Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Dia yang bernama Betty

Thursday, 10 February 2011




"Tak payah la Sarah. Nanti kalau terpaksa berpisah dengan dia, mesti enti sedih," kata Sakinah tatkala aku bertanyakan pendapat beliau sama ada wajar atau tidak aku ingin membela kucing, awal tahun lepas. Memandangkan aku anak kedua, memiliki kedegilan yang tersendiri, aku buat keputusan untuk membeli seekor kucing untuk dijadikan teman di rumah. Maka, tanggal April 2010, jadilah aku seorang mama kepada seekor makhluk comel bernama Betty.


Di awal perkenalan, cukup sukar nak memahami Betty. Dia tak mahu di pegang, tak mahu didekati, apatah lagi dibelai. Berbulan-bulan aku berusaha memahami perangai dan isi hatinya (ocehhh...ayat tak boleh blah). Orang kata, kalau nak kenal seseorang, tengok pada haiwan peliharaannya. Ish...tak boleh jadi nih. Aku mesti mentarbiyah Betty!

Maka aku memulakan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran kepadanya. Mula-mula tu, setiap kali aku baca ayat Kursi kat dia, mesti Betty lari. Ku fikirkan Betty ni kena rasuk jin agaknya (haha...sengal). Tapi lama-lama Betty ok. Setiap kali aku baca Quran, dia datang duduk atas riba. Comel kan?



Kemudian aku cuba lagi. Aku letak dia di sisi setiap kali aku ingin solat. Mula-mula memang dia lari pergi tempat lain. Tapi dah lama tu, nampak improvement pada diri Betty. Kalau aku masih lena semasa azan berkumandang, Betty datang terkedek-kedek kejutkan aku daripada tidur. Mula-mula dia mengiau, lepas tu dia tunggu aku bangun. Tapi kalau aku tak bangun juga, dia letak tangan dia atas bahu aku, seolah-olah menggerakkan aku suruh bangun. Tapi kalau tak jugak bangun, dia berdiri atas badan aku lalu bertawaf dengan hentakan kaki yang kuat. Haha. Sakit weh! Betty dah la 5 kilo! Bila aku bangun, aku akan cakap "Terima kasih Betty," dan dia akan mengiau, menjawab. Selagi aku tak bangun, selagi tu lah dia takkan berganjak dari tempat aku tidur. Comel betul Betty. Pernah juga aku lihat Betty tidur semasa azan berkumandang. Lalu aku mengejutkan dia dari tidur. Dia mengangkat muka lalu mengiau berkali-kali. Lepas tu sambung tidur semula. Amboi...pandai dia membebel!



Menjelang bulan September, hubungan aku dengan Betty bertambah akrab. Betty pun makin kuat makan. Lepas tu dia sukaaaa sangat duduk atas penimbang berat. Hahaha. Kadang-kadang aku datang kat dia, tengok skala penimbang lepas tu aku kata "5 kilo jugak. Sama je Betty. Dah2 turun,". Dia pun turun dari penimbang tu, pergi lepak kat tempat lain. Hari-hari dia timbang berat. Obses betul dengan berat badan. Haha. Ada masa berat dia turun, jadi 4kg. Lepas aku kata berat dia dah turun, dia bantai makan banyak lagi. Lepas tu muntah-muntah. Haihhh...macam-macam hal. Oh ye. Betty tak suka kalau orang cakap dia gemuk. Kalau ada tetamu datang, lepas tu komplen dia gemuk la, kuat makan la, last-last aku jugak yang dicakarnya.



Ada sekali tu, 'ammu Khomis datang rumah kami, nak betulkan lampu. Seperti biasa, kalau ada orang tekan loceng pintu, mesti Betty dulu yang terkedek-kedek lari pergi ke pintu masuk. Macam lah dia boleh buka pintu. Huhu. Tapi masa 'ammu Khomis datang, aku buka je pintu, Betty terus lari lintang-pukang. Mata dia jadi bulat sangat, ketakutan. Kesian dia. Dia memang takut betul dengan orang lelaki rupanya. Sepanjang 'ammu Khomis tengah betulkan lampu, dia menyorok bawah katil. Takut sangat la tuh.

Betty saaaangat pendiam. Sampai ada kawan tanya "Betty ni bisu ke Sarah?". Hahaha. Kejam betul soalan tuh. Ya, memang susah nak dengar Betty mengiau. Lebih-lebih lagi kalau ada tetamu. Memang dia diam je, tak bersuara. Kalau dia lapar pun, dia tetap tak bersuara. Mungkin dia terlebih ditarbiyah, 'suara wanita itu aurat'. Kuang3..... Tapi sebenarnya, sejak aku dah kamceng dengan Betty, selalu je kami berbual. Aku cakap, dia jawab. Kalau aku kata "Oh...pandai ye menjawab!" dia akan jawab banyak lagi. Haha. Kecuali kalau mood dia tak baik, dia akan diam sepanjang hari.


Antara perkara yang merosakkan mood Betty adalah apabila aku suruh dia kahwin. Sentuh je pasal kahwin, Betty mesti bengang. Huhu. Cukuplah 3 kali dia dilamar oleh Boboy, Keebo dan Didi. Last-last baru aku mengerti, Betty memang tak nak kahwin. Barangkali dia menghormati perangaiku yang tidak berapa suka dengan kucing jantan. Maka melepaslah impianku untuk menimang cucu =_='.

Perkara yang paling buat aku saaaaayang kat Betty ialah, setiap kali aku sakit, dia mesti datang lawat aku. Ada masa aku tak larat nak bangun, lalu terbaring saja di katil. Sesekali Betty datang, mencium dan mengiau. Kalau aku tak bangun tengok dia datang, memang dia naik atas badan dan berkawat. Haha.



Dua benda yang paling digemari Betty ialah buku dan laptop. Setiap kali aku membaca, mesti Betty datang. Mula-mula dia khusyuk tengok aku baca apa. Lepas tu dia selamba je duduk atas buku yang aku tengah baca tu, tak nak gerak-gerak. Nakal! Laptop pun macam tu juga. Kalau dia tengok aku khusyuk menatap laptop, dia mesti datang dan duduk atas keyboard. Badan dia dah la besar. Memang tertutup seluruh skrin monitor. Haha.


Betty, jaga diri baik-baik. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu~

1 play the melodies:

Kereta Sambung Bayar said...

nie la betty tercantik n tercomel abad nih! haha..mcm garfield!!

11 February 2011 at 06:08
Related Posts with Thumbnails