kali hujung bulan, kena tidur sekolah. Ada kelas + qiamullail beramai-ramai. Dari awal tahun, hinggalah kami menduduki UPSR. Begitulah rutin kami di sekolah. Ada juga murid yang decide nak tumpang kat asrama sebab...tak payahlah balik, membazir duit minyak kereta je. Kelas padat pulak tu. Tapi hasilnya....ya, hasilnya: kini kami berada di menara gading. Terima kasih cikgu!
Oh ya. Masa darjah 6, kami ada aktiviti tidur sekejap sebelum zohor. Semua orang tidur dalam kelas, sebab kelas ada tikar getah. Masing-masing bawa bantal dari rumah. Macam-macam jenis bantal ada. Subjek last sebelum rehat tengah hari habis je, cikgu mesti suruh semua orang susun meja di tepi dan tengah, bahagikan space untuk lelaki dan perempuan, lepas tu semua mesti tidur. Wajib! Cute kan? Haha.


Lencana sekolah. Masa mula-mula masuk sekolah ni, lencana bulat, warna kuning. Lepas tu tukar jadi yang ni. Sampai sekarang pakai lencana ni.


Laluan ilmu. Tempat kami bermain time rehat. Main galah panjang, main cop tiang, kejar-kejar, baling selipar, lompat tali, lubang tikus, segala jenis permainan kami main.
Setiap pagi ada 'waktu emas'. Semua orang kena bawa buku, baca di laluan ilmu.

Kenangan Terindah~

1-Rumah sukan

Rumah sukan kami dinamakan sempena nama-nama pahlawan Islam. Kuning: Hamzah Abdul Mutalib. Hijau: Khalid Al-Walid. Biru-Tariq bin Ziyaad. Merah: Salehuddin Al-Ayubi. Aku rumah merah. Hardcore merah betul time tu. Once rumah merah, sampai darjah 6 kekal rumah merah.
Rumah paling handal rumah kuning. Sebab pelari pecut kebanyakannya berada di rumah kuning. Memang tak adil. Tiap-tiap tahun Kuning menang banyak. Jealous. Pencabar terdekat ialah rumah Hijau. Ramai juga pelari pecut dalam rumah Hijau.
Dulu, kalau Hari Sukan, bukan setakat lawan atas trek, atas padang, sukaneka sahaja. Kami juga dinilai dari segi penampilan & perbarisan. Punyalah banyak kali buat latihan kawat. Tengah-tengah panas terik tu berkawat. Siapa yang menang memang puas hati. Yang kalah kesian sungguh. Dah tu yang rumah biru la best. Senang nak cari seluar sukan warna dark blue. Yang rumah lain sengsara juga la. Bukan senang nak cari seluar sukan warna hijau, merah & kuning. Tapi usaha juga cari, nak menang punya pasal. Kalau kawan tu pakai seluar yang ada garisan warna putih kat tepi, semua orang bengang dengan dia, sebab garisan kat seluar dia tu boleh jadi punca kekalahan. Orang lain pakai seluar plain je. Osah kanak-kanak eh.... =.='



Padang tempat perhimpunan kami tiap-tiap hari Isnin. Time PJK main kat padang ni. Bila darjah 5-6, selalu main rounders, budak perempuan lawan lelaki. All the time budak lelaki menang. Sekali pukul bola dapat buat homerun. Budak perempuan tak pernah dapat homerun. Kesian T_T.


2-Hari Kantin

Event yang ditunggu-tunggu semua orang. Gerai paling ramai pelanggan of course la gerai burger, air & wayang. Ada wayang beb! Jangan main-main. Wayangnya TV je pun. Zaman tu mana ada LCD. So, ramai-ramai la berhimpit duduk atas lantai, dalam dewan yang tak ada aircond. Sanggup tu sempit & peluh-peluh. Nak tengok wayang punya pasal. Cerita yang ditayangkan biasalah, cerita kartun, cerita kanak-kanak. Mana ada cerita James Bond. 
Time Hari Kantin, semua orang kena beli coupon. Siapa yang ada coupon banyak, ramai la orang yang nak kawan dengan dia.


Kantin tempat kami bersantap. Makanan tak payah bayar, sebab dah masuk sekali dalam yuran. Siapa nak tambah boleh. Nak mintak lauk lain pun boleh, kalau tak makan daging ke, santan ke, alergik ke. Memang best lah. Sebelum waktu rehat, kantin ni bersih sangat. Lepas loceng tamat rehat berbunyi, masyaAllah, parah betul rupa kantin tu. Haha.

3-Hari Guru

Hadiah tipikal yang jadi kegemaran ramai: Tuala, bunga, kad. Kalau dapat bagi tupperware kat cikgu kira bangga betul. Padahal mak dealer tupperware =.=' . Kalau tak dapat bagi hadiah kat cikgu, bukan main susah hati jadinya. Appreciate guru punya pasal.

4-Pertandingan

Dulu selalu ada pertandingan, kena wakil sekolah. Pertandingan bercerita, nasyid, tilawah, catur, macam-macam lagi. Aku tak pernah masuk satu pun, kecuali catur. Time tu tak minat nak ke depan. Tapi yang aku paling ingat pertandingan bercerita. Sekolah kami selalu menang. Wakilnya batch kami, Safwan Yusof. Bila dia start bercerita, memang terpegunlah semua orang dengar. Selalu juga dia kena bercerita masa kat perhimpunan. Cara dia cerita memang best. Penuh gaya, emosi & ekspresi. Memang kebanggaan sekolah betullah.




Makmal komputer. Time belajar komputer, semua orang happy.


5-Ihtifal

Setiap kali akhir tahun, sekolah akan buat ihtifal. Kira macam majlis penyampaian hadiah untuk pelajar, disertai dengan pelbagai persembahan. Nak praktis untuk ihtifal tu punyalah lama. Memang bersungguh-sungguh betul semua orang berlatih, sebab nak perform depan ibu bapa.
Bab penyampaian hadiah tak payah nak cakaplah. Tiap-tiap tahun, muka yang sama je naik pentas. Batch aku: Herda, Hakim, Safwan...memang selalu naik. Tapi tak ada siapa boleh lawan Herda. Dia kena naik banyak kali, sebab semua subjek dia markah paling tinggi. Ada satu masa tu, cikgu kumpul je semua hadiah dia, bagi serentak. Haha. Terer seyh!
Kami satu batch pernah buat persembahan beramai-ramai. Choral speaking. Time darjah berapa, tak ingat. Darjah 5 atau 6 rasanya. Teacher Liza yang latih kami semua. Memang best persembahan tu. (Kami la yang rasa best)

6-Cikgu

Cikgu kegemaran ramai murid ialah Ustaz Ayob, sebab beliau pandai buat lawak, tapi garang kadang-kadang. Uishh...garang seyh. Tapi bila Ustaz ajar, memang best. Ramai kanak-kanak suka beliau. Suka buat lawak.
Cikgu yang paling digeruni, Ustazah Salasiah. Siapa yang kena panggil dengan Ustazah, kira macam 'disaster' la. Walaupun aku pengawas, tapi once kawan bagitau Ustazah Salasiah panggil, terus menggigil satu badan. Haha. Siapa turun lewat kat surau memang kena pulas la perut. Time tu budak-budak lagi. Biasalah kena cubit, kena sebat, kena rotan. Banyak sangat kerenah. Ada juga yang bagi gelaran kat Ustazah, sebab garang. Tapi kegarangan Ustazah lah yang mendisiplinkan kami semua. Syukur.
Cikgu-cikgu yang tak kenal penat lelah mengajar kami time darjah 6: Cikgu Haliza, Cikgu Maryam, Teacher Azizah, Teacher Mona, Cikgu Fuziah, dan ramai lagi cikgu-cikgu yang tak henti-henti menabur jasa bagi mendidik kanak-kanak menjadi insan berguna.
Hasilnya cukup menggembirakan. Kini, batch kami ramai yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Terima kasih cikgu!



Surau. Kami semua solat jemaah di sini. Zohor dan Asar, serta qiamullail beramai-ramai setiap hujung bulan time darjah 6. Kalau nak tengok ramai orang kena cubit kat sini lah. Sebab lewat masuk surau, sebab lari-lari main kejar-kejar dalam surau, sebab main baling songkok, sebab bising buat kedai kopi, sebab solat pandang kiri kanan, usik-usik kawan.

7-Kawan

Bila ingat balik pasal kawan, aku rasa nak terguling-guling gelak. Dulu, kalau budak perempuan, masa darjah 6, masing-masing ada 'group' tersendiri. Ada group yang ramai ahli, ada yang sikit je. Ada juga yang tak ada group langsung, macam akulah. Haha.
Budak perempuan rajin sungguh bergaduh. Yup, memang rajin. Hampir setiap hari ada sajalah kes gaduh. Bukannya gaduh tumbuk-tumbuk, lempang, belasah semua tu. Ni gaduh yang suara tinggi sikit, lepas tu merajuk, lepas tu tulis surat kata tak nak kawan lagi dah, lepas tu tak bercakap seminggu. Hahaha. Apa entah. Tak matang sungguh kami semua time tu. Tapi memang sah la...banyak kali sungguh bergaduh. Siapa yang banyak kali dapat surat memang kesian la. Banyak kali la orang tak nak kawan dengan dia. Surat-surat sering diletakkan dalam meja, dalam loker, tak pun dalam kasut (sebab kelas kami ada tikar getah, so tak pakai kasut dalam kelas). Apa faedah entah tulis surat. Haha. Kelakar. Bila gaduh, tak ada pula bagitau parents. Sebab memang tahu, kita yang salah.
Bila fikir-fikir balik, sungguh laa...tak matang betul kami semua time tu. Kadang-kadang sebab benda kecil pun nak gaduh. Time rehat main lompat tali, ada yang tak puas hati, bantai la seminggu tak bertegur sapa. Ish3....budak-budak.

8-Nakal

Zaman sekolah rendah, tak sah kalau tak ada yang nakal. Paling nakal yang aku tahu, beberapa orang murid panjat naik atas bumbung bangunan sekolah, lepak kat atas tu, ponteng kelas. Lama juga mereka melakukan kegiatan tersebut, sampai la cikgu dapat tahu. Habis lah semua yang terlibat kena denda.
Tapi nakal budak sekolah rendah, tak adalah sampai membawa kes polis. Senakal-nakal kami, cikgu bagi laporan kat parents je, tak ada yang sampai kena buang sekolah. Budak kecik la katakan.


Aku akan ingat longkang ni sampai bila-bila. Suatu petang, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Tengah tunggu ibu jemput dari sekolah. Aku berlari-lari anak menuju ke mana entah. Aku pun tak ingat kenapa aku berlari. Dah sah-sah lah lantai tu licin. Tengah syok-syok lari, tiba-tiba tergelincir dan jatuh tertangkup, sebelah longkang ni. Lepas tu kasut sebelah tertanggal, masuk dalam longkang, lalu di hanyutkan oleh air yang mengalir deras. Nasib baik ada senior nampak, dia tolong ambil kan kasut. Malu giler T_T.

#####

Bila kita mula masuk darjah 1, kita rasa lamanya nak sampai darjah 6. Selalu berharap agar cepatlah darjah 6, cepatlah habis sekolah. Padahal kita tak perasan, selama 6 tahun kita di situ, kita mendapat tarbiyah awal yang membentuk kita menjadi manusia berguna pada masa kini. Aku bersyukur dapat bersekolah di SRI Seremban selama 6 tahun yang penuh dengan pengalaman berharga. Tanpa tarbiyah dari guru-guru, tanpa sistem sekolah yang mantap, aku tak mungkin menjadi aku yang sekarang ini. Kerana di sanalah aku dibentuk, dididik, dilatih menjadi manusia yang berguna, hamba Allah yang tugasnya mengabdikan diri kepadaNya. Terima kasih cikgu, terima kasih SRI, untuk segalanya.



Khamis lepas aku pergi melawat SRI Seremban bersama-sama Herda & Ain Syafiqah. Banyak betul perubahan & pembangunan yang berlaku. Guru-guru majoritinya guru baru. Murid pun bertambah ramai. Bak kata Cikgu Rohani, "Makin susah nak mendidik generasi siber ni,". Hehe. All the best cikgu-cikgu! Doakan kami semua, anak-anak muridmu~

0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails