Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Misi Mentibang

Thursday, 31 December 2009

Mentibang tu ape? Pertanyaan typical orang sekeliling setiap kali aku mention "Rase nak gi mentibang la...". Berdasarkan statement tadi, agak2nye la kan....ape maksud mentibang? Adakah menjala ikan? Menaiki kapal terbang? Membaca buku?? Yaa...jawapan tu semuanya salah. Takrifan yang paling tepat adalah: berjalan2 atau merayau2. Perkataan comel itu diwarisi secara turun-temurun dari family belah ibu. Macam mana aku boleh terjebak dalam gejala mentibang ni? Semuanya disebabkan makcik2ku yang sungguh sporting lagi happening yang selalu menjadi teman mentibangku semasa di Malaysia dahulu. Sejak mereka remaja sehinggalah dah berumah tangga, hobi mentibang masih mengalir dalam salur darah dan saraf. Aku juga tidak terkecuali.



-Andak and her baby Ziyaad-

Merata tempat telah ku jelajahi bersama 2 orang mak cikku yang paling muda: atam dan andak. Mana taknye, mereka tinggal di Kuala Lumpur, tengah2 kota raya tu. So sebut je mana nak pegi, start enjin kereta dan vrrrroooommm!! Off we go! Yeah...semudah itu. Nasib baik mereka sporting tahap kentang, maka sangat kamceng lah kami memandangkan masing2nya kaki jalan a.k.a kaki mentibang. Midvalley Megamall, One Utama, Sunway Pyramid, Subang Parade, KLCC, The Gardens, segala gigantic shopping complex telah ku explore bersama mereka. Tak kurang juga tempat barang2 murah + happening macam Uptown dan Danau Kota.



-Atam and anak andak Ziyaad-

Kini aku berada di Mesir, menjalani hidup sebagai seorang musafir yang masih tidak lekang dari hobi lamanya: mentibang. Tiada lagi andak atau atam sebagai teman mentibang. Kalau nak mentibang dengan mereka, kena tunggu cuti musim panas la nampaknya. Itu pun kalau ada rezeki balik Malaysia, huhu. Apabila berada di sini, memandangkan tiada sifu yang akan biasanya mempelawa untuk membawaku mentibang, ditambah pula dengan budaya masyarakat Melayu Mesir yang melihat mentibang itu sebagai suatu aktiviti yang aneh (bagaikan ia budaya dari planet lain...T_T), maka aku jarang sekali dapat mentibang di sini. Jarang di sini bermaksud...not every weekend, of course. Huwaaa....rindunye kat atam ngan andak!!

Namun hari ini, aku telah membuat keputusan awal2 lagi untuk menjalankan Misi Mentibang. Memandangkan hari Khamis adalah hari cuti kami, so nobody should say anything about my decision...huhu. Biasanya Sakinah menjadi teman setia aku tiap kali mentibang (dia pun dah terpengaruh kot, huhu), tapi hari ni aku decide nak mentibang sorang2. Kenapa? Sebab gado ngan Kak Sakinah T_T. Ish3....apesal gado2 nih?? Saje2 je...kitorang tak penah gado, so saje nak test camne rasenye bile gado (oh...giler hape...). Haa...maka nak tak nak, aku kenalah mentibang sorang2.

Rasanya ok gak mentibang sorang2. At least aku tak susahkan sape2 dengan perangaiku yang sentiasa nak 'cepat dan pantas' ni. Yaa...itulah aku. Kalau tujuan anda keluar untuk window shopping benda2 yang anda tak pasti apakah ia....maka janganlah ajak saya, kerana saya bisa meninggalkan anda seorang diri sambil saya menuju ke arah kedai yang telah ditetapkan matlamatnya sejak semalam lagi. To me, it's much time-saving. Hehe...ade je yang bengang ngan perangaiku yang difikirkan pelik ni. Tapi tak peduli pun, asalkan jimat masa dan tenaga dan duit. Kadang2 kesian gak kat Sakinah. Dia banyak lagi barang nak tengok, aku dah meluru ke kaunter pembayaran, siap keluarkan duit pecah, haha.

Tapi hari ni aku jalan sorang2, menuju ke kawasan 'Abbas 'Aqqad a.k.a The Shopaholic Street. Bukannya nak shop till I drop di situ, cuma destinasiku hanya 3: HSBC Bank, Mo'men dan Mercato. Kenape pegi Mo'men? Sebab teringin sangat nak makan Burrito sedap giler yang dah lame tak makan. Maka dengan langkah yang laju, aku masuk ke Mo'men. Burrito spicy satu!




Whoaa...harga Burrito dah naik maaa. Dulu 1o genih je. Tadi kena bayar 11 genih lebih. Dalam hati kata: saiz Burrito makan besar kot. Tak pun makin sedap...nyam2. Teringat kenangan makan ais krim bersama2 Sakinah tiap kali gi Mo'men. Uwaaa...sebak2 T_T. Dah2 tak perlu ingat yang telah berlalu. Beberapa ketika kemudian, Burrito Spicy pun siap!



Heh...makin kecik pulak saiz Burrito nih! Hadehh...ni sume la ni. Makan je la. Tapi rasanya tetap no. 1! Maksud aku...among fast food yang ade kat sini la, huhu. Rasanya tak sampai setengah jam aku berjaya menghabiskan Burrito sedap tu memandangkan saiznya yang dah semakin mengecut. Kalau tak dekat nak 45 minit kot, sebab speed aku makan adalah tahap siput paling pemalas sekali, berbanding ahli keluarga yang lain, haha. Teringat kenangan sering kali dirungut oleh ayah kerana makan slow sangat, seolah2 menghayati setiap inci ingredient dalam makanan tuh. Hihi...maaf sume.

Selesai saja makan, aku keluar dari Mo'men dan terus melangkah ke destinasi terakhir: Mercato. Aku melangah dengan muka bahagia tanpa mengendahkan Arab di sekeliling. Cuaca pun redup je tadi, bagaikan meraikan aku yang dah teringin sangat nak mentibang (huh?? what the....). Sambil2 melangkah dengan reaksi muka yang control poyo...erm...aku bukannya sengaja buat muka poyo a.k.a macho macam tu, tapi untuk keselamatan. Haa?? Mesti tak paham kan? Haha...takpe2. Abaikan je. Sambil2 berjalan, aku pun menoleh2 ke arah deretan kedai ternama di kiri dan kanan. Mesti Aiman excited kalau dapat jalan2 kat sini, hehe...aku bermonolog sambil memerhati ke arah butik Adidas, Guy Laroche, Ted Lapidus, Nike, Lois dan seumpamanya. Sekadar merenung boleh la...nak masuk dan beli?? Kirim salam je.

Tengah2 asyik berjalan, terlihat satu kedai aksesori wanita. Tanpa berfikir panjang, aku terus masuk tanpa memberi salam dan terus menuju ke tempat cincin. Haa? Cari cincin?? Ape cer?? Eh2...jangan salah faham. Accessories kan girls' best friends. Aku pun tak terkecuali. Saje je nak jenguk2, cuci mata. Ada la jugak design yang menarik. Malangnya, saiz cincin semuanya untuk datin2 Arab yang kaya raya sahaja, a.k.a saiz XXXXXL. Fi sughaiyar?? Aku bertanya kepada brader kedai dengan muka mengharap. La'...katanya sambil menggelengkan kepala. Huh...maka aku pun meneruskan perjalanan menuju ke Mercato dengan harapan tidak terserempak dengan mana2 warganegara Malaysia. Kenapa?? Sebab mereka akan pandang aku atas bawah dengan reaksi yang sangat2 heran sebab aku jalan sorang2. Saya takde boyfriend, so salah ke jalan sorang2? (sengal...) Huwaaa...teringat kat Sakinah. Tu lah, gado lagi. Padan muke kena jalan sorang.

Aku pun meredah jalan yang teramat sangatlah sibuk dengan kenderaan dan orang Arab yang berpusu2 menuju ke hala tuju yang tidak diketahui. Sambil berlari2 bagaikan kanak2 riang, aku cross jalan yang saiznya 3 lane tapi dipenuhi dengan kenderaan yang membuat 6 lane, yang masing2nya dipandu bagaikan tengah dalam perlumbaan F1 peringkat final. Hebatkan Mesir ni?? Ponnn!! Ponnn!! Kat sini memang hobi pemandu bermain dengan hon. Jadi, silalah faham dan buat2 tak dengar je. Kelihatan beberapa orang Arab yang kehairanan melihat aku berlari macam kena kejar, huhu.

Maka lebih kurang pukul 2 petang, aku berjaya meloloskan diri ke dalam Mercato. Jap2...cakap pasal Mercato, tak semua orang familiar dengan nama ni. Mercato ni sebuah pasaraya ala2 Giant, Jusco....camtu la. Apa yang best tentang Mercato, kat sini ade pelbagai jenis barang. Means...macam2 jenama ada. Tak macam Markaz Ar-Rayah littaswiiq...jenama teh yang dijual di situ balik2 Isis, Arousa dan Ahmad Tea. No variation at all. So kalau nak rase kepelbagaian, datanglah Mercato (ceh...promote pulak, huhu).

Aku memulakan misi mencari barang2: kacang bersalut garlic, chocolate murah ala2 Snickers, air kotak mango. Kacang bersalut garlic tu Kak Nisa' si gadis Pahang yang introduce kat aku. Rasa sekali....sedap. Rasa dua kali...lagi sedap, hehe. Dah lama teringin nak makan garlic bread macam yang dijual kat Pizza Hut, cecah ngan mushroom soup. Pergh...sedap giler. Tapi sob2...tak penah jumpa kat sini. Kacang bersalut garlic pun boleh laa. Minggu ni jugak asyik teringin nak makan chocolate je. Memandangkan chocolate kegemaran ialah Snickers dan harganya bukanlah sepert boleh dibeli sedozen sekali gus, maka aku pun start la mencari chocolate yang rasanya ala2 Snickers, tapi harga jauh lebih murah. Jenama Rodrigo (gerenti takde kat Malaysia, hihi). Snickers satu LE 3.50. Rodrigo satu LE 0.99. Untung tak?? Bagi mereka2 yang kesesakan, boleh la beli coklat ni. Tadi aku telah berjaya menibai 3 kotak air mangga. Dah lama sungguh rasenya tak minum air favourite tu.

Sampai di kaunter pembayaran.....PENUH dengan troli yang penuh. Aduihh...takde kaunter ekspress ke?? Sambil menjenguk2 ke segenap ruang, aku ternampak kaunter ekspress berlabel: LESS THAN 10 ITEMS ONLY. Sepantas kilat aku mengira barang2 dalam bakul. Oh....ade 11. Tak boleh2. Maka aku pun menunggu dengan sabarnya orang depan tu menyelesaikan barang2nya yang sangat banyak. Sampai je turn aku...tiba2 brader kat kaunter tu suruh aku pergi kaunter ekspress sedangkan kat belakang aku takde orang pun. What's up ni brader? Apa salahnya kamu kira je barang aku nih?? Tapi itu cuma sekadar monolog dalaman dan aku tak berjaya pun tanya kat brader tu T_T. Suka hati kamu lah. Lupa pulak...kat sini tak wujud slogan: Customer first. Don't ever dream to have it.

Selesai semuanya, sepantas kilat aku menuju ke tempat menunggu tremco. Menanti kedatangan tremco Akhir Syaari' untuk membawaku pulang ke rumah. Kelihatan selautan manusia sedang menunggu tremco. Ya Allah...ade can ke aku nak dapat tremco nih? Aku beranikan diri menyelit2 di kalangan mereka yang ramai itu. Sebuah tremco datang dan dengan sekelip mata, tremco itu diserbu oleh mereka2 yang sangat excited. Maka berlakulah kejadian tolak menolak di hadapanku. Malang tidak berbau, walaupun aku tak melibatkan diri dalam kejadian tersebut, namun aku turut terkena impaknya. Ketika sedang syok tolak menolak, seorang ammu hampir2 tergolek dan disebabkan nak balancekan badan, dia undur ke belakang ala2 melompat dan kelepek! mendarat di kaki kananku. .................. Speechless sebentar di situ. Huhu...tak leh nak bayang rasa macam dah leper kaki ni. Aku meninjau kasut Clark yang baru dibasuh itu. Yeah...kepam dan perlu dibasuh semula. Tahniah sarah! Ammu tersebut tidak henti2 mintak maaf kat aku. Aku pun sengih la kat dia kata tak pe la ammu, bukan salah kamu pun. Tapi dia mintak maaf lagi dan seterusnya sampai la aku cabut lari dari situ...huhu. Dia tau kot camne aku rasa. Macam kena gilis ngan tayar kereta pacuan empat roda.

Setelah beberapa kurun menunggu, akhirnya aku berjaya meloloskan diri masuk ke dalam tremco keempat. Merasa agak bangga di situ, haha. On the way home, disebabkan kesesekan lalu lintas, aku curi2 masa tinjau2 pemandangan luar. Tiba2 ternampak kelibat Ayu dan Fatin, gadis2 Melaka baru keluar dari senuah kedai. Bukan main ceria lagi wajah masing2. Mesti best kedai tu sebab time nak keluar tu Fatin siap melompat lagi haha.

Setibanya di rumah, bagaikan ribut taufan, aku segera merebut peluang untuk mandi. Yeah....sangat best mandi petang2 lepas mentibang. Rasa bahagia bagaikan dah setahun tak mandi (oh...tak la macam tu sangat). Masuk2 je bilik, tiba2 Myra kata " Sarah, ade orang bagi tu. Atas meja...". Dalam keadaan terpinga2 aku menoleh ke arah meja pink di katilku. Ada sesuatu dia atasnya......



Wah!! Snickers! Jejaka mana pulak yang bagi nih? Aku ternampak kertas hijau bersama chocolate tersebut. Gulp. Mesti Sakinah yang bagi. Perlahan2 aku mendekatinya dan membaca note comel tersebut dengan perasaan yang undescribable, haha. Secara ringkasnya...pasni tak yah cari pasal lagi. Macam budak kecik je nak gado2. Tapi kami gado senyap je, tak main suara2...hihi. Tak best kan kalau gado ngan kawan rapat kita. Lebih2 lagi macam aku yang susah nak dapat kawan T_T. Bila dah ada kawan tu, hargailah betul2. Dialah orang yang berkongsi suka dan duka dengan kita (ooops...tiada masa sentimental di sini, haha). Rasa terharu sangat2 dapat coklat kegemaran dalam keadaan tengah mengidam, hehe. Thanks sooooo much kakak!! Tak tau nak bagi ape balik kat anti. Kek coklat?? Not in the mood of making one, haha. Kobar je la pemalas.

Kesimpulannya, misi mentibangku seorang diri hari ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya tanpa berlaku sebarang 'tersasar bajet' dan sebagainya. Mentibang pada hari terakhir tahun 2009. Ahlan 2010!! But still....rindu la nak mentibang ngan atam ngan andak!! Datang la sini..... (^_~).

"I'm very sad..."

Wednesday, 30 December 2009

"Please take out a piece of paper and write...." Dr. Magda memulakan bicara pada hari itu. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, kami sudah dapat mengagak arahan yang bakal keluar dari mulutnya. Maka kedengaranlah suara2 latar yang mengeluh, tidak kurang juga yang buat2 terkejut, haha. Dr. Magda mula menyenaraikan soalan2 yang perlu kami jawab dalam masa 10 minit. Kalau difikir secara logik akal, 10 minit itu memang cukup lama memandangkan beliau bukannya menyuruh kami menjawab secara essay. Point form pun dah cukup. Kali ini soalan berkenaan Glomerular Filtration Rate. Ketika kami sedang 'bersungguh2' menjawab soalan, Dr. Magda mula berjalan around the class sambil memerhatikan gelagat kami. Beliau memulakan dengan column sebelah kiri, tempat berkumpulnya pelajar lelaki.

Kelihatan 2 orang pelajar lelaki yang duduk di hadapan menumpukan sepenuh perhatian ketika langkah Dr. Magda terhenti di sebelah mereka. Maka Dr. Magda pun meneruskan langkah. Sampai di bahagian tengah... "Close your book" kedengaran suara beliau. Gulp! Tak pasal2 aku pun turut merasa kecuakannya. Aku menjeling ke arah kiri. Dr. Magda sedang merenung beberapa orang pelajar lelaki yang terkantoi membuka buku ketika sedang menjawab soalan tersebut. Urgh...apelah diorang ni. Tak payah la bukak buku. Jujur sudah. Dr. Magda pun mula 'berucap panjang' kepada mereka.

Selesai semuanya menjawab soalan, (kertas aku tak penuh pun....T_T...) Dr. mula mencuri sesaat dua untuk memberi tazkirah kepada kami. Ayat pertama beliau: "I'm very sad....". Tak tahulah kenapa, tapi kalau aku dengar je seorang guru cakap macam tu, aku rasa bersalah sangat2. Aku yakin, orang lain pun macam tu jugak. Mulalah semua orang rasa tak selesa. Memang salah kami pun tak study....sob3.

"You leave your country to study. So where's your study?? If you don't understand, come to me. Even for 100 times! So why don't you study??" bertalu2 peluru sesat menusuk ke dalam telinga dan jiwa kami. Astaghfirullahal'aziiim....ape nak jadi ni??

"You watch TV at home?" doktor cuba mengagak aktiviti kami di rumah. No lah doctor, we don't have TV at home T_T. Sob2. Kalau ade, boleh gak tengok huhu.

"Please study Renal Physiology" Dr. Magda seolah2 merayu kepada kami. Oh...doctor, we're so so so sorry!!

"Please concentrate with me!" kata Dr. Magda tatkala melihat wajah masing2 dah lain macam. Semua orang rasa dah tepu kot. Maybe tak mampu lagi nak fokus sepenuhnya. Maka terzahirlah perasaan itu melalui wajah masing2 dan akhirnya disedari oleh doktor.

"You are sleepy today. Please study well and sleep well..." pesan Dr. Magda di akhir kelas. Terima kasih doktor, atas pesananmu itu. Namun aku yakin, semua orang sleep well. Bab study well je belum semua kot.

Yang paling tak boleh blah... "I begin my day at 2 a.m. You are young! You can tolerate...." perghh...memang terasa sungguh2 la kami time tuh. Pandai2 je buat alasan kelas lama tadi. Ambik kau...doktor lagi lama. Kenapa...kenapa...dan kenapa?? Maafkan kami doktor...kami janji...eh...tak boleh main suka2 janji. Kami akan berusaha buat yang lebih baik lepas ni. InsyaAllah!

Info yang diberikan oleh Dr. Magda:
Objectives + competencies + actions + resources + incentives + information = INTENDED CHANGE


-malaysian+nigerian=satu malaysia (eh...xde kaitan)-

Minggu ini merupakan minggu di mana doktor2 kuliah kebanyakannya menggunakan quotes yang best. Antaranya...

"From mud I come to mud I go...." kata Dr. Hany Shawky upon explaining where the CSF goes to. Rasa macam dengar sajak dari Shakespeare pulak. Ala2 Sonnet 18, Lake Isles of Innisfree, The Road Not Taken, If dan lain2 sajak yang terpaksa dihafal time nak SPM dulu.

Lagi satu yang aku ingat sangat2....

"Try to think, not only sit and receive information..." kata Dr. Bataa ketika melihat kami semua buat muka selamba, tiada kelihatan usaha untuk berfikir. Seperti time kat sekolah dulu, menunggu disuap oleh cikgu. Astaghfirullahal'aziiiim....ape nak jadi ni.... Mari muhasabah diri.




-beberapa classmates yg tersayang-
The general idea about this week is....majoriti doktor ada menyatakan rasa kesal mereka terhadap sikap kami yang...erm...entah bila nak berubah. Tahun lepas pun macam tu jugak. Tambah2 lagi dah dekat sangat nak exam ni. Of course la doktor2 jadi risau. Sempena dengan tahun baru yang bakal menjelma ni, semoga kami semua dapat berubah dan berazam untuk menjadi yang lebih baik.



Ya Allah...tetapkan hati kami dalam mentaatiMu, tetapkan hati kami pada jalan ini dan bantulah kami....amiiiiiin~


p/s: xmo tido lagi....tapi camne?? arghhh.....




-time perjumpaan bersama doktor2-

Why I like Tuesday the most

Tuesday, 29 December 2009

First and foremost reason....

1) Turn aku masak!!! Yeah....haha. Memang hari yang sangat ku tunggu2. Kenapa? Sebab masak boleh releasekan segala tekanan baik dari segi emosi atau lain2nye. Kalau rase cam nak meletup, masak la. Orang lain dapat makan :).



2) Jadual kuliah sangat best: |Physiology|Anatomy|PSYCHOLOGY|Practical Anatomy|
Datang je awal2 pagi yang berkabus tu, nampak muka Dr. Magda yang serius. Ya, beliau nampak serius dan sememangnya serius, tapi jangan salah faham. Dr. Magda saaaaaangat2 pro dalam topik yang diajarnya. Rasa cam tak caya pun ada jugak kadang2 sebab dia mahir sangat. Banyak betul input yang dia bagi time lecture (beruntunglah sape2 yang kekal segar...aduiii). Rasa Dr. Magda tu macam mak kadang2.
Next, subjek Anatomy. Biasanya, hari Selasa Dr. Hany Shawky punya turn. Dr. Hany ni pun same. Pro giler kentang la dalam bab2 Anatomy ni. Kalau time kelas dia je, jarang la aku terlena (ehh...yeke??). English dia pun best dan dia pandai buat lawak yang boleh diterima akal semua orang. Rasa selesa + seronok je time kelas dia. Cara dia ajar pun menarik, senang nak ingat.
Seterusnya subjek Psychology a.k.a subjek paling aku suka setakat ni. Kenapa suka Psychology? Tak tahu la...suka tu datang naturally, hehe. Rasa enjoy je belajar subjek tu. Maybe sebab it deals with real life situation. Bukan nak kata subjek lain tak deal with real life situation, tapi mungkin yang lain agak complex kot. Setakat ni, belum pernah terlena lagi time Psychology. Tapi sayang, sekali seminggu je dapat belajar subjek tuh.
Praktikal Anatomy pada hari Selasa biasanya short section. Maksudnya, ada can dapat balik awal. Hooray! Tambah2 pulak dapat belajar dengan Dr. Hussein yang sangat best. Perghh...hari Selasa memang hari doktor best lah!




3) Peluang bertalaqi dengan 2 Syeikh dalam 1 hari!
Yeaa...inilah sebab paling best sekali. Lepas asar dengan Syeikh Wa'il, lepas maghrib dengan Syeikh Nabil. Kedua2 Syeikh tekankan aspek yang agak berbeza. Jadi, dapat 2 ilmu berharga dalam 1 hari (^_^).

4) Kalau kelas habis awal, maka maknanya, ada banyak masa free sebelum asar. Jadi, pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan sementara menunggu masuknya waktu asar. Contohnya: melawat blog sendiri, menjenguk blog orang lain, mentibang kalau ade mood, kemas rumah kalau keadaannya macam tongkang pecah, belek2 buku cerita yang dah setahun beli tapi tak pernah sentuh dan macam2 lagi. Nak call ibu n ayah pun boleh! Hihi...

5) I was born on Tuesday. Pelik tetapi benar. Pada 15 Mei tahun 1990 bersamaan hari SELASA, lahirlah aku sebagai penyeri keluarga.

Konklusinya, hari Selasa adalah hari yang paling menceriakan!


-Tiada masa untuk bermalas-malasan-

Apabila masing2 sudah besar~

Wednesday, 23 December 2009

Aku tersenyum sendirian tatkala melihat komen panjang lebar sahabat2ku di facebook. Dua kali aku berusaha 'mengenakan' mereka dengan mewujudkan kontroversi yang sememangnya mendapat sambutan hangat, tanpa disangka2. Kali pertama, aku menukar status 'single' kepada 'in a relationship'. Ramai juga yang percaya bulat2. Siap cakap tahniah lagi. Namun ada juga yang dapat sense aku kelentong mereka, hihi. Tahniah kerana memiliki daya firasat yg kuat. Kali kedua, aku meletakkan post yang agak mengelirukan....sebab ayat tak lengkap: BERTUNANG BULAN 5 TAHUN DEPAN... Camtu la bunyinya. Kali ini sambutan berkali2 ganda hebat. Hakikatnya, ayat tu xlengkap pun sebenarnya. Namun kali ini, lebih ramai yang percaya, cuma ada seorang dua saja yang tahu aku sekali lagi mengenakan mereka, hihi.

Bukan sengaja aku ingin mempermainkan kawan2, cuma ingin mencuri sesaat dua untuk mengetahui perspektif mereka setelah masing2nya meningkat dewasa. Kalau dulu semasa di bangku sekolah, sebut sikit tentang kahwin...masing2: Eee...buat pe pikir skang ni, lambat lagi ah... Dan macam2 lagi kata2 kelakar yang keluar. Haha.

Tapi sekarang....baru sebut sikit, masing2 jadi alert + reaktif giler. Kalah si potassium selaku bahan chemical yg paling reaktif huhu. Tak sangka ye...masing2 punye perangai.



Berdasarkan 'prank' yang ku jalankan ke atas mereka, dapat ku lihat 2 perkara secara jelas. Pertamanya pandangan tentang 'couple'. Kedua, tentang kahwin. Ternyata masih ramai remaja yang melihat bercouple itu sebagai perkara yang tidak boleh tidak, mesti dilibatkan diri ke dalamnya ketika usia remaja ini. Seolah2nya 'kuno' atau 'jumud' atau 'bosan giler' bagi sape2 yang tak bercouple. Hairan ye...mengapa masih ramai yang berfikiran begitu sedangkan mereka tahu saja tiada istilah 'couple' di dalam Islam.

Aku tahu, kita semua sudah dewasa dan masing2nye mempunyai perasaan. Mustahil kalau kata tak ada perasaan (teringat trademark time skolah dulu, hihi). Tambah2 lagi bagi yang dah habis sekolah dan melanjutkan pengajian ke tempat2 yang agak jauh dari rumah. Sudah tentu lain macam rasanya di saat ketiadaan keluarga tersayang di sisi. Kadang kala terasa kosong, sunyi dan rindu tak pasal2. Di kala itu, ada yang cuba mengatasi rasa sunyi itu dengan mengambil jalan mudah, dengan bercouple. Alasannya...dapat memberi semangat untuk meneruskan kehidupan (erk...??), semangat nak belajar, bagi sokongan dan sebagainya (yang difikirkan munasabah).

Lantaran itu, masa2 berharganya banyak dihabiskan untuk melayan perasaan yang tidak tahu hujung pangkalnya. Alangkah ruginya jika difikirkan kembali. Seorang hamba Allah yang diciptakan untuk menghambakan diri kepadaNya dan diberikan umur yang panjang untuk dipenuhi dengan amal soleh, menghabiskan usianya untuk mengejar cinta manusia yang belum tentu bermanfaat untuknya. Sadis bukan? Kalau dalam bahasa kampungnye 'PATHETIC', atau menyedihkan.



Tidak rugi langsung bagi sesiapa yang tidak bercouple, malah mendapat manfaat besar daripada tindakan mengelak daripada bercouple. Honestly, we live to seek for Allah's love. Mungkin kita perlu muhasabah diri bahawa hidup ini sangat luas. Banyak lagi perkara yang boleh difikirkan, diutamakan dalam hidup ini. Sebagai khalifah, amanah dan tanggungjawab kita terlalu banyak, hingga kita sebenarnya tidak mempunyai masa untuk melayan perkara2 yang melalaikan. Namun kita juga manusia, tidak lari dari lupa dan leka. Itulah gunanya saling mengingatkan (^_~).

Dan sekiranya ditakdirkan benar2 suka sama suka, perkahwinanlah jawapannya. Ikutlah cara yang digariskan oleh Islam. Kan lebih mudah dan diredhai. Terpelihara juga generasi akan datang. Menuntut ilmu bukanlah alasan untuk tidak berkahwin. Kerana kedua2nya ibadah. Pinjam kata2 sahabat seperjuangan, hihi: Blaja tu ibadah, kahwin pun ibadah. So, slamat beribadah. Tambahan pula, sekiranya berkahwin, dapatlah orang lain merasa nasi minyak, hihi. Kenyang gak perut. Kalau couple, orang lain tak dapat pape pon. So, baik tak perlu.

Kesimpulannya, apabila masing2 sudah besar, masing2 pun pandai membezakan baik dan buruknya sesuatu perkara. Andainya terlihat sahabat yang leka, jangan dibiarkan dia begitu saja. Tegurlah untuk kebaikan bersama. Hakikatnya, cinta Allah yang Maha Agung itulah yang kekal selamanya dan membawa ke syurga idaman.

Dulu berdua, kini seorang~

Thursday, 17 December 2009

15 Disember 2009. Handphone ku menyanyikan lagu 'Aku dan Dirimu' menandakan ada mesej masuk. Dengan langkah yang agak longlai (sebab baru balik dari kuliah, huhu) aku menuju ke meja study dan mencapai handphone pink yang comel itu. Siapa ya agaknya? Harap2 la ibu. Rindu la pulak kat ibu n ayah....

Ake menatap skrin handphone. Tertera perkataan 'Ma' menandakan mesej dari ibu. Berbunga rasanya hati ini. Aku pun dengan excited menekan 'Read message'.

"Atuk din baru sebentar tadi kembali ke rahmatullah. ALFATIHAH"

Aku terkedu. Senyuman di bibir lenyap sekelip mata. Mesej ringkas itu ku baca berkali2. Bagaikan tidak percaya, namun ku terima berita pemergian datukku itu dengan tenang. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun....

Sepantas kilat, neuron2 di dalam otakku ligat mengenang kembali wajah arwah atuk yang berumur lewat 80-an. Wajah yang uzur, uban yang memutih di kepala, senyumannya yang mencuit hati serta lawak jenakanya yang sering menceriakan suasana.

Aku tidaklah considered paling rapat dengan arwah atuk kerana atuk memang melayan cucu-cucunya sama rata. Cuma semasa kami masih kecil, Aiman lah yang paling disayangi atuk. Sudah tentu Aiman terkilan tak dapat berada di samping atuk semasa hari2 terakhirnya.

Aku bersyukur dapat bertemu dengan arwah atuk sebelum pulang semula ke Mesir. Walaupun atuk tak ingat siapa aku (kerana menghidap Alzheimer = lupa disebabkan tua), namun di hati kecil ini pernah juga sekali sekala mengharapkan yang atuk tahu aku ni cucu dia. Terkenang moment ketika aku baru hendak berangkat ke Mesir. Aku berusaha sebolehnya memberitahu atuk yang aku akan pergi melanjutkan pelajaran ke bumi anbiyaa'. Ku rasakan, sekiranya dia tahu, sudah tentu dia gembira melihat cucu-cucunya sudah besar dan berjaya. Abang Ikhwan sudah bekerja, Kak Ngah Illya sambung belajar buat master, Fatin dah kerja, aku dan Aiman ke Mesir dan Morocco, Akmal menjadi bintang bola sepak, Afiq melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, serta cucu-cucu lain yang sedang meningkat dewasa.

Sebagai insan yang sentiasa menceriakan hidup kami dengan pelbagai telatah, pemergian atuk akan sentiasa kami kenang dan sertakan dengan doa. Aku rasa atuk sangat beruntung kerana memiliki keluarga yang besar: 7 orang anak, 7 menantu dan 25 orang cucu. Semoga atuk bahagia bersama kami semua.

Rasa kasihan ketika terkenangkan nenek di kampung. Sudah tentu pemergian atuk meninggalkan kesan dalam hidupnya. Dahulu berdua, kini tidak lagi. Harapanku agar nenek tabah menjalani hidup ini. Menariknya tentang atuk dan nenek, walaupun atuk menghidap Alzheimer, dan tidak ada seorang pun anak2nya yang masih diingati, namun nenek tetap tersemat di hati....hihi. Nenek seorang sahaja yang sentiasa atuk kenal dan ingat. Bak kata sepupuku, memang 'sweet couple' betul lah atuk dan nenek kita (^_~).

Ibu kata jenazah dikebumikan di Kampung Linsum, kampung belah nenek. Sebabnya, atuk orang Kedah, namun tinggal di Negeri Sembilan sejak berkahwin dengan nenek. Ibu bagitau, ibu dan ayah sempat pulang dan berada di sisi atuk sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya. Syukur, ayah selaku anak lelaki paling tua sempat membisikkan doa ke telinga bapa kesayangannya. Semoga roh atuk dicucuri rahmat, dipermudahkan segala urusan di alam baqa'.




[Beberapa org cucu perempuan sempat bergambar dengan atuk time raya Aidilfitri tahun ni. Gambar terakhir atuk...]

~ALFATIHAH~

Growing up

Sunday, 13 December 2009

Four days ago was my brother's 18th birthday. Sweet 18 heee~ Oh yeah, he had just turned 18, which surprised most people since he looks older than me. Or...is it my fault for looking so young? Huhu... Anyway, HAPPY BIRTHDAY again to my dearest bro, Aiman Naeim Mustaza. Wish you all the happiness in this life and the next.

I called him a day before 9th December to be the 1st person to wish him. Unfortunately he was kind of sick and didn't really have the mood for a long chat. Pity me, huhu. I was being so excited to talk to him but hey....what could I do. He's sick. Maybe because it was so cold there, at Morocco. Plus he's still on his vegan diet. Very little amount of fat he could gain from his meal, which is not much of a help to keep him warm in winter anyway. I wish to see him consumes some rice one day. I was asking him this and that...when suddenly he asked "Don't you have any present for me?" in a low toned voice.

I was like...huh?? I thought he didn't have any time to think of a present since he's sick. But Aiman will always be Aiman, haha. His birthday would always be the day that he had been waiting for sooo long to get something from us. I told him that I already gave him a card a few hours before returning to Egypt. It's all I could think of and affordable for me. I still remembered how every year, when his birthday was around the corner, I would be busy thinking of something that I could give to him as a present. But still, at the end of the day, I kept on giving him cards, huhu. He must have felt so boring. But hey, bro. There's something that I hope I'll be giving you continuously throughout my lifetime: LOVE & CARE.


[This pic is so controversional coz people thought I was taking photo with my fiance, or husband haha. Hello! This is my bro...]

Time passes very quickly that in a blink of an eye, a chubby little child had became a handsome guy, or a beautiful lady. Looking at the photos of my little cousins made me smile. They're so cute, mischievous and smart. Later, they'll grow up becoming teenagers and so on, just like us. Well..that's just the cycle of life. Everything we did when we were little put some flavour in our pot of life. Whether it's sweet, salty, sour, bitter or spicy....it's our decision and behaviour that determine all.

There are sayings which quote: Our behaviour today resembles our parents behaviour when they were about our age. Could this be true? What do you guys think? Of course the genes that we got from our parents more or less affected our behaviour today. But to me, everything depends on that individual. If he inherited a good gene from his parents but he chose to be a bad person, it's his decision that made him a bad person. Agree?


[Irsyad and Muzdahir listening to the words of one-year-old Ziyaad. Irsyad looks soporific, though...haha]




[Zuyyin Arisa...the youngest of all, she had just turned one year old this year. Haven't seen her walking when I was in Malaysia. So cute, adorable, but totally skinny]


[Megat Muhammad Ziyaad, turning two. The only child of andak & uncle bob. Wonder when is he going to get a sibling, hihi. This boy is sooo adorable and mischievous. Hope he'll recover from his heart problem soon]


[This is the pic of my bro and our 'growing up' cousins. From left Azfar, Aiman, Afriz and Azam. Now that me and Aiman had went abroad, Afriz and Azam became the eldest among the cousins. Hope they'll become good role models for the little ones~]

-Miss 'em-

Missing me...

Saturday, 12 December 2009

For the 1000th times today, I fell asleep again during the lecture. I don't know what else I could do to stop that unintended accidental habit. Honestly, it's tiring me out that I have to force myself all the time to stay awake. But I just can't! God...what else can I do? Please help me... I don't want to be called 'sleepers' by any of my friends or doctors. It's rather humiliating. I didn't even plan to sleep! Urghh...help me!!

Right now I feel like closing my eyes tightly and imagining to be at Fraser's Hill...or somewhere else enriched with nature. I just want to see some green views with fresh air and feel the cold air on my skin. Easy to say, I need a break. I need a break from all these dramatic lifestyle I'm having right now. I wish to spend some days with mom, dad and bro somewhere peaceful and green. Or perhaps an island with crystal clear water, white fine sand and calming sea breeze. Hoping that my mind and heart will pull themselves together. Well, that's just my own idea of relaxing or so called 'taking a break' from this topsy turvy life.




Why am I writing in English out of a sudden?? Simply because I want to and I feel like my English is decreasing from something to zero, as a result of lack of usage. Gosh....what a waste. Sometimes I wonder what caused it to happen and what did I used to do to maintain and increase my ability to speak and write in that language. Two years ago, I enjoyed watching movies, programmes, documentaries, sports news, interviews and even tv commercials. I learnt something beneficial for my future from those. I also used to read books, novels, articles and even flyers. And guess what? The dictionary was my best friend. I gained a lot from those habits.

I could speak fluently with courage even in front of public. I participated in the English debate competition three years in a row. I tried writing and composing short stories until I completed a novel. I entered an essay writing competition and won some amount of money. The memories were so sweet that I felt really grateful for having the chances. How I missed those days...



I fell in love with writing about a few years ago, when I was 14, if I'm not mistaken. I felt like I had created a new world, the world of mine in which I designed everything. Moreover, I was not used to share problems with others. So I used writing to express my thoughts. With encouragement from my teachers, I improved my writing skills. I felt really happy when I was writing that I brought the two precious things everywhere I went: a book and a pencil. I believed the saying 'A pen is mightier than the sword' which was painted on the wall of my primary school.

I wrote about everything that happened around me. Every new person I met, when by chance I experienced a wonderful event with him or her, I would write something interesting as a memory. Sometimes I created an imaginary stories after I watched movies that inspired me to do so.

To me, writing is such a beautiful activity to do. But recently, that habit seems to be taken away from me. I can hardly reach a pencil and a book. Or even if I manage to begin a story, it doesn't reach an ending. The enthusiasm at the beginning floats away slowly, very slowly until at the middle of the story, I rub my eyes, close my book and move away from my desk. It's a strange syndrome that takes me away from my favourite habit. This year, I haven't written any story at all, not even a short one. Pathetic, very pathetic (T.T)




Now I have a new interest, quite a nice one though.

-PHOTOGRAPHY-

Not sure what attracts me towards photography, but I just really addicted to it now. From photography I learn new things and skills: The right way to shoot good pics, the right angle, the perfect light, the perfect scene, editing photos, Adobe Photoshop, flickr, stumbleupon, various photography websites and more. I even learn new things about camera. A camera isn't just about taking photos, snapping this and that. It's more than just a snap. It feels like a whole new world...colourful and interesting. Wish to have the latest, most up-to-date unreasonably expensive camera (no matter what brand and model it is, huhu). But that's still just a dream. Perhaps I could request from my future husband one day as a gift. Hehe~




Well, as time passes, things change. But I still miss my old habits and interests. My English isn't that good anymore. And my interest in debate had fade away entirely. The reason for such change might be caused by the fact that 'debaters are liars' and I'm tired of lying just to win the competition. And oh yeah...how could I not forget the strange expression most debaters would give when I started to speak and babble my points out. It's annoying for having to explain that I never live in England and it's not a weird scenario if I use British accent despite I never went to the country. The easiest way....stop debating. Nobody will ask anything. Chill!

I miss to watch tv with my dad, buy new books with mom, watch football matches and commenting them with my brother, write new stories and think the way I used to. Feel like returning to those days and keep them still, not fading away from me.


-confused-

But hey....wake up! I'm here in Egypt now...having to live somewhere alienated at first, but thank God, I'm well-adapted to the environment. But still...haven't found the answer to my major problem: falling asleep during lectures!!

Not interested?? Maybe that could be considered as the reason. But I don't hate medical subjects. I like them of course. Why am I still falling asleep without my will? Pretty strange, huh? Hopefully, this sickness will go away soon....

Demam yang meragam

Monday, 30 November 2009

Kalau dah namanya musim cuti, memang tak sah lah kalau masing-masing tak tengok cerita. Kalau tak satu, dua. Kalau tak lima, sepuluh. Whoaaa.... Banyak tuh! Frankly speaking, inilah budaya mahasiswa mahasiswi yang masih tak berubah. Jangan kata kat Mesir ni je. Kat Malaysia, Jordan, Australia....dan di mana sahaja, anak-anak Melayu tak lari dari budaya sebegitu. Eh...jap. Orang Melayu je ke yang buat camtu ek? Lupe plak nak survey kat India, Cina, Arab....huhu.

Kalaupun ada yang cuba mengelak daripada melakukan hobi yang sama, mesti terkena sedikit tempias atau 'bahang'nya. Lepas tengok satu cerita, satu rumah tu dilanda wabak cerita. Ada saja yang bertindak sebagai pengarah dan pelakon secara suka rela. Dan ada pula yang sekadar menjadi penonton, yang kerjanya mengkritik pelakon2 lain. Senang cerita, masing2 nak buat cerita versi sendiri. Hadehh....

Namun, dari situ kita dapat melihat sejauh mana kemampuan orang di sekeliling kita. Tanpa disangka-sangka, ada yang berbakat besar dalam bidang perfileman nih. Sebagai contoh, aku di sini merasakan tidak perlu menonton drama Melayu kerana setiap hari, ada saja babak menarik atau adegan2 baru yang dipersembahkan di hadapanku. Saban hari ada saja babak menarik yang dilakonkan oleh ahli2 rumah ini siap dengan nada dan reaksi muka yang sangat menghayati watak masing2. Bukan takat tersenyum melihatnya, kadang-kala hampir nak kejang otot perut dibuatnye (ketawa).

Dua watak kegemaranku tentulah tidak lain dan tidak bukan: Kak Ros dan Kak Zah. Mereka sangat berbakat besar, hinggakan aku berasa terhibur dengan kehadiran mereka. Tak perlu susah2 copy cerita daripada orang lain, bukak laptop dan tonton. Dengan adanya mereka, aku dapat tonton drama Melayu secara spontan, anytime....anywhere, huhu. Time baru bangun tidur, time makan, time study, time tengah boring2, time nak gi kuliah, time tido pun ade jugak. Subhanallaah... Unik sungguh ciptaan Allah.

Kebelakangan ini, kami dilanda demam 'Ketika Cinta Bertasbih'. Secara umumnya, aku kurang meminati cerita2 Melayu, juga Indonesia. Tak tahulah kenapa, cuma aku memang 'not into it' sangat, huhu. Ada saja kawan2 yang tak puas hati dengan hakikat tersebut, huhu. Bak kata Kak Zah "Dio ni tak ghoti nengok cito Melayu..." dengan wajah menyampah. Haha. Pape jelah Kak Zah oii.

Bukan sahaja di rumah, di universiti juga hangat diperkatakan tentang kisah KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Sehari dua....aku ok lagi. Masuk hari ketiga, telinga pun jadi panas. Tak habis2 cite pasal tu. Ni tak boleh jadi nih. Aku mesti tengok jugak! (Azam kuat giler...huhu).

Suatu hari, aku menjenguk ke dalam bilik Kak Dhuha. Khusyuk nampaknya dia meneliti laptop Kak Zah. Rupa2nya tengah tonton KCB. Aku pun menumpang lah sekaki. 2 minit....3 minit....5 minit... "Alaa....cite ape ni kak?" aku bersuara sambil bangun. Masih tidak mendapat feel untuk menonton cerita sebegitu. Kebetulan pada masa yang sama, datang Kak Zah membawa seperiuk beras, duduk di sebelahku. "Laa...dah bangun dah budak ni...". Nadanya sahaja sudah cukup membuatkanku duduk kembali. Namun, mataku tidak tertumpu pada laptop, aku membantunya 'membersihkan' beras. Cubaan pertama untuk menonton - GAGAL.

Pada suatu pagi yang damai, pada hari raya ketiga, kami sama2 bersarapan di ruang tamu. Bahagia rasanya, dapat menikmati sarapan bersama-sama semua ahli bait. Kebiasaannya, ada saja yang 'missing' disebabkan kuliah awal. Pada hari cuti beginilah kami memanfaatkan masa secukupnya untuk lebih mengeratkan lagi ukhwah kami. Kebetulan pada waktu itu, Maira sedang menonton KCB dengan khusyuk. Kami pun join lah sekali. Meskipun sudah terpampang di depan mata, masih ada lagi yang bertindak sebagai 'director' di luar cerita. Makin lama makin ramai berlagak sebagai pengarah. Akhirnya... "Weh korang ni...dah la tu. Tengok je la cite nih..." kata Asu yang berusaha memahami cerita tersebut. Aku hanya ketawa melihat telatah masing2.

"Eeiii...apesal lah dia buat camtu...", "Kenapa dia tak tolong kawan dia?!", "Urghh...tak paus hati betul la..." rungutan demi rungutan kedengaran. Akhirnya, aku tak begitu memahami kisah KCB, haha. Tahniah pada diri sendiri. Sungguh, susah nak masuk kalau aku tengok cite Melayu/Indon. Jangan marah ye Kak Zah n Kak Ros, hehe.




Semalam, aku menjenguk la Kak Mira di rumah lain. Sengaja ingin bertanya khabar + mengusha external hard disknya yang sarat dengan kisah2 itu. Setelah diberikan lampu hijau oleh Kak Mira, bagai ribut taufan, aku turun ke rumah dan mengexplore alat tersebut. Meneliti satu persatu tajuk2 cerita yang ada. Tiba2 terjumpa tajuk -Boys Over Flowers-. Teringat suatu ketika, drama Korea ini pernah hangat diperkatakan oleh rakan2 sekuliah. Aku pun ape lagi...copy paste la cite tu. Nak jugak tengok, walaupun dah ketinggalan zaman, hihi.

Memandangkan rakan sebilikku, Kak Zah dan Maira masing2nya ade kelas kat musolla, aku memulakan penontonan. Bagiku, time orang tak de la baru boleh tengok, agar tak mengganggu orang lain. Setelah setengah jam menonton, Kak Zah masuk ke bilik membawa pulang 1001 cerita menarik, huhu. Setelah beberapa ketika mendengar kisah menarik darinya, Kak Zah tumpang sekali menonton. "Cito apo kamu nengok nih?" katanya sambil memandang sebelah mata. Aku pun introduce la cite BOF tu kat dia. Kemudian, Maira plak masuk.

Akhirnya, kami bertiga melekat di hadapan laptop. Senyap sunyi jadinya rumah, huhu. Kisah BOF mempunyai 25 episod. "Alaa...dah nak kul 12 la. Kite terus tengok episod last la..." kata Kak Zah. Idea menarik! Aku pun tak nak tengok lame2, sebab rasenya, cerita tu pusing2 situ jugak. Maka kami pun decide nak tengok episod 1, 2 dan last sekali, 25...haha. Di suatu ketika, datang Kak Ros dari bilik belakang. "Laa...patut la sonyap yo bilik ni. Nengok ceghito ghupo eh...". Kak Ros turut join kami menonton, tapi untuk beberapa ketika sahaja.

Ketika menonton episod last....

"Eh2...dia suke orang tu ke?" aku bersuara.
"Alaaa....xnak la yang tu. Nak yang lagi satu tu..." kata Maira.
"Ha ah...tak best la kalau camtu" tambah Kak Zah.
"Tu la....kite tak tengok episod lain...".

Habis saja drama tersebut....

Semuanya: "Arghh...tak puas hati la!"

HAHAHA....baik xyah tengok. Hadehh.... Senang cite, buat la drama sendiri, hihi. Mesti puas hati punye.



Fenomena kisah KCB turut melanda sahabat2 Jordan. Mereka dengan excitednya bertanyakan tu dan ini kepada kami di Mesir, memandangkan filem tu shooting di Mesir. Yang di Mesir ni lagi la pulak... "Waahh...tu kuliah banat!!", "Eh2...tu Restoran El-Borg tu kan??", "Ni kan Hussein kan?? Bestnye...". Pergh...excited giler kentang masing2nye. Macam ade kat dalam filem tu pulak.

Sekarang ni, masing2 memasang cita2 nak menonton Nur Kasih episod last. Kalau nak diikutkan, aku lah akhawat kat rumah ni yang tak pernah menontonnya walau sedikit pun. Hanya mendengar komentar dan kritikan daripada rakan2 lain tentang drama tersebut. Semua orang bagaikan 'nak gila' dibuatnya. Memburu sesiapa sahaja yang memiliki episod terbaru Nur Kasih. Astaghfirullahal 'aziiim....

Bak kata Ain: Kalau belum penah tengok, jangan cuba nak tengok. Nanti tak boleh nak kawal.

Aku hanya tersenyum mendengar pendapatnya. Mujurlah aku ditakdirkan untuk tidak begitu menjiwai drama sebegitu. Kalau x...uishh...na'udzubillaah...

Pada masa post ini ditaip, segelintir mereka masih lagi mencari2 siapakah yang memiliki episod akhir Nur Kasih. Harap2 la diorang cepat dapat cite tu, tengok, dan settle kan sume sementara masih cuti nih. Kalau kuliah dah bukak, rugi lah nanti. Guna masa study untuk menonton + mengkritik + mengarah + berlakon....haha.

Perjalanan hidup yang mematangkan diri

Wednesday, 25 November 2009

Minggu ni merupakan minggu yang......huh, tak tahu macam mana nak cakap. Terzahir keletihan dan kelesuan di wajah sahabat-sahabat seperjuanganku. Masing-masing berjuang habis-habisan bagi mendapatkan yang terbaik untuk exam kali ni. Ini baru formative test. Hanya 10% markahnya akan di bawa ke final. Namun, penangannya cukup besar, cukup memberi kesan, cukup memberi pengajaran kepada kami. Ulang kaji dan persediaan yang kami lakukan bagi menghadapi exam kecil kali ini membuatkan aku tertanya-tanya bagaimanakah keadaannya ketika exam final nanti. Ya Allah...permudahkanlah segala urusan kami. Tanpa bantuanMu, kami tak mampu menghadapi segalanya.....



-L.E.T.I.H-


Aku mula menyedari betapa perlunya sebuah pengorbanan itu apabila suatu hari, aku datang ke dewan kuliah dan menyedari lebih separuh budak lelaki 'missing'. Pada mulanya, aku buat relax je. Di akhir kuliah, aku bertanya kepada 'Atiqah, ke manakah perginya jejaka-jejaka lain. Jawab 'Atiqah.... "Diorang study Histo. Frust la semalam...". Aku terkedu mendengar jawapannya. Ya, memang aku frust. Begitu juga beberapa sahabat yang sempat aku jumpa sebelum pulang selepas exam Biochemistry. Tiada seorang pun yang mengukir senyuman di wajah ketika itu. Masing-masingnya mengeluh..."Susah laa..", "Teruknye!", "Huwaa...sedihnye..." dan sebagainye.

Tiada kata keluhan yang mampu aku lafazkan ketika melihat result exam Biochemistry yang mengundang atmosfera 'frustration' dalam kelas kami. Rendah, cukup rendah markah yang diperolehi meskipun aku berasa yakin ketika menjawab soalan. Pada mulanya seakan tidak percaya, namun setelah menyedari keadaan sekeliling yang dipenuhi reaksi yang sama, aku redha menerimanya. Namun aku tidaklah berasa terkilan kerana Allah telah mengizinkan aku mengulang kaji pelajaran tersebut dengan baik dan habis dibaca semuanya (sesuatu yang tak pernah terbuat time skolah dulu...huhu).

Majoriti pelajar lelaki mengambil keputusan untuk tidak hadir ke kuliah bagi mengulang kaji pelajaran di rumah. Ye...siapa yang tak frust? Dan kalau dah frust, siapa yang nak frust lagi sekali? Lebih baik study bermati-matian supaya dapat result yang berkali-kali ganda lebih baik. Alhamdulillah...selepas exam Histology pada hari berikutnya, wajah-wajah ceria yang dapat ku lihat di sekelilingku. Lega...masing-masing bersyukur kerana dapat membawa secebis harapan dan bekalan yang cukup untuk final exam. Namun aku berbangga dengan sahabat perempuan, kerana walaupun tak ponteng kuliah, kami tetap dapat score dengan baik. Tahniah semua!

-Tak cukup masa-

Itulah antara keluhan-keluhan yang banyak kali ku dengar sepanjang minggu ini. Benar, aku juga mengaku seakan-akan tak cukup masa untuk mengulang kaji. Ramai antara sahabat-sahabatku yang mengeluarkan ungkapan "...tak habis baca lagi...". Ya Allah...cukup runsing diri ini apabila mendengar kata-kata sebegitu. Bagaimanakah keadaan kami tahun depan? Dengar cerita, tahun 3 merupakan 'The Killer Year'. Whoaa...tak dapat nak bayangkan.

Jadi...masa adalah faktor utama? Betul ke? Aku tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Namun, aku harus mengakui kesilapanku kerana baru sekarang aku menyedari betapa berharganya MASA bagi kami, pelajar perubatan (nasib baik sedar...). Sudah ku gunakan masa dengan tahap hampir maksimum pada minggu ini, namun hasilnya tidak mencapai apa yang diharapkan. Jadi maknanya, tiada masa yang boleh dibazirkan selepas ini bagi keuntungan masa hadapan (especially untuk final exam!).




"Blaja medik ni susah la" kata seorang sahabatku selepas exam Biochemistry. Aku tak mampu menjawabnya, apatah lagi membantahnya. Tidak juga aku menyokong penyataannya. Hanya mampu mengukir senyuman terpaksa. Susah ke? Tipulah kalau kata tak susah. Nak kata senang pun tak. Ini baru belajar. Dah kerja nanti macam mana ye? Soalan ini sering kali menjadi topik hangat yang dibincangkan oleh pelajar perempuan. Macam mana kerjaya? Macam mana pula keluarga? Adakah salah satu perlu dikorbankan? Bagaimana nak seimbangkan kedua-duanya? Wallahu a'lam.

Kata seorang sahabat di Malaysia pula, "Ko yang pilih nak ambik bidang ni, ko kena la hadapinya. Sesusah mana pun, jangan pandang belakang...". Hmm...terima kasih sahabat. Teringat satu quote: WINNERS NEVER QUIT, QUITTERS NEVER WIN. So, teruskan perjuangan sahabat-sahabatku! Moga menjadi doktor muslim yang bermanfaat untuk umat.





Minggu ini juga kami menghadapi satu persoalan yang cukup kurang disenangi.

-DUIT-

Mengarutlah kalau kata kita tak perlukan duit untuk hidup. Dan lebih mengarutlah kalau kata kita perlu hidup untuk duit. Secara ringkasnya, kita perlukan duit untuk hidup kerana beberapa perkara yang tidak dapat tidak, memerlukan duit untuk mempermudahkan urusannya. Namun kini...manusia seolah-olah menjadi hamba kepada duit. Berpagi-pagian untuk duit. Membuat kerja overtime untuk duit. Membuat amal kebajikan juga untuk duit. Segalanya tentang duit. Pendek kata, orang zaman sekarang ni tak dapat hidup tanpa duit. Atau lebih sopannya, 'susah' dan 'sakit' bila tak cukup duit.

Hidup di negara orang memerlukan kami menguruskan kewangan dengan baik sekali. Namun akhir-akhir ini, terdapat segelintir kami yang terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan di sini. Bukannya duit tak ada langsung, kami hanya berjimat-cermat untuk kemaslahatan masa hadapan. Jauh sekali kami berniat untuk meminta wang dari ibu bapa di kampung. Sudah mendapat tajaan, tidak perlu lagilah rasanya kami membebankan ibu bapa. Namun kadang-kala pengorbanan BESAR harus dilakukan.

Melihat sahabat-sahabat yang mendapat pinjaman dua kali ganda mendapatkan khidmat tuisyen, berupaya tinggal di rumah sewa yang jauh lebih dekat dengan kuliah dan jauh lebih kondusif, kami hanya mampu tersenyum paksa. Ada ketikanya, hidup ini seolah-olah tidak adil bagi kami. Namun, menyedari terdapat juga sahabat-sahabat yang jauh lebih susah dari kami, kami insaf dan bersyukur. Sekurang-kurangnya, ada juga bantuan kewangan agar kami tidak perlu meminta dari ibu bapa kami.

Untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan seperti yang diperolehi sahabat-sahabat yang agak beruntung...hanya menjadi mimpi buat kami. Namun semuanya menjadi pengajaran dan pengalaman agar kami lebih bersedia menghadapi masa hadapan yang tidak diketahui mehnah dan cabarannya. Ya Allah...janganlah Kau jadikan dunia ini sebagai keutamaan di hati kami. Tempatkanlah kami di kalangan hamba-hambaMU yang bertaqwa. Amiiiin....




Kesimpulannya, segala permasalahan yang berlaku pada diri dan orang sekeliling sebenarnya mengandungi pengajaran besar di sebaliknya. Sebagai manusia, kita tidak lari dari fitrah seorang hamba yang lemah dan hina. Oleh itu, berdoalah selalu agar kita tidak terkeluar dari landasan yang diredhaiNya dan agar keyakinan terhadapNya terus kukuh hingga ke akhir hayat~

Study + genius = ?

Thursday, 19 November 2009

Hatiku berdegup kencang tatkala melihat reaksi pada wajah Dr. Syaheera. Perasaan tak tentu arah, kurang selesa dan tak senang duduk menguasai diri. Skrin monitor yang memaparkan soalan2 Anatomy ku biarkan begitu saja. Tak tergerak pun hati ini untuk cuba menjawabnya. Masih berbaki separuh lagi soalan yang belum ku jawab.

Mataku lebih tertumpu kepada 2 makhluk Allah. Setiap gerakan bibir dan reaksi pada wajah Dr. Syaheera ku perhati dalam2. Begitu juga Munzir yang sudah siap sedia untuk meninggalkan bilik komputer. Aku seakan-akan tidak percaya. Munzir dah siap?? Tak boleh bla betul!! Dia lah antara orang yang paling last masuk makmal tu. Camne dia boleh jadi yang 1st keluar dari situ? Bertalu2 pertanyaan menghujani otak yang semakin dihimpit kekeliruan tatkala cuba menjawab soalan Anatomy yang sememangnya sangat direct itu. Huh.

Setelah sekian lama memerhati, aku kembali ke alam nyata, berperang dengan diri bagi menjawab soalan2 tersebut. Terasa hampir gugur jantung ini apabila memikirkan betapa senangnya soalan yang diberikan - kalau aku habis baca & ingat semua! Tapi takziah pada diri, kerana tidak memaksa kemampuan yang diberikan oleh Allah untuk digunakan secara maksimum.

Agak lama juga aku termenung menatap skrin komputer yang seakan-akan blank sedangkan ia dipenuhi soalan yang belum terjawab. Dinie dan Aida di sebelahku sudah berkali-kali recheck jawapan masing2. Huzaifah pula sudah bangkit dari kerusi, sambil menjawab pertanyaan Dr. Syaheera: "Not good..." kata Huzaifah sambil tersengih bercampur cemas. Mendengar kata-katanya aku menjadi semakin tak tentu arah. Urghhh....camne la result aku ek??





Tamat saja kelas Biochemistry semalam dan setelah selesai solat maghrib, seperti biasa ada saja isu yang menjadi topik perbualan aku dan Sakinah sambil menunggu tremco yang tak nampak2 bayangnya. Kali ini topik perbualan kami hanya tertumpu kepada 1 isu sahaja iaitu MUNZIR. Bukannya kami mengumpat itu dan ini....cuma tak dapat lagi nak diselindungkan betapa kagumnya aku dengan kemampuan jejaka yang setahun lebih muda dari aku tu.

Persoalan yang timbul: Adakah dia genius???

Monolog dalaman yang sentiasa bermain dalam hati kami akhirnya terzahir semasa perbualan tersebut berlaku. Hal ini tidak lain dan tidak bukan...hanyalah disebabkan markah yang diperolehi oleh Munzir time exam Anatomy tadi ialah....29/30!! Dan dia menyelesaikan semua soalan tersebut dalam masa kurang dari 8 minit. Huh??

Mengucap, bertahlil, bertakbir, bertahmid panjang aku ketika mendengar kata2 Sakinah. Namun aku tidak surprised sebab awal2 lagi aku dah surprised melihat wajah Dr. Syaheera tengah hari tu. Bukan senang nak tengok muka seorang doktor menzahirkan reaksi IMPRESSED pada seorang pelajar Malaysia. Aku bangge ngan ko Mun! (Walaupun bukan aku yang dapat...tapi still bangge ade gak wakil Malaysia, N9 & ex-SHAMS....hehe)

GENIUS-

Itu saja kesimpulan yang dapat kami buat untuk hamba Allah yang bijak itu. Dengan gayanya yang bersahaja semenjak dari bangku sekolah lagi dan tiada pernah seorang pun rakannya sibuk memperkatakan tentang 'Munzir study giler2...', ape lagi konklusinye kalau bukan genius. Betul x?? Hihi...tiada keraguan lagi.

Bercerita tentang kelebihan orang lain kadang kala membuatkan kita terasa kekurangan pada diri. Namun semalam, alhamdulillah....kami sama2 sedar dan mensyukuri nikmat2 yang dikurniakan oleh Allah. Cukup sifat, hidung x tersumbat, mata x juling, otak balance, masih ada Iman dan Islam....ALHAMDULILLAAH~

p/s: Mesir kalah kelayakan piala dunia against Algeria. Hari2 esok bakal dihiasi ketenangan + xperlu susah2 beli hon! :P

SEMANGAT!

Sunday, 15 November 2009

Semalam aku telah menyaksikan kehiruk-pikukkan yang telah berlaku disebabkan penyokong2 bola sepak Mesir melakukan parade beramai2 di setiap jalan raya utama. Memang dah perasan, dari minggu lepas lagi ramai penjual2 bendera Mesir dah sibuk melariskan jualan di jalan2 raya. Namun hati masih tertanya2...ade ape? Match bola ke? Seronok gak kalau dapat tengok...hihi (mimpi je la...).

Semalam, habis je lecture Biochemistry, kami pun macam biase la berpusu-pusu menuju ke surau atau masjid untuk solat zohor. On the way to the destination, terdengar bunyi hon sambung-menyambung tanpa henti. Bunyi yang mengalunkan sejenis lagu. Sekali dengar rase cam bising je. Dengar lagi...rase cam syok plak hehe. Tak sabar rasenye nak ke kawasan menunggu tremco untuk melihat ape sebenarnye yang telah terjadi. On the way ke surau, bertembung pulak dengan gadis2 Arab yang berpakaian tema MERAH, PUTIH, HITAM. Aihh...ade ape2 ke hari ni?? Pelik2...

Selesai solat, aku dan Sakinah bergegas ke kawasan menunggu tremco. Biasanya, kami akan bertarung dengan maut tiap kali nak melintas jalan raya kat luar Universiti tuh. Dengan jalan yang super lebar dan kereta yang dipandu macam Fast & Furious, dari hari ke hari, skill melintas jalan makin profesional, huhu. Tapi semalam, kami dapat melintas dengan berjalan sambil lewa disebabkan berlakunya kesesakan jalan raya yang teruk giler kentang. Pada masa yang sama, berlaku pencemaran bunyi yang andainya berlaku kat Malaysia, dah lame kena tahan polis...huhu. Ntah camne nak describe keadaan time tu. Senang cite...aura semangat peminat fanatik orang Mesir ni memenuhi segenap ruang yang ade.



Aku saspek...akan berlangsungnye perlawanan bola dalam masa terdekat ni. Mungkin malam ni? Atau esok? Atau minggu depan?? Sambil2 bermonolog dalam hati, aku khusyuk memerhatikan bas2 dan van2 yang mengangkut peminat2 fanatik team Mesir. Mereka dengan semangatnya menyanyikan lagu2 bola siap ngan gendang lagi. Ade gak yang pasang radio kuat2. Bendera Mesir of course la berkibar di mana2. Setiap kereta, motor, teksi, van dan bas mesti ade bendera tuh. Teringat bulan kemerdekaan kat Malaysia...huhu.



Aku pun tanpa berlengah lagi, snap la banyak2 fenomena yang sedang berlaku. Bukan senang nak tengok situasi camni. Live plak tuh! Silap2 boleh masuk tv! Hahaha...

Aku menghampiri seorang mak cik yang sedang menunggu tremco. Dia sengih je tengok aku ambik gamba. Heee...mane tak semangatnye mak cik. Bukan senang nak jumpe peminat fanatik bola nih. Terasa terpanggil untuk turut serta (huh??? merepek je....). Mak cik tu kata...Mesir lawan bola malam ni. Piala dunia. Lawan negara...erm...aku tak paham ape dia cakap.



Setelah beberapa abad menunggu, datang la sebuah bas pendek berwarna putih yang akan menuju ke 'Abbas 'Aqqad. Aku ngan Sakinah meluru la naik bas berkenaan disebabkan ada urusan kat sane. Harap2 jalan x jam ler...huhu.

Sangkaan kami meleset teruk apabila jalan raya sesak giler. Penuh dengan kenderaan dan manusia yang berpusu2 ke destinasi yang same. Aduiyaiii....macam2 hal. Setibanya di 'Abbas 'Aqqad, kelihatan sekumpulan manusia berkostum hitam, merah dan putih sedang berhimpun membuat satu kumpulan yang besar. Dari jauh kami lihat seperti ada satu perarakan yang sedang dilakukan. Dengan gendang yang dipalu kuat, nyanyian lagu semangat yang rancak, kelihatan juga tarian2 jalanan yang mereka persembahkan serta beberapa buah lori stesen TV turut kelihatan. Aku dan Sakinah tersengeh dari jauh. Menarik nih....

Perarakan yang berlangsung bagaikan tiada kesudahannya. Setelah puas memerhati dan merakam, kami pulang ke Hayyu Sabi'. Kawasan Sabi' tak lah terlalu bising. Tapi still kedengaran bunyi hon sambung-menyambung, huhu.

Malam tu....bermulalah pesta bola. Sorakan demi sorakan kedengaran di setiap ruang. Kami yang berada di dalam bangunan menjadi tidak menentu tiap kali mendengar sorakan. Ape lagi...bergegas la keluar rumah nak tengok ape jadi. Ada yang bakar bunga api, melompat2 sambil bersorak, berjoget pun ade. Ish3.... Sampai camtu skali.

Akhirnya...dalam pukul 9 lebih, berakhirlah perlawanan yang mengundang 1001 suasana tu. Keputusannya? Mesir menang 2-0. Patut ler meriah x bleh bla. Maka kami pun disajikan dengan bunyi-bunyian hon dan sorakan sampai la pukul 2 pagi. Terima kasih banyak2!! Huhu....

Kalau dah semangat, macam2 boleh berlaku. Aku pun turut terkena tempias semangat diorang. Semangat peminat bola ni lain macam sket. Tak tau la nak describe macam mane. Tu belum menang World Cup lagi. Kalau lawan final...camne la agaknye ek? Huu...xterpikir keadaannye.

Teringat kata2 seorang senior: KITA KALAU NAK SOKONG SESUATU NI, BIARLAH SEBAB FAHAM, BUKAN SEBAB SEMANGAT.

Yeaa...aku stuju sangat ngan kata2 tuh. Kalau takat semangat, boleh jadi putus asa dan kecewa. Contohnye, kawan2 aku dulu sokong Arsenal. Pastu, Arsenal main ntah pape, mule la sokong Chelsea. Haha...macam lalang plak. Hakikatnye, dua2 same je :P. Bukan takat bola je. Ape2 pun yang kita lakukan dalam dunia ni, termasuklah politik skali. Biarlah kita sokong sesuatu kerana faham, bukan sebab semangat, apetah lagi ikut2 orang lain. Sebabnye, kalau benda tu jatuh, atau kalah, atau kurang berjaya...orang yang faham akan tenang menerimanya. Manakala orang yang sokong atas dasar semangat akan kecewa tahap dewa. Sama2 fikirkan....

p/s: semangat nak exam...heee~

Yang Sebenarnya

Sunday, 8 November 2009

Ditengah2 kesibukan kota Cairo, aku duduk mengelamun di dalam tremco yang dipandu laju oleh 'ammu yang berwajah serius. Sedikit pun aku tak endahkan perilaku penumpang lain. Begitu berbeza dari kebiasaannya, dimana aku gemar memerhatikan gelagat manusia, makhluk terbaik ciptaan Allah. Namun tidak pada hari itu. Mindaku lebih tertumpu pada isi didalamnya, mencuba untuk menghalang input baru daripada masuk, dan mengganggu fail2 lama yang cuba dibaca kembali.

Aku mengakui, minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi diriku yang sudah lama tidak menyibukkan diri ini. Pelbagai event penting yang perlu aku libatkan diri berlangsung dalam minggu ini. Bagaikan sudah tiada minggu hadapan, manusia di sekelilingku mahukan segalanya settle secepat mungkin. Benar juga....siapa tahu apa akan terjadi pada minggu hadapan. Esok juga belum tentu aku masih diberi kesempatan olehNya untuk menghela udara halimunan kurniaanNya yang sering dipandang ringan. Senang cerita, eloklah selesaikan segalanya awal2, agar dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

MENGELUH... Juga perlu ku akui, aku cukup sensitif dengan perkataan mahupun perbuatan itu. Jikalau sekiranya diberikan kuasa ke atas mereka yang mengeluh, ingin saja aku cubit2, huhu. Bukan apa, tiada sedikit pun keuntungan yang kita perolehi daripada mengeluh. Bawak2lah berdoa...ada juga manfaatnya. Namun sebagai manusia yang lemah dan hina, diri ini juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan yang sama. Harapnya, sentiasa mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung.



(gamba sekadar hiasan...)

Sejenak aku merenung ke luar tingkap, melihat ke arah yang tidak tentu halanya. Ku perhatikan langit yang luas terbentang, bukti betapa berkuasanya Allah yang menciptakan diri ini. Ku cuba ingati kembali, betapa banyaknya kemungkaran yang telah sepasang mata ini lakukan. Sungguh, manusia terlalu sombong dan selalu leka. Aku bertanya pada diri...sejauh manakah telah ku manfaatkan sepasang mata berharga itu? Langit sentiasa terbentang luas, menjadi bukti kebesaranNya. Berapa kerap sangatkah mata ini merenungnya untuk mendapatkan keinsafan? Barangkali mata ini lebih banyak merenung laptop dan medium hiburan lain. Astaghfirullaaahal'aziiimm....



(gambar yang xde kena mengena)

Tatkala diberikan suatu tugasan, terasa bagaikan satu bebanan. Apatah lagi apabila tugasan datang menghujani diri secara serentak. Terasa berat bahu ini, bagaikan seketul batu besar diletakkan di atasnya. Namun, tidak pernahkah sedar selama ini, semenjak lahirnya diri ini, semenjak mengakunya diri ini Allah itu sebagai Tuhan, Islam itu sebagai agama dan Muhammad itu sebagai Rasul....bahawa, aku telah pun diberi tugasan yang besar. Besarnya melebihi Gunung Everest, beratnya tidak terlawan beratnya bumi ini. Ketika itu, diri ini bersedia menerima tugasan itu. Berjanji untuk melaksanakan amanah itu.

Tapi mengapa aku sering leka dengan amanah paling besar yang diberikan oleh Tuhanku? Mengapa lebih ku runsingkan tugasan duniawi pemberian manusia? Mengapa tidak ku ambil berat amanah yang telah aku berjanji untuk menunaikannya semenjak hari aku diciptakan dahulu?? Ya Allah...betapa hinanya diriku ini. Betapa alpanya hambaMu ini. Ampunkan dosa2 ku Ya Allah....

MENYURUH KEPADA KEBAIKAN, MENCEGAH KEMUNGKARAN & BERIMAN KEPADA ALLAH~

Itulah amanah yang telah aku dan manusia2 di sekelilingku berjanji untuk tunaikan pada hari kejadian kita dahulu. Persoalannya, sudah tertunaikah? Jika sedang ditunaikan, sudah selesaikah? Sudah mencukupikah? Bagaimana pula dengan yang tidak sedar...atau tidak tahu wujudnya amanah ini? Siapakah yang bertanggungjawab memberi peringatan? Adakah hanya ulama',para pendakwah, ustaz dan ustazah, guru2 di sekolah sahaja?



Merenung ke bumi yang terbentang luas, di atasnya berjalan segala macam jenis manusia. Manusia yang unik, dikurniakan Allah pelbagai jenis pemikiran, memiliki seribu satu pendapat dan pemahaman tersendiri. Jika ditanya kepada 10 orang apakah matlamat hidup mereka....nescaya 10 jawapan berlainan yang akan diperolehi. Inilah buktinya manusia unik dari setiap sudut. Ada yang hidup untuk wang, hidup untuk generasi akan datang, hidup untuk berjasa, hidup untuk mati, hidup untuk berjaya....dan macam2 lagi. Maka berfikir diri ini... Tatkala memberikan jawapan sebegitu, apakah yang terlintas di hati? Mungkinkah terdapat sedikit kesedaran di hati ketika itu bahawa diri dicipta untuk menghambakan diri padaNya? Atau...mungkinkah jawapan sekadar berdasarkan perasaan? Mari kita muhasabah diri.

-TIADA BEZANYA AKU, KAMU DAN DIA. KITA SEMUA MANUSIA. YANG MEMBEZAKAN KITA HANYALAH TAQWA-

(-_-)v

Action Speaks Louder Than Words

Saturday, 24 October 2009

Saban hari aku memikirkan masalah umat, terutamanya wanita akhir zaman ni. Ayat seperti agak membajet di situ, tapi memang benar, apa yang berlaku sekarang ni amat membimbangkan. Bimbang juga diri terpengaruh dengan tusukan halus yang bisa membinasakan diri sendiri. Na'udzubillah......

Kali ni aku hanya ingin memperkatakan tentang satu isu mudah: MENGUMPAT. Seperti yang telah ku dengar selama ini melalui ceramah dan tazkirah, syaitan tidak menyuruh kita melakukan sesuatu maksiat. Syaitan hanya mencantikkan perbuatan maksiat itu di hadapan mata kita. Maka, kita yang terdorong oleh nafsu yang kuat dan iman yang lemah, tertipu dengan hiasan yang diada-adakan oleh musuh kita. Jadi, dalam hal ini, siapa yang lebih bersalah sebenarnya? Kita sering menyalahkan syaitan, namun kita sendiri yang tewas dalam mengawal diri dan nafsu.

Berbalik kepada tajuk asal: MENGUMPAT. Nak tak nak, kita akan berhadapan dengan situasi mengumpat setiap hari. Walau macam mana pun kita mengelak, mesti jugak terkena pada diri. Sama ada diri sendiri yang memulakan umpatan, atau kita join orang lain mengumpat, atau kita syok dengar orang lain mengumpat. Haaa....maka dengan pemikiran logik akal, kita sentiasa membuat ketupat setiap hari. Bak kata orang dulu2....buat 'dosa kering'.

Bagi mengaitkan perenggan kedua dan ketiga....

A: Weh, ko tau x...kawan umah aku tu kan...pemalas sangat nak masak. Sampai kadang2 tu kebulur kitorang dibuatnye.
B: Yeke? Ish3...teruk betul perangai....
C: Eii...korang ni xbaik la mengumpat.
A: Alaa...kitorang nak bagi pengajaran, supaya orang lain x ikut.
B: Ntahnye...
C: Patutnye, ko nasihatkan kawan ko tu supaya rajin masak, bukannya mengumpat pasal dia. Kalau ko teruskan mengumpat, dia still malas gak. Ko pun kebulur gak. Haa...dua2 pun rugi.

Di sini dapat dilihat, betapa kita telah mencantikkan perbuatan mengumpat tersebut. Dalam kata lain, kita dah 'redefine' maksud mengumpat yang asalnya perbuatan yang ALLAH tegah seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Aku pun tak pasti tentang orang lelaki, tapi wanita zaman sekarang gemar sangat memperkatakan tentang keburukan orang lain, dengan alasan untuk memberi pengajaran. Hakikatnya, tiada apa pun yang berubah pada diri orang yang diumpatnye, kerana dia tidak mendapat sebarang nasihat atau pun teguran yang sepatutnye.

Kan senang kalau kita nampak je seseorang buat kemungkaran, kita terus tegur dan nasihatkan dia. Tak perlulah menceritakan pada orang lain melainkan kita sendiri tidak tahu cara intuk menegurnya. Menceritakan masalah orang lain haruslah dengan niat untuk membantunya, bukan untuk membuka aibnya. Namun, zaman sekarang ni....semuanya dah terbalik. Kadangkala aku terfikir juga, betapa banyaknya dosa orang yang mengumpat ni jika dibandingkan dengan orang yang diumpatnya. Katakan lah orang yang diumpat tu hanya buat kesalahan kecil, seperti terlajak tidur hingga terlepas waktu Subuh. Kawan2 yang lain ni pulak...mulalah pot pet pot pet...mengumpat pasal dia. Sape yang lagi banyak dosa sebenarnya? Sia2 je kawan2 tu mengumpat, sedangkan dia boleh mengelak daripada buat dosa tu.

Aku tulis ni pun sebab dah banyak kali berhadapan dengan situasi yang sama. Ada je yang bermurah hati nak cerita pasal orang tu, orang ni. Tapi bila kita mencadangkan sesuatu untuk dilakukan bagi menyelesaikan masalah tu, macam2 pulak alasan yang diberi. Kadang2, xmahu buat langsung. Cuba fikir....what's the point of telling about others kalau kita xnak tolong dia? Nak biar orang lain menyampah dengan dia ke? Takkan sampai macam tu sekali kan.....

Hati pun tak senang bila orang menceritakan keburukan orang lain kat kita. Bayangkan kalau orang lain mengumpat yang bukan2 pasal kita. Tak ke panas telinga, membara hati?

Kan lebih baik kita tegur terus orang yang buat kesalahan dengan niat nak membantu dia. Dia boleh berubah, kita dapat pahala. Sama2 untung. Kalau tak, takkan lah ALLAH haramkan perbuatan mengumpat tu.

Jadi, sebelum buat apa2 tindakan yang merugikan diri sendiri, eloklah kita sama2 fikir baik buruknye. Jangan sampai kita terpedaya dengan syaitan yang mencantikkan perbuatan dosa di mata kita. Wallahu a'lam~

Kedekut

Thursday, 15 October 2009

Antara berjimat cermat dan kedekut, apakah perbezaannya? Otak mula ligat memikirkan jawapannya tatkala ribut tsunami datang melanda diri. Aku ni jimat ke kedekut?

Apabila mengetahui bencana teknologi yg melanda diri ini, kawan2 ku mula bersuara. " Ko ni memang kedekut la. Padan la laptop ko wat hal". Gulp. Terasa dicekik disitu. Tiada sepatah kata yg keluar dr mulutku untuk membangkang. Tidak juga aku bersetuju dengan penyataannya. (Orang bajet macho memang macam tu, hehe)
Beberapa hari lepas, bencana teknologi datang menimpa laptop kesayangan. Angin tak, ribut pun tak, tiba2 vaio comel (cam tuan dia) merajuk tak pasal2. Puas aku pujuk, tapi tak menjadi jugak. Keresahan melanda apabila terkenangkan pengalaman kawan2 yg pernah mengalami kerosakan laptop. Tidak terbayang fenomena yg sama akan berlaku.

Setelah puas memerah otak memikirkan apakah masalahnye dengan cik vaio tu, barulah aku teringat yg anti virusnye dah lama luput. Tak henti2 dia meminta aku update tapi sering ku tangguhkan niat suci itu. Bukan ape, aku xreti nk update tanpa perlu bayar ape2. Membazir la kalau asyik kena bayar je time nak update kan? Kedekut ke namenye tu? Aku rase x...huhu. Penah jugak teringat nak beli je software antivirus yg ori. Tapi juga ditangguhkan sebab harga software dekat nak ratus. Pikir2 balik, kalau aku beli pun x rugi, huhu.

Kata orang, dlm komp dan laptop elok ade banyak partition. Kalau ade C je, elok la tambah D dan seterusnya supaya selamat. Kalau x, beli la external hard disk. Habis cite. Atas beberapa sebab munasabah, aku turut menangguhkan niat nak beli benda tu. Tunggu sampai duit biasiswa masuk (lambat gile mengalahkan siput sedut). Mane taknye, harga sebuah external hard disk bukannye 50 genih. Kalau x, dah lame aku borong. Bajet nak tunggu harga kat pasaran menurun la. Ntah bila la agaknya.

Tangguh punya tangguh, maka tibalah hari yg mengubah segalanya. Bencana misteri yang melanda vaioku menyebabkannye perlu di set up semula. Maka..kalau kata set up tu, paham2 je la. Sume khazanah yg terkandung didalamnye akan lenyap. Gamba raya bersama keluarga, guru n rakan2 paling ku sayangi lenyap sekelip mata. Tiada kata mampu dilafazkan, huhu.


Tapi bagiku, tiada perlu untuk menangisi kelemahan objek ciptaan manusia. Bersyukurlah iman masih di dada. Satu2nya khazanah yg andainya hilang, maka tiada lagi ertinya hidup. Na'udzubillah..

Barangkali Allah ingin menunjukkan hikmah besar di sebalik kejadian kecil ini. Mungkin kerana banyaknya perkara melalaikan telah kulakukan dengan vaio itu. Tidak tertanggung olehnya segala yang melalaikan itu. Kufikirkan juga andainya ku miliki sebuah external hard disk yg khabarnya harus dimiliki oleh semua, apakah yg mungkin ku isi di dalamnya? Lagu2 terbaru? Filem box-office? Drama bersiri korea n jepun?

Sesungguhnya, hampir seluruh external hard disk milik org lain yg pernah ku gunakan, hanya dipenuhi dengan perkara2 melalaikan tadi. Maka aku bertanya..untuk apakah semua itu? Mereka sanggup menghabiskan ratusan duit bagi mendapatkan sesuatu yg melalaikan mereka. Jarang..amat jarang sekali aku menemui hard disk yg dipenuhi dengan perkara bermanfaat. Ketika itu terdetik di hati, mungkin kerana itu ALLAH menutup pintu hati ini dari mengeluarkan wang dah harta untuk tujuan itu. Aku bersyukur aku kedekut dalam bab tu, huhu.

Tiada guna menangisi kehilangan harta dunia. Iman dan amal yg penting untuk dikekalkan selamanya~
Related Posts with Thumbnails