Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Blood oh blood

Thursday, 26 August 2010

Sebahagian daripada proses nak mengetahui punca kepada penyakit aku ialah kena ambik darah. Biasalah, dengan darah, macam-macam kita boleh tahu. Sebab tu apa-apa hal pun, doktor mesti ambik darah dulu. Bukan sebab doktor suka-suka nak cucuk tangan kita dengan jarum, pastu ambik darah kita. Tapi sebab darah menyimpan 1001 rahsia. Cewahhh!


Isnin lepas, ayah bawa aku pergi jumpa doktor pakar kat Hospital Z. Atas nasihat pak cikku, seorang doktor juga. Beliau risau dengan penyakitku ini dan diagnose macam-macam punca. Antaranya pituitary tumor. Haaa...tumor tuh! Jangan main-main. Time dengar 'pituitary tumor' tu aku macam tak ada perasaan sangat. Entah kenapa. Optimis la kan. Takkan la pituitary tumor kot. Tak mahu....

Maka pada hari yang sama, aku pergi ke Hospital Z untuk bertemu dengan Doktor X, kawan kepada pak cikku. Beliau seorang pakar. Lepas beberapa Q&A, Doktor X kata "Saya nak ambik darah awak,". Aku tersengih, mengenangkan banyak peristiwa blood drawing yang lalu. Yang setiap kali ambik darah, darahku malu-malu nak keluar. Especially time kat Mesir baru-baru ni. Tak pasal-pasal kena cucuk banyak kali =.=' .

Time Doktor X tengah pilih jarum & tiub, aku ambik kesempatan meneliti wajah beliau sambil mentafsir sama ada beliau akan bengang atau tidak kalau darah aku tak keluar. Sengal juga perbuatan aku tu, tapi kalau Doktor X jenis yang cepat naik angin, baik aku blah dulu sebelum beliau mengamuk darah aku tak keluar. Cari nahas je kalau beliau pun jenis yang kurang sabar macam doktor kat Mesir hari tu.

Tapi nasib baik Doktor X jenis yang penyabar, sopan santun. Kali pertama cucuk lengan kiri, darah tak keluar. Aku senyum. Dalam hati kata 'Darah2...awak jangan la malu-malu nak keluar. Kesian doktor ni. Cemas dia nanti...'. Takdelah. Tak de keje aku nak bermonolog sebegitu. Seperti biasa, aku hanya berdoa agar pain receptor tidaklah sensitif sangat, agar rasa sakit tak terasa sangat.



Beberapa kali percubaan, namun darah tidak juga keluar. Terlihat sedikit kerut di dahi doktor. Aku dah start rasa nak gelak. Relax la doktor, nanti darah keluar la tu. Tapi bila dia nak keluar, aku pun tak tahu. Beberapa ketika kemudian, telefon berbunyi. Melalui perbualan beliau dengan orang makmal, beliau kena ambik darah aku, penuhkan 3 tiub. Yup, tiub macam kat atas tu. Kalau darah ni jenis yang senang keluar, mesti cepat penuh tiub-tiub tersebut. Doktor X letak telefon, pandang aku dan terdengar sedikit keluhan. Haha. "3 tiub..." kata beliau.

Maka beliau pun meneruskan usaha mengambil darah. Dan aku juga meneruskan usaha, pura-pura berada di tempat lain, supaya tak memikirkan sangat rasa kena cucuk tu =.='. Sedaaap. Doktor X masih lagi berusaha mengeluarkan darah daripada vein yang sama. Mujur beliau tak se kasar doktor kat Mesir hari tu. Kira-kira hampir 10 minit, darah memancut keluar. Doktor senyum. Aku pun senyum. Lega....fuhhh. Tapi darah yang keluar, tak sampai setengah tiub. Hahaha. Doktor geleng kepala. Beliau cuba tap pada hujung jarum. Darah tak keluar juga. Akhirnya beliau menarik keluar jarum, meneliti tiub yang tak sampai setengah penuh, dan memandang ke arah nurse sambil berkata "I need one more like this". Gulp. Tak cukup ke darah aku tu? Aiseh...

Darah sepatutnya memenuhi tiub itu sepenuhnya. Maka dengan keluhan, doktor berkata "Sorry ye. I have to draw blood form other places,". Tangan kanan pula. Beberapa minit, darah masih tak keluar langsung. Doktor tarik jarum keluar semula. Geleng-geleng kepala.

Beralih semula ke tangan kiri. 3 tiub weh! Satu tiub pun belum penuh lagi T_T . Doktor cuba sekali lagi pada vein di lengan kiriku. Sambil menunggu darah yang mengalir keluar bagaikan siput, terdengar doktor berkata perlahan "Where's your blood?" antara dengar dan tidak. Aku menjawab dalam hati 'I don't know,'  =.=' .

Beberapa kurun kemudian, darah keluar dengan jayanya. Tapi tak betul-betul penuh satu tiub. "Cukuplah ni," kata Doktor X. Kemudian beliau ambil lagi 2 tiub yang kecil sedikit saiznya.

"Cuba sini pulak," kata beliau sambil mencari vein pada belakang tapak tangan kanan. Lama betul tunggu barulah darah keluar memenuhi tiub. Dan seterusnya tiub yang lagi satu. Settle!


Secara rasminya, 3 tempat kena cucuk dengan sekali pertemuan dengan doktor. Cool kan?

Tapi yang tu takdelah cool sangat. Lebih cool apabila lagi 2 tempat di cucuk pada hari yang sama, semasa melakukan MRI. Pagi kena cucuk 3, tengah hari kena cucuk lagi 2. Memang tak boleh blah!


Aku sedang berbaring di atas mesin MRI. Beberapa orang nurse dan seorang doktor Cina masuk. "Kita nak masukkan ubat ye," kata nurse lelaki. "Okay," aku jawab ringkas. Terganggu sebentar tidurku. Baring dalam mesin MRI tu sangatlah bosan, so baik tidur je. Tambah-tambah lagi puasa. Haha. Tak senonoh betul.


Macam ni la rupa mesin MRI. Kepala kena letak kat dalam benda putih yang ada jalur-jalur tu. Masa nak masukkan aku ke dalam mesin tu, nurse bagitau. Jangan bergerak, jangan gerakkan kepala. Since tak boleh bergerak, tidur je la kan. Hehe.

Maka doktor pun selak lengan baju, mencari vein pada lengan kananku. Nurse lelaki terlihat kesan jarum pada lenganku. "Eh...dah kena cucuk yang ni,". Beliau memandangku. Aku angguk tanda setuju. Doktor pegang tapak tangan, nak cucuk kat belakang tapak tangan. Nurse perempuan pula berkata "Dah kena cucuk jugak...". Beliau memandangku. Aku angguk. Senyum sambil memikirkan mana lagi la yang mereka nak cucuk agaknya.

Doktor cek lengan kiri pula. Pun ada kesan kena cucuk. Nurse semua ketawa. "Dah habis vein kamu ni..." kata seorang nurse. Semua menggelengkan kepala. Last2, doktor cucuk kat tepi pergelangan tangan kiri sebab dah cari semua vein lain, tak jumpa. Nurse senyum tak sudah-sudah. Haha.

Darah ni mungkin terlebih tarbiyah. Malu nak keluar, malu nak jumpa orang =P. Nanti bila aku dah jadi doktor (insyaAllah), harap-harap tak jumpa patient yang susah nak keluar darahnya. Boleh bikin panik dibuatnya. Haha. Terima kasih doktor-doktor dan nurse-nurse yang sabar mengambil darah saya ^__^. Jasamu dikenang.

3 play the melodies:

Fiq said...

hebat gile..kalau luka darah xkuar ke?ahaha

26 August 2010 at 11:50
Sarah Mustaza said...

hebat kan?kan? haha.
try la tembak aku kalau tak caye =P
amboi ko...dah ade 'blogger profile'. ni mesti ade blog kan??

26 August 2010 at 11:56
Fiq said...

nanti aku suruh iman tembak kau..ahah
aku xde blog la..aku gune gmail..

26 August 2010 at 17:44
Related Posts with Thumbnails