Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Journey to the west

Friday, 3 September 2010

-Traveling alone is the new coolness *two thumbs up*-

No, I don't mean the entire thing especially safety. But yes, I have to admit this experience really give me something to learn. Bukan aku suka-suka balik sorang-sorang okay. Terpaksa, sebab tiket flight semuanya penuh. Tarikh 1/9 je ada SATU seat kosong. Nak tak nak, kena balik juga. Maka jadilah aku satu-satunya makhluk Allah berbangsa Melayu yang menaiki pesawat Royal Jordanian dari KL ke Cairo pada tarikh tersebut.



-The journey began with anger. Tak pasal-pasal je aku hampir meletup, macam bom jangka kat KLIA. Masa pergi tukar tarikh balik kat pejabat RJ, pekerja tu kata had berat 30kg. Boleh tolerate sampai 35kg. Sampai kat airport, pekerja airport kata boleh 20kg je. Tolerate dapat la 25kg. Time tu jugak mendidih telinga dengar
25kg. Bincang punya bincang, dia bagi naik sampai 30kg sebab student. Tapi luggage semuanya 38kg. Dah lebih 8kg. Dia suruh bayar seribu lebih. Gilo agak eh. Seribu lebih?! Boleh beli tiket kapal terbang tau tak?? Kat airport Mesir ni, lebih berat setengah kali ganda pun diorang buat tak tahu je. Apasal KLIA 'sistematik' sangat? Pekerja airport dengan selamba berkata "Oh, bawak barang orang ke? Lain kali tak payah la bawak. Haaa...keluarkan la barang yang orang kirim tu,". Serius aku rasa nak lempang dia. Nasib baik tengah puasa. Cuba dia jadi aku, kena bawakkan barang kawan-kawan. Sanggup ke nak tinggalkan barang orang? Aku kata kat ayah "Tak nak bayar. Tak nak keluarkan barang orang jugak. Tak kira. Jumpa bos dia,". Terserlah kedegilan aku time tu. Haha ^_~ . Dah lama-lama bincang, tak dapat jugak convince bos dia , maka aku me'repack' semula barang. Barang yang aku keluarkan tak sampai pun 5kg. Bila timbang lagi sekali, tiba-tiba je berat barang jadi 30kg tepat-tepat. ARGH! Penipu.



-Sepanjang perjalanan menuju ke gate pesawat, semua pengawal yang aku jumpa bagi ucapan yang sama. "Dah buka puasa? Belajar rajin-rajin tau. Nanti balik Malaysia berkhidmat. Selamat hari raya,".Terus lenyap api kemarahan yang marak tadi.

-Masuk je dalam pesawat RJ, terasa kelainan sebab banyak seat kosong. Orang Melayu ada la jugak setengah dozen. Setahu aku, mereka pelajar yang akan pulang ke UK. Yang lain semuanya Arab.

-Ketika pesawat hampir berlepas, datang suatu perasaan pilu/sedih/sebak menyelubungi diri. Tak pasal-pasal mencurah-curah air mata turun. Ya Allah, kurniakan aku kejayaan untuk peperiksaan kali ini, akan datang dan yang paling utama, di akhirat kelak. Permudahkanlah segala urusanku. I wanted to pass this exam very badly.


-Sejam dalam pesawat, satu badan start menggigil. Penangan ubat NDI. Makin lama makin kuat gigil aku. Kalau penagih dadah nampak, mesti dia ingat aku kaum kerabat dia.

-Transit di Bangkok selama sejam. Hujan lebat time tu. Ramai penumpang berpusu-pusu naik. Majoritinya Arab dan orang Thailand. Maka perjalanan ke Amman diteruskan, memakan masa 8 jam setengah.

-8 jam setengah kot! Tidur sehari pun tak sampai 8 jam. Tengok movie? Tak selera la. Maka aku tidur berselang-seli dengan membaca Al-Quran. Teringat pesan ayah "Jangan tido je dalam flight tau. Kot2 malam ni lailatulqadar,". Malam tu malam ke 23.

-Tiba di Amman, aku dah rasa separuh mati. Dalam flight mana nak dapat air kosong banyak-banyak. Kalau mintak pun diorang bagi secawan kecil je. Dehydrated jadinya. Terpaksa angkat hand luggage 10kg + 5kg pulak tu. Memang aku tak putus-putus doa agar tak tergolek tengah jalan.

-3 jam setengah menunggu, gate menuju ke pesawat pun dibuka. Memang sah aku sorang je Melayu. Dan aku di antara beberapa kerat perempuan yang ada. Yang lain semuanya lelaki. On the way menuju ke bas dari gate, beg laptop yang aku bawa terjatuh. Terkial-kial la aku membongkok, mengambil semula beg tersebut sambil terhuyung-hayang rasa nak pengsan. Badan menggigil makin teruk. Dalam hati terdetik. Arab lelaki yang ramai-ramai ni tak ada rasa nak tolong ke? Tiba-tiba datang seorang perempuan muda, kurus, cantik orangnya membantu aku membawa barang. Dalam ramai-ramai lelaki gagah yang ada, tak ada sorang pun yang gentleman. Elok sangat la tu.

-Dalam flight, perempuan yang tolong tadi decided nak duduk kat seat sebelah aku sebab seat tu kosong. And we chatted during the entire flight. Rotana Sandy nama beliau. Dah habis belajar dentistry, nak sambung master pula. Dengan excitednya beliau menceritakan betapa beliau naaaaaak sangat datang Malaysia, sebab tunang beliau dah pernah pergi Malaysia dan tunang beliau jatuh cinta dengan 'tanah merdeka' itu. Wow. Begitu mereka mengagumi keindahan Malaysia rupanya. Dan seperkara yang buat aku terlopong dengar beliau cakap ialah "You know what? I discovered that studying is very easy!". Tak kelip mata aku pandang beliau time tu.

-Sampai di airport Cairo, Ustaz Taqin datang bersama Avanza dengan Kak Mira dan Kak Anis. On the way pulang ke rumah, aku bertanya "Memang cuaca biasanya macam ni eh?". Awan agak mendung, matahari seakan-akan segan nak keluar dan langit cerah. Tak ada rasa bahang. Mereka kata sebelum ni panas terik. Kering. Hari ni baru cuaca macam tu. Aku sengih je. Lailatulqadar kot semalam. Hehe.


7 play the melodies:

Dzuu Haniin said...

perasaan yang sama!

3 September 2010 at 06:11
aminmenulis said...

perasaan ape yg sama tu anas? hehe..
Sebab kena balik awal ke?
Sebab dhur thani ke?
sebab hampir2 nak kena bayar seribu kerana terlebih berat?
haha..

Sarah : Takpelah, ok la tu. Bersyukur sangat2 sbb ada dhur thani, org len dhur sanah. hehe..

Lgpun betty dah rindu sangat kat mama die.. hehe..

Sekurang-kurang dh jumpa family walaupon x sempat raya, tgk org len, langsung xblik 2,3, taon.. Alhamdulillah la kan?

Bukan org laki xnak tolong, takut kang kate nak menggatal pulak. hihi.. nak tolong serba salah. hehe.. (cewah, backup kaum adam)

3 September 2010 at 07:12
Sarah Mustaza said...

anas: perasaan apakah?

ustaz amin: 'takut kang kate nak menggatal pulak'. Ahhh...alasan tu tak diterima =P .

Mama betty yang terlebih rindu kat betty sebenarnya, haha.

3 September 2010 at 07:25
Dzuu Haniin said...

Ust Amin saya jarang main lebih2 ni..dari kecik tak suka lebih2..nasi lebih pun kurang berminat..Apatah lagi berat badan yang berlebihan..

Entah macam mana boleh dia kata beg saya lebih berat..memang anti sungguh!

Pasal laki tak tolong tu..saya bangkang pemikiran ust amin..sebab saya memang MALAS!

3 September 2010 at 07:37
Sarah Mustaza said...

haaaa. terbukti. MALAS. terima kasih mengaku bagi pihak lelaki.

3 September 2010 at 10:07
Dzuu Haniin said...

sori la ust amin..ana memang tak main permainan 'play safe' ni...hehehe

3 September 2010 at 19:53
aminmenulis said...

Ces.. Anas berlagak kencang. hampeh.
SArah, Perkataan Anas tidak mewakili ana/kaum lelaki. haha..

3 September 2010 at 21:44
Related Posts with Thumbnails