Pada suatu petang, beberapa hari yang lalu, ketika aku jadi tourist guide bawak adik-adik riang pergi City Stars, aku terserempak dengan pasangan suami isteri Melayu. Mereka pelajar medik Cairo U. Tahun berapa, aku tak pasti. Tapi aku pernah nampak yang lelaki tu bagi talk masa program LIFE dulu. Dah jadi kebiasaan, bila nampak orang Melayu kat negara orang bukan Melayu, kita mesti senyum kat mereka ye tak? Nak tak nak, ada la sikit asobiah tu. So, aku senyum la kat si isteri. Mereka senyum kembali. Aku dan adik-adik meneruskan perjalanan menuju ke kawasan fast food. Dah kebulur masing-masingnya. Tiba-tiba....
Adik1: Sape tu kak?
Aku: Student Cairo U. Dah kawin.... (bukan saje-saje aku highlight 'dah kawin' tu. tapi sebab nak bagitau diorang, kalau nak keluar dengan lelaki, keluar la dengan suami, bukan dengan couple)
Adik2: Dua2 medik?
Aku: Ha ah. Kenapa?
Adik1: Takde. Saje tanya.
Adik3: Akak...kenapa eh ramai student medik kawin? (muka musykil gila)
Aku: Err............ (puas perah otak cari jawapan paling sesuai)
Adik2: Pastu kita dengar cerita, ramai yang Cairo U yang dah kawin. Budak Cairo U ni JPA kan?
Aku: Ha ah. Setakat ni, Ain Shams belum ramai yang kawin. Maybe kat U kitorang belum banyak kempen kot. Haha. (sengal jugak jawapan aku!)
Adik1: Tapi hari tu masa PSMB, kan orang tu pesan macam-macam.....
Aku: Oh...yang PSMB tu. Macam-macam diorang sebut kan? Banyak kali pulak tu. Mesti korang pening kepala kan? (seriously aku agak bengang dengan taklimat yang memeningkan kepala budak-budak. kesian diorang)
Adik2: Agak pening la. Sebab kita tengok, ramai yang kawin.
Aku: Erm...tu la. Memang ramai pun yang dah kawin. (masih perah otak cari jawapan)
Adik1: Akak, kenapa kat sini ramai students kawin?
Aku: ....................(senyum cemas)
Kenapa la aku tak terfikir aku akan didatangi soalan KBKK macam ni? Kalau dari awal dah terfikir, dah lama aku cari jawapan. Hafal skema jawapan. Sambil berjalan, aku terus perah otak fikir jawapan. Memang la aku kenal mereka yang dah kahwin, tapi aku tak pernah pulak teragak nak tanya senior yang dah kawin tu: kenapa akak kawin? Haaaa...macam sengal je soalan tu.
Ketiga-tiga adik riang di sebelahku masih kerut mukanya. Mahukan jawapan dari aku. Alahaiiii.....
Aku: Kahwin tu kan ibadah. Siapa-siapa yang ada niat, pastu mampu nak kahwin, kahwin la. (gulp! Aku teliti muka sorang-sorang. masih ada tanda tanya di wajah mereka)
Aku: Lagipun kat sini kan kita tak ada family. So, bila kawin, keselamatan kita terjamin. Sebelum apa-apa berlaku, kawin la.
Adik1,2,3: Ooo....
Aku: Kenapa tanya? Nak kawin ke?
Adik2: Ish...takde lah! Akak ni.....
Adik1: Tapikan kak, kenapa kat Ain Shams tak ramai yang kawin?
Aduhhh...soalan tak boleh bla =.=' .
Aku: Tu la. Kitorang kat Ain Shams ni tengah tunggu je sape yang nak kawin dulu. Haha. (serius, aku tak tahu nak jawab apa)
**********************************************
Suatu petang yang indah, ku kira pada awal tahun ini, tercetus perbualan YM antara aku dan seorang sahabat kuliah.
Sahabat: Aku nak tanya satu soalan boleh tak?
Aku: Sila2. Jangan tanya soalan Anat. Aku belum habis baca.
Sahabat: Tak2. Aku nak tanya. Kalau budak perempuan, berani ke nak kawen sesama doktor?
Aku: Ape maksud ko berani ke tak?
Sahabat: Bukan ape, kitorang budak laki ni, ade yang kata tak berani nak kawen sesama doktor. Takut busy la, macam2 la....
Aku: Oooo..... (cis. ape aku nak jawab ni? haihh laaaa)
Sahabat: Kalau budak perempuan camne?
Aku: Lain orang lain jawapan kot. Heh
Sahabat: Ooo. Kalau ko, camne?
Aku: Kalau aku, nak takut apa. Allah kan ada. (perghh! jawapan tak boleh bla. sebenarnya aku tak tau nak jawab apa =.=' )
**************************************************************
Suatu petang, ketika menaiki teksi pulang ke ARMA. Eh....jap. Kisah yang aku bagi semua time petang je. Haha. Ade kaitan kot isu ni dengan cuaca time petang.
Ammu teksi: Where are you from? (ceh...nak speaking omputih aje!)
Aku: Ana Malizi. (Aku orang Malaysia)
Ammu: You know Arabic?
Aku: Syuwaiya (sikit2)
Ammu: Eh...tak. Mesti ko tau banyak. (ni terjemahan daripada apa yang dia cakap dalam bahasa pasar)
Aku: Ye kot.
Pastu senyap. Beberapa ketika kemudian, baru dia bagitau aku, dia tak tau jalan. Sengal!
Aku: Takpe2. Aku tunjukkan jalan. Ko tau tak Abdou Basha?
Ammu: Tak. Ko tunjukkan jalan nanti.
Aku: Ok. Kat depan ni, masuk kanan, Pastu jalan terus. Dah sampai simpang nanti aku bagitau.
Ammu: Ko tahu selok-belok jalan kat Mesir ni. Ko kena kawen dengan orang Mesir.
Gilo ko ammu nih? Aku tau jalan nak pegi ARMA je. Tu pun sebab dah selalu pegi.
Aku: Tak2. Aku nak kawen dengan Malizi jugak.
Ammu: Kenapa? (aihh...banyak plak dia tanya)
Aku: Erm...sebab mak cik aku ade sorang kawen ngan orang Mesir. Sorang cukup la. Nanti ade yang kawen ngan orang Amerika, orang Jepun, orang Cina....blablabla.... (sah2 aku kelentong)
Ammu: Oooo...bagus2. (entah apa yang bagus)
Time naik teksi tu, kanak-kanak riang ada kat seat belakang. Disebabkan mereka baru sampai, so mereka tak berapa faham perbualan tersebut. Bila dah sampai ARMA.....
Kanak-kanak1: Akak, orang arab tu borak ape tadi? Terer la akak cakap arab dengan dia! (tiada unsur riak di sini)
Aku: Err...'ammu tu tak tau jalan, pastu dia suruh akak tunjuk jalan. Hehe.
***************************************************
Suatu siang, ku kira petang jugalah, selepas selesai berbual-bual dengan 'geng bas sekolah', seorang sahabat berkata...
Sahabat1: Sarah, ko tulis la pasal kawen kat blog ko. (sambil tersenyum berseri-seri)
Sahabat2: Ha ah weh. Mesti ramai baca.
Aku: Haha. Aku pun belum kawen lagi. Camne aku nak tulis pasal kawen?
Sahabat2: Ye tak ye jugak..... =.='
Kesimpulannya, aku tak tahu apa nak disimpulkan daripada kisah-kisah di atas, serta ratusan lagi kisah isu kahwin. Buat adik-adik yang bertanya kenapa senior kahwin, akak syorkan korang tanya la pada senior yang dah kahwin tu. Confirm mereka ada jawapan yang terbaik. Buat sahabat-sahabat yang menunggu aku tulis tentang kahwin, tunggu dulu. Dah kahwin nanti baru aku rasa layak untuk tulis. Dan untuk semua, ini sepotong kata-kata dari seorang sahabat yang lebih muda daripada aku, tapi lebih matang:
"Kahwin itu tanggungjawab. Bukan untuk suka-suka,"
15 play the melodies:
hahaha,,aku suka entri nih,,sbb aku pon tnye jugak..ngahahaha..ko mmg patut kawen kot sarah~
28 September 2010 at 12:02wahaha...keen, ko takde alasan kukuh nak suruh aku kawen. ko la jadi pioneer utk batch kita ;)
28 September 2010 at 13:20keen: kau tatau cite ke? si sarah ni kalau orang kata dy dah boleh kawen dah based on masakan dy yang sedap tu, mesti dy jawab kite2 ni boleh la tolong carikan untuk dy. haha
28 September 2010 at 13:51sarah: rasanya ni isu tahun lepas dah mula timbul sikit2. especially bila kiteorang terjah rumah hang, pastu hang kena masak utk kiteorg yg kebuluran. :D
Bagi saya la kan, perempuan mungkin tak sukar fikir tentang kahwin sesukar yang lelaki fikir. Perempuan hanya menunggu dipinang dan kahwin. Mungkin di samping tu ada perkara2 lain yg boleh difikirkan. Lelaki saja yg kena fikir lebih sikit tentang kahwin ni. Yelah, tanggungjawab kan. Apapun, kalau tiba masa yg sesuai untuk kahwin, kahwin jelah, lebih2 lagi perempuan. Nabi pun pernah berpesan yg wanita ni sebenarnya elok berkahwin awal. Setelah baligh. Fuh, awal tu..
28 September 2010 at 13:55farah: haha. dah suruh keen carikan jugak :P. memang korang suruh kite kawin sebab masakan eh? kalau camtu, lepas ni kita ramai2 terjah rumah korang berdua pulak. amacam? hehehe
28 September 2010 at 14:44ustaz danial: awal sungguh. tapi itu la yang eloknya kan :)
sila2. akan patik hidangkan segala macam masakan untuk menyambut kedatangan tuanku :)
28 September 2010 at 17:17ayat paling best, "kitorang kat Ain Shams ni tengah tunggu je sape yang nak kawin dulu." :D
thanx 4 sharing...tolong carikan ley? da ready ni...bajet pun da cukup...blink2
28 September 2010 at 18:42farah: ayat tu nak stimulate sume orang supaya jadi pioneer. haha. cik farah amacam? masak sedap2, lepas tu kami boleh la puji sambil berkata "sedapnye! dah boleh kawen ni...." :P
28 September 2010 at 20:42amin: amboi3...cepat je kamu ye. belum seminggu masuk kuliah. tapi kalau betul2 dah ready teruskan. dapat jugak senior2 merasa nasi minyak :)
aik... xkan amin jek kot. saya pun nak jugak :D
28 September 2010 at 23:18good luck and barakallahu lakuma..untuk kak sarah n sape2 je r...kawin r cepat2..bru r ktorg dak baru ni berani nk mulakan langkah..huhu
28 September 2010 at 23:24hakimy: akak ade 2 soalan utk kamu. 1) korang baru start kuliah dah pikir pasal kawin ni kenapa ha? kejutan budaya kah? hahaha
29 September 2010 at 05:592) apesal sume orang nak suruh akak kawin? suruh la buat keje lain ke, tapi kenapa mesti kawin? tak adil...
like2..
29 September 2010 at 14:03Kawen kat Mesir la murah..
hehe..
huaa, nice issue..best2.. no comment..^^
18 October 2010 at 20:46haha. bab kawen suke je iqbal :P
18 October 2010 at 22:14Post a Comment