Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

The Best 'D' Thing

Monday, 7 February 2011

Alkisah....

Sebetulnya, di awal rusuhan berlaku, aku rasa macam tak ada apa-apa yang serius. Rasa seperti tiada apa yang perlu dibimbangkan, dirisaukan, ditakutkan. (mesti kena sekeh kepala kalau cakap macam ni depan tv. haha) Walau bagaimanapun, pada tanggal 28 Januari 2011, perubahan drastik telah berlaku. Kronologi tanggal 28 Januari:

1. servis penghantaran sms disekat. 
    reaksi awam: - "Hello. Weh, aku nak bagitau pasal jaulah ni ha. blablablablabla...(sampai habis). Kalau ade pape hal, ko call aku. Mesej takleh masuk. *tuuuttt* punya Murabak"
  
2. internet disekat
    reaksi awam: "Arghhh....tertekan! Camne nak tau update pasal rusuhan kalau camni??"  (padahal tertekan tak dapat main facebook. haha)

3. telefon bimbit tiada network coverage.
    reaksi awam: ".................................................."  (marah sangat kot)

4. selepas isyak, terdengar perarakan manusia melalui Ramses Street di hadapan rumah kami. Mereka barangkali menuju ke Ramsis, bersedia untuk memulakan projek. Aku dan jiran tetangga hanya berani meninjau-nijau dari tingkap dan koridor. Nak ambil gambar, tak berani pulak. Padahal tak ada apa-apa pun.  Sepanjang mereka berarak menuju ke Ramsis, kata-kata semangat dilaungkan. Aku pun tak pasti la mereka laungkan apa. Tapi sudah tentu ada kaitan dengan Murabak, kerajaan dan pilihanraya yang sangat menimbulkan ketidakpuasan hati.

5. sangat sedikit kenderaan yang berada di atas jalan raya. Kagum! Bandar Abbasiah yang terkenal dengan kesesakan jalan raya tak kira masa tu, tiba-tiba jadi lengang. Bak kata kawan "Boleh menari-nari atas jalan raya". Haha.

6. beberapa ketika kemudian, tedengar bunyi siren di merata-rata tempat. Adakah ambulans? Atau polis? Mungkin juga bomba? Semuanya menimbulkan persoalan sebab kami mengambil keputusan untuk mengurungkan diri dalam rumah, buat tak tahu dengan kekecohan di luar. Ye la, lagi tengok lagi rasa nak join. Haha. Baik aku duduk dalam bilik, main dengan Betty.

7. selang beberapa minit, dengar lagi sorakan serta pergerakan sekumpulan manusia di atas Ramses Street, juga menuju ke arah Ramsis. Barangkali mereka dalam proses mengumpulkan tenaga-tenaga manusia yang ramai untuk memulakan projek.

Begitulah kisah pada 28 Januari 2011. Hari-hari berikutnya menyaksikan perubahan demi perubahan berlaku: Tiba-tiba ada perintah berkurung (serius rasa terkurung. isk3)
Tiba-tiba ada kereta kebal yang membawa tentera-tentera bersenapang di atas jalan raya. (excited weh dapat tengok kereta kebal secara live!)
Tiba-tiba jiran-jiran Arab buat rukun tetangga (yang ni memang kami respek sangat2).
Tiba-tiba bank dibekukan, mesin ATM semua tak berfungsi.  (kering kontang jadinya)
Tiba-tiba kedai runcit semua tutup terus! (memang tak boleh bla)
Tiba-tiba dengar bunyi tembakan tengah-tengah malam.  (mula2 aku ingat bunyi mercun. haha)
Tiba-tiba dengar cerita ada penjara terbakar, maka banduan berpusu-pusu keluar secara berjemaah.  (yang ini paling dibimbangi oleh semua orang)
Tiba-tiba terjoin orang buat demonstrasi.  (yang ini tipu)


Beberapa hari setelah diisytiharkan darurat, maka kami (penduduk2 rumah sewa) digesa berpindah ke pusat-pusat pengumpulan rakyat Malaysia seperti di rumah2 negeri dan ARMA. Asalnya, kami penduduk-penduduk Imarah Malaya amatlah malas nak berpindah. Rasa macam selamat je duduk imarah tu sebab jiran-jiran berkawal setiap malam. Pintu masuk utama pun dikunci sepanjang tempoh berkurung. Namun pada hari yang ditentukan, terdengar desas-desus ramai yang ingin berpindah. Maka kami sebulat suara berpindah secara berjemaah. Ada yang menuju ke ARMA, ada juga yang ke rumah negeri. Memandangkan aku telah berjanji kepada Betty aku tak akan meninggalkan dia dalam apa keadaan sekalipun, maka aku memilih untuk berpindah ke rumah Negeri Sembilan kerana dia diterima di situ. ARMA agak sesak kot. Maka, kosonglah 6 buah rumah di Imarah Malaya dalam masa sehari. Kesian aku tengok bawwab dan keluarganya. Mereka seolah-olah berkata "Korang nak pegi mana? Janganlah tinggalkan kami". Dan kami pun menjawab "Ada rezeki kita jumpa lagi,".

Hari kedua berada di rumah negeri, terdengar ura-ura kami akan dipindahkan ke Jeddah. Semua orang jadi speechless. Lebih-lebih lagi yang tinggal di rumah sewa. Masing-masing memikirkan rumah, harta benda, buku-buku yang bakal ditinggalkan. Aku pula menahan sebak melihat Betty. (arghhh! mengapa ini harus berlaku!) Kalaulah boleh kubawa dia bersama........  (lagu background: Kenangan Terindah. eh...ada kena-mengena ke? haha)

Tanggal 3 Februari 2011, jadilah kami kumpulan kedua pada hari pertama yang diterbangkan ke Jeddah. Yang ini kita cerita lain kali. (osah banyak nak cerita kan)

The good 

- Keadaan darurat memaksa kami tinggal beramai-ramai disatu tempat. Maka dapatlah kami berkumpul beramai-ramai sambil mengisi masa lapang dengan menghadiri kelas agama di musolla, membaca Yaasin secara berjemaah, makan secara berjemaah, mengumpat tentang Murabak dan menonton movie secara berjemaah. (Apakah?? tetapi benar)

- Pengalaman ini menjadi pengajaran berharga untuk semua umat manusia. Bukan sahaja kami yang megalami, tetapi semua orang sebenarnya. Dari segi pemerintahan negara, cara menegur pemimpin yang zalim, cara bertindak dalam keadaan mendesak, kerjasama dan persepakatan masyarakat, kerasionalan dalam membuat pertimbangan dan baaaaanyak lagi.

- Dapat bayangkan keadaan di Palestin, Iraq, Afghanistan dan negara-negara yang dilanda peperangan yang dahsyat. Yang kami alami ni baru sikit!

- Banyak lagi good things yang diperolehi daripada darurat ni, Tapi kalau semuanya aku letak kat sini, nanti nampak macam skema jawapan la pulak kan. Tak adil la untuk kanak-kanak yang nak exam PMR dan SPM nanti. Gerenti masuk karangan tajuk rusuhan dan darurat. *wink2

The bad

- *mengeluh* Pergerakan dan aktiviti harian jadi sangat terbatas. Kedai yang bukak pun masing-masing letak harga barang secara melampau. Topup LE 10 dijual dengan harga LE 13! Kalau jiran aku yang jual topup tahu pasal ni, gerenti dia ketawa.

- Budaya penyebaran fitnah dan khabar angin yang tidak benar berleluasa. Ini salah....tak tahulah nak salahkan siapa! Haishhh. Pening kepala brain kami mendengar khabar angin yang sampai ke Malaysia. Blog-blog, surat khabar...kot ye pun nak melariskan penulisan masing-masing, sila lah tulis yang benar. Ish...ish...ish... Berdosa weh menipu. Masuk neraka nanti. Haa...tak tau. tak tau.

- Another sad thing: kami tak tau macam mana masa depan kami. isk3....  kuliah camne ha??

Baiklah. Sampai di sini sahaja laporan alkisah darurat di Mesir. To be continued kisahnya esok dan hari-hari seterusnya. By the way, menjadi suatu tabiat aku untuk tidak mengambil gambar sepanjang darurat. Haha. Mood nak menembak hilang sekelip mata! Kalau korang nak tengok gambar, boleh la cari kat FB, atau mana-mana blog pelajar Mesir yang lain. Ramai je yang ambil gambar.

Pesanan penaja: Kalau dengar cerita dari orang lain, selidiklah dulu. Tak perlulah percaya bulat-bulat. Nanti boleh kena sakit jantung. Amalkan gaya hidup sihat, ok? Peace~


p/s: 'D' is darurat


-nah....gamba. aku ambik dari google je. haha-

1 play the melodies:

cik rye said...

alahaiiii..sarahhh..kenapa kiut sangat tulis bloggggg..best2

8 February 2011 at 02:32
Related Posts with Thumbnails