Kau siapa?
Eh...kau lah.
Aku tanya kau.
Ya, kau yang sedang membaca ini.
Kau sedar tak kau siapa?
Pelajar medik?
Mahasiswa universiti?
Graduan Al-Azhar?
Pegawai kerajaan?
Pengawas sekolah menengah?
Guru tadika?
Jurutera kimia?
Penjual ikan?
Perdana menteri?
Cashier?
Pelakon?
Pendakwah?
Blogger?
Jutawan?
Lagi? Apa lagi jawapan kau?
Kau sedar tak...
kau hanya Abdullah?
Ya, memang nama kau lain.
Tapi
tahukah kau...
walau siapa pun kau,
kau tetap Abdullah.
Kau
Aku
Dia
Mereka
Kita!
Semuanya hamba Allah!
Ya, hanya hamba Allah.
Bukan hamba manusia.
Bukan hamba dunia.
Bukan hamba harta.
Kau Abdullah.
Kita Abdullah.
Hamba....
Tahu apa kerja hamba?
Tahu apa kewajipan hamba?
Lalu...
Mengapa masih kita menjadi hamba dunia?
Mengapa masih kita bertuhankan manusia?
Sampai bila?
Sampai Izrail datang menghampiri?
Sampai diseksa baru mahu mengaku Abdullah?
Ketahuilah...
Kita bukanlah orang lain.
Kita hanya hamba Allah...
Yang mempunyai banyak kewajipan.
Yang menggalas banyak amanah.
Yang diciptakan hanya untuk menghambakan diri kepadaNya.
Sudah-sudahlah menjadi hamba manusia.
Sudah-sudahlah bertuhankan dunia.
Kerana kita ada pencipta.
Kerana kita hamba Allah.
9 play the melodies:
Abdullah Azzam..kah kah kah
1 January 2011 at 07:07abdullah azzam kahkahkah
1 January 2011 at 07:18mengapakah sungguh gedik kalian berdua di pagi hari tahun baru ini?
1 January 2011 at 09:22nasib baik aku dalam mood baik. haishhh (geleng2 kepala)
Abdullah Azzam..kah kah kah
1 January 2011 at 12:33Ni lagi sorang...
1 January 2011 at 13:13Abdullah Azzam..kah kah kah
1 January 2011 at 13:40i like this
1 January 2011 at 16:38ya saya hamba Allah=ABDULLAH
*oh adikku,semua cabaran itu perlu di..........
hadapi hayati nikmati!!!!*
erm..betul3...
1 January 2011 at 17:39abdullah azzam jugak ekekekekke...
ramainye peminat Abdullah Azzam yang komen kat post ni =_='
1 January 2011 at 18:20Kak Bella: HHN!
Post a Comment