Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Complete transformation!

Thursday, 7 January 2010

Sejak kebelakangan ini, tiap2 kali aku check email je, mesti inbox padat dengan notification daripada FB. Lenguh jugak jari-jemari ni nak mendelete mesej2 tak berkenaan. Kebanyakannya datang daripada kawan2ku semasa sekolah rendah dahulu. Thanks to Muhd. Safwan Yusof yang voluntarily buat group SRI ABIM/SRI Seremban batch 97-02 kat FB. Tindakan anda menghubungkan yang telah terpisah, merapatkan silaturrahim dan insyaAllah, semoga ukhwah kita semua kekal selamanya.

Setelah beberapa lama buat tak endah pada mesej2 tersebut, barulah hari ini aku tergerak hati nak explore apa yang mereka bualkan. Bukak2 je FB, ada tagged photo terpampang di profile ku. Aku meneliti dengan cermat gambar yang diupload oleh Herda. Terukir senyuman tatkala melihat gambar kenangan time darjah 6 dahulu, hehe. Didorong oleh rasa rindu + curiosity + excited, aku teruskan viewing gambar2 lama kenangan kami semua bersama:



-Ni gambar time ada rombongan sekolah ke Melaka. Sungguh comel + keding + innocent mereka time ni, haha. Dari kiri yang pakai baju pengawas sambil letak sudu kat mulut tu, Hakim Ameluddin. Yang minum air macam baru lepas lumba lari 400 meter tu Afiq. Yang duduk mencangkung tu Khairul, seterusnya yang malu2 tak pandang camera tu Irsyad. Bertentangan dengan Irsyad ialah Salleh, juga seorang pengawas. Dan last sekali, Ammar, muka berpeluh2...huhu-
(mesti hiruk-pikuk time rombongan tuh. Kesian cikgu2 kena layan kanak2 ribena yang banyak kerenah, haha)



-First time aku tengok gamba ni, rasa macam nak nangis je sebab mereka2 ni comeeeel sangat2 time ni. Hahaha. Dari kiri, Iqbal Yusuf. Kecik sangat dia time ni. Antara kanak2 paling kurus tahap anorexia time sekolah dulu. Tapi dia sihat je. Sebelah dia Hakim...tak ingat nama ayah dia. Dia ni dulu innocent je, tak reti nak marah orang. Aku penah je kot marah dia dulu, huhu. Sebelah tu Ammar, sebelah lagi tak ingat sangat sape (ish3....)-



-Ni gambar paling best, diupload oleh Herda (thanks girl!). Aku pun tak ingat time bila ambik gambar nih. Kalau tak silap, darjah 6. Masing2 muka berminyak, haha. Cuba teka aku yang mana?? Haha... Bersama cikgu2 tersayang. Dari kiri: Teacher Azizah, Teacher Mona, Cikgu Maryam, Cikgu Haliza, Cikgu Fuziah dan Ustazah Suzana. Rindunya kat mereka! By the way, inilah keseluruhan pelajar perempuan darjah 6 batch aku time tu. Sikit je kan?? Hehe. Sebab tu kami rapat-




-Gamba ni pun comel jugak, haha. Tengok la tudung masing2. Mesti gambar ni diambil time dah petang2. Kalau pagi, semua maintain cun lagi, huhu. Nasreen (duduk paling kiri) dan Munirah (duduk paling kanan) antara kanak2 paling comel dulu. Sekarang pun same, hehe-

Itulah serba sedikit gambar dan description tentang kenangan manis time muda2 dulu. Sekarang masing2 dah hensem, lawa, bergaya, smart, segak dan sebagainya. Antara gambar2 terbaru yang sempat ditibai dari FB:




-This is Iqbal Yusuf. Yaa...tepat skali. Budak keding dalam gambar kat atas tadi yang ala2 anorexia itu adalah Iqbal! Sekarang, inilah dia! Haha. Lain kan?? Dah sampai Jordan dah budak ni....-



-Yang ini pula Rusydi Khairuddin (yang berbaju melayu dan berseluar itu). Dulu sama keding macam Iqbal, cuma dia tinggi sikit. Seorang pengawas juga, dan antara top scorer dalam kelasku, 6 As-Syafie. Selalu jugak kena buli dengan aku dulu, hihi. Sekarang dah sampai Mesir, Universiti Al-Azhar, Usuluddin. Time dia mula2 sampai sini dulu, aku punya lah excited dapat jumpa kawan sekolah rendah. Tapi takdelah tegur dia pun. Segan maa...dia laki, dah besar pulak tu. Akhirnya, setelah 3 bulan tak pernah bertegur sapa, dia tegur aku: Sarah eh?? Ingatkan salah orang tadi. Huh?? Ape2 je lah Udi oiii....-



-Ini Muhd. Safwan Yusof, ketua pengawas time kat sekolah dulu. Sama kelas dengan aku jugak. Merupakan olahragawan sekolah, johan pertandingan bercerita, johan...blablabla. Banyak sangat pencapaian budak ni (jeles2...huhu). Thanks to him yang mewujudkan group sekolah rendah kat FB. Asalnya dia dapat tawaran sambung belajar kat UK, tapi dia tak nak pergi sebab tak mahu pisah dengan mak. Haha...comel je-



-Yang tengah2 tu Hakim Ameluddin, yang pengawas tengah makan dalam gambar kat atas tadi. Dia ni pun top scorer, selalu bersaing untuk tempat pertama, kedua dan ketiga dengan Herda dan *tuuut*. Tapi Herda memang sentiasa conquer 1st place la, hehe. Bakal ke Australia/New Zealand. Merupakan pengawas dan kawan yang sangat3 humble dahulu. Kini pun begitu juga-




-Ini pula Aishah, juga seorang pengawas dulu. Eh...jap. Apesal aku asyik describe yang pengawas je? Sebab, dalam kelas aku dulu majoriti pengawas saja, hehe. Aishah dulu sangat ceria, kalau dia takde tak ceria kelas hari tu. Bakal ke Australia dalam tahun ni. Best sangat2 kawan dengan Aishah! Fikiran yang matang walaupun umur setahun lagi muda, hihi. Time menengah rendah, still sama sekolah dengan dia kat SMKA SHAMS. Then dia masuk KISAS, but we still keep in touch! Thanks Aishah-



-This is Herda and her little brother. Pengawas jugak, top student kat sekolah rendah dan menengah. Kalau tengok report card dia, tak de lah nombor lain melainkan nombor 1. Dah la dalam kelas nombor 1, dalam batch pun dia bolot nombor 1 jugak, huhu. Dan kecemerlangannya diteruskan hingga ke hari ini, apabila beliau mendapat biasiswa BANK NEGARA untuk ke UK dalam tahun ni. Bank Negara tuh! Jeles aku. Kebanggaan guru2 sekolah rendah dan menengah. Kebanggaan kami juga, hehe. Haaa...kalau Munzir & Khairul Shazwan tu genius wakil lelaki, Herda ni wakil perempuan. Miss her soooo much!-



-Ni Nadhirah, kawan baik Herda time sekolah rendah. Pengawas juga, hehe. Dulu dia menengah rendah kat SMKA Pedas, then masuk SMKA SHAMS. And the friendship continues to blossom. Sentiasa menceriakan kelas darjah 6 dengan ketawanya yang unik, haha-



-Last but not least, Munirah. Dia ni....comel sangat2 dari dulu sampai sekarang. Sejak masuk ke sekolah menengah, aku dah lama tak dengar khabar dia ni. Sampailah suatu hari yang indah, kami ditakdirkan bertemu di Myspace. Dan hubungan kembali menjadi rapat. Khabarnya dia berada di Australia sekarang. Juga sangat ceria, dan sentiasa menceriakan orang di sekeliling. Dialah salah satu penyebab inbox ku penuh dengan notification, haha-

Itulah serba sedikit kenangan yang aku dapat malam ni. Bestnya perasaan ni kan? Terkenang kembali zaman muda2 dahulu. Pagi2 datang sekolah smart je, mak masing2 ironkan baju, tudung dipakaikan elok2, baju tuck-in bagi lelaki. Time petang je, semua dah tak rupa budak sekolah. Ada yang rupa mekanik pun ada, haha. Mak masing2 geleng kepala je tengok, huhu.

Sekarang semua dah besar, following our own way to achieve our dreams. As time passes, I hope our friendship and bond will last forever. Eventhough we can rarely see each other, hope the ukhwah lasts in doa. Allah bless u all always~

p/s: nak usaha jugak buat reunion satu hari nanti, hihi




-Atas permintaan Munirah, aku upload gamba ni sebagai contoh transformasi dari kanak2 ribena yang comot kepada gadis yang cun (heheh). Ok, baru adil-


6 play the melodies:

Anonymous said...

klu nk elak inbox email full sbb fb notification...pergi kt setting fb..pastu pilih notification..and then "unmark"kan mane yang kite xndak..better unmark semua je..senang..apehal2 bukak je fb..xpayah nk check kt email..terpulang lah ye..selamat mencuba!

7 January 2010 at 02:47
along said...

erm.. dunia ni kecik je kan... tahu2 jumpa balik setelah lama berpisah.. ceh macam jejak kasih TV3 la plok.. huhu.. apa2 pun jaga ukhuwah lillah yang terbina... Nice blog :)

7 January 2010 at 08:06
Anonymous said...

Sekolah rendah sebagai kilang potensi ke luar negara. Ikutkan semua ke luar negara kan?

Hah~

Zaman sekolah rendah adalah zaman gelap ana. Samseng, otai, agresif dan macam-macam lagi. Ingat lagi, ana pecah rekod kena jumpa PAKAR psiakistrik sejak darjah enam lagi. Hyperactive.

Tapi bayangkan setelah transformasi diri berlaku.

Segalanya jadi permata yang tidak ternilai. Semua itu adalah jambatan menuju hari ini~

7 January 2010 at 18:46
Anonymous said...

semua yang terindah :)

8 January 2010 at 20:30
nmz said...

aaaa, SARAH!
baru baca ini....touching gak n i agree with you!complete transformation semua org kan...
terharunya sy ada di post anda..bersama kangaroo pulak tuu.hahhaa
thanks dear...our memories in primary school will remain forever..:)
but u forget one pic...sarah mustaza
hehe

10 January 2010 at 14:44
Sarah Mustaza said...

Anonymous: thanks for the information

Along: InsyaAllah, akan dipelihara ukhwah ini

Akmalhakim: Whoaaa...hyperactive? So unbelievable! Mesti best kan ade pengalaman sebegitu rupa, hihi

Munee: Aiyoo...gamba kite pun nak kena letak gak ke? Ok2, pasni kite letak. Baru fair ek? Hehe....

10 January 2010 at 14:56
Related Posts with Thumbnails