Januari 2011
-Egyptian Revolution tercetus. Setiap saat menjalani kehidupan ketika itu dirasakan seperti berada dalam action movie. Kejap-kejap rasa tak sabar nak dengar bunyi bom. Kejap-kejap rasa cuak pulak jangan lah ada perang-perang ke ape. Paling gelabah bila ATM semua tak berfungsi, duit tak ada dalam tangan pulak tu. Tawakkal memang tinggi habes! Alhamdulillah...masih boleh hidup. Bila semua orang disuruh pindah, kami di imarah Malaya la yang paling liat sekali. Rumah selesa, buat ape nak pindah ye tak? Bila dengar khabar angin bahawa semua akan diangkut pulang ke Malaysia, kelam kabut pack barang pindah segera! >__<
Februari 2011
-Dapat balik Malaysia secara percuma. Heaven! (doa-doa dapat lagi balik free. tapi bukan sebab kekacauan la)
-Arwah datuk saudara meninggal dunia setelah menghidap kanser hati (liver cancer).
Mac 2011
-Majlis makan-makan Menteri Besar dengan pelajar2 Mesir Negeri Sembilan. Kena duduk semeja dengan VVIP! Peh! Takkan ku biarkan ia berulang! http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/03/meja-no-1.html
-Abang sepupu ku yang sulung berkahwin. Alhamdulillah, Allah beri peluang aku hadir pada majlis mereka. Syukur :)
-Birthday ibu. Aku bagi ape ek? Tiap-tiap tahun bagu hadiah bosan -___-. Tapi semakin hari semakin sayang! ^___^
-Pulang semula ke Mesir. Dengan harapan dan semangat baru. Mesir revolusi, kita pun mesti revolusi!
-Balik Mesir naik Emirates kot! Tak payah bayar ape2 pulak tu. Thank You Allah :)
-Aku membuat keputusan untuk memberi Betty ke rumah anak angkat (pet shop). sobs.... (ahhh...lupekan!)
April 2011
-Tak tau la aku mimpi apa sampai boleh masuk pertandingan Public Speaking sempena Medicophilic Month. Aku kena hack ke time tu sampai boleh participate? Entah....haha. Yang ni pun aku takkan biarkan berulang lagi >__< http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/04/powerpuff.html
-Birthday ayah. Tak bagi apa-apa, cuma meninggalkan sekeping kad birthday sebelum balik Mesir pada Mac yang lalu. Sayang ayah!
May 2011
-Mula lah musim exam final. Baru mula nak gelabah. Awal-awal semester dulu tak reti-reti nak study! (taubat....)
-Birthday aku. Dapat banyak kad. Paling best kad2 dari peminat comel yang dikirimkan dari Malaysia ^___^
http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/05/balas-surat-peminat-xd.html
Terharu, rasa diri dihargai (ceh....)
-Hidup sunyi tanpa Betty. Lebih-lebih lagi time stress nak exam. Tapi ku gagahkan diri. Sayang anak tinggal-tinggalkan! Moga kau sentiasa dalam lindunganNya.
June 2011
-Pegawai Negeri Sembilan, ayah Zin dan ibu Habsah nak pulang ke Malaysia. Kami pelajar2 medik N9 meraikan mereka dengan makan-makan atas kapal di Sungai Nil. Ayah Zin & Ibu Habsah sangat best. Semoga mereka sentiasa diberkati Allah.
-Masih dalam fatrah exam final. Mood waktu tu? Alaa...cam tak biasa pulak exam final. haha. Faham-faham je lah.
-Exam oral Physiology. Saya sayang Dr Magda :) http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/06/physiology-dan-senyum.html
July 2011
-Tahap kebengangan terhadap Arab Mesir lelaki yang gemar call tanpa henti mencapai tahap kentang. Konklusi: kalau nak block nombor orang, jangan lah guna Sony Ericsson. http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/07/your-phone-is-so-not-cool-if.html
-Misi mem'bersih'kan diri dari segala kekotoran di seluruh dunia.
-Sehari sebelum pulang ke Malaysia, berlaku kekacauan di kawasan Abbasiah. Diorang gaduh betul2 kat bawah rumah aku. Dah la aku tak packing satu barang pun lagi. Nasib baik keadaan reda malam tu jugak.
-Esoknya aku melarikan diri ke Malaysia. Lari la sangat >___<. Sebelum pulang, sempat berpesan kepada sahabat2 terdekat. Jaga diri masing2, jangan sedih2 sementara aku takde (ceh...)
August 2011
-Alhamdulillah, syukur sangat234 dapat menikmati Ramadhan bersama keluarga tercinta.
-Berlaku sebuah kisah sadis di mana akumalasnakungkitnantisendirijadipanashaha. Konklusi: baru aku tahu, forgiving is easy, but forgetting is never easy. http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/08/aku-golf-dan-ramadhan.html (ini bukan kisah Golf sebenarnya. adik gua dah salah paham. sebab dia minat golf. haha)
-Malam tu kami family belah ayah ramai2 berbuka puasa di rumah Maksu. Beberapa saat sebelum solat tarawih, dapat mesej dari Sakinah di Mesir "Salam Sarah. Alhamdulillah. Alfu mabruk. Kita jumpa tahun 3 k". Alhamdulillah! Tersenyum lebar aku sorang2, sambil bisik kat ibu.
-Beberapa hari sebelum raya, aku telah mencederakan Mr P (Peugeot 407) yang sangat disayangi semua. sobs. Osah la Sarah....dah lama tak drive. Dahsyat, sampai koyak tayar kereta! Bukan pancit ok. KOYAK. Nasib baik tak kena marah dengan ayah -____-".
-Bersempena dengan kepulanganku ke Malaysia (perasannn), maka banyaklah jemputan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan. Sekolah rendah, sekolah menengah, sahabat-sahabat seusrah dan lain-lain. Sampai ibu kata "Yela...orang busy. Asyik buka kat tempat lain je. Kesian ibu buka dengan ayah je,". sobs. Sedih la pulak. Tapi nanti kalau aku dah kahwin, macam tu la keadaannya kan? Buka rumah mertua, buka rumah kakak ipar. heh.
-Dapat jumpa balik dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Alhamdulillah. Semoga Allah pelihara ukhwah kita sampai ke syurga. http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/08/jejak-kasih.html
-Kak Saadah, naqibah ku masa di Malaysia selamat melahirkan seorang puteri. Alhamdulillah, lahir lagi seorang pejuang agama Allah. Semoga mereka sentiasa dalam rahmat Allah.
-Raya! Bila raya kat Malaysia, handphone tak henti2 masuk mesej. Macam2 mesej raya ada.
-Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dapat berhari raya di Malaysia. Allah beri rezeki aku untuk beraya buat kali terakhir dengan arwah nenek belah ibu. Raya di hospital. Thank You Allah for the chance. Al-Fatihah untuk arwah nenek.
-Raya 2011, mujur konvoi tahunan masih dijalankan. Rasa beruntung ^___^
http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/09/raya-2011-punya-cerita.html
September 2011
-Sahabat kesayanganku, 'Afifah Azam selamat mendirikan rumah tangga. Ya Allah, syukur sangat2 dapat hadir ke majlis pernikahan beliau. Macam-macam perasaan ada time sahabat sendiri akad nikah. Semoga Allah berkati mereka sekeluarga sehingga ke syurga. Amiiiin :).
-Dapat bertemu muka dengan sahabat sekolah rendah yang sangat dah lama tak jumpa. Munirah Zahari, pulang dari Australia. Datang beraya ke rumahku. Allah...Allah...syukur atas peluang ini :). Only God knows how much I miss her.
-5 September 2011, 12:02 waktu Malaysia. It's a promise :).
-Entah apa mimpi aku, tiba-tiba decided nak balik Mesir awal. Antara alasan paling tak boleh blah: tak tau nak buat apa kat Malaysia. Maka terbanglah aku pulang ke Mesir, setelah mengawalkan tiket. Awal sebulan bhai! hehe.
-11 September 2011, genap 10 tahun sejak peristiwa NYTC dilanggar garuda, aku pun menaiki pesawat pulang ke Mesir. Pulang dengan bertukar status ----> 3rd year medical student :).
-Bersama-sama ber AHLAN dengan junior-junior gen 11.
-25 September 2011. Alhamdulillah, thank You Allah for making things went smoothly. Mula mengatur hidup secara serius dan matang.
-Adik kesayangan, Aiman Naeim Mustaza masuk wad sebab denggi. Gelabah tak boleh blah aku dengar berita tersebut. Aiman jarang2 sakit. Huu. Alhamdulillah, Allah beri kesembuhan. I love you, bro.
Oktober 2011
-Arwah nenek belah ibu meninggal dunia. Ibu kata tenang wajah nenek. Semoga Allah cucurkan rahmat ke atas roh nenek. Mula2 dapat berita aku diam saja. Dia punya after effect menyebabkan aku mengurungkan diri seharian di rumah. Huhu. http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/10/blog-post.html
-9 Oktober 2011, lecture pertama sebagai pelajar tahun 3 ^___^. Allah...Allah...indahnya perasaan masa tu.http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/10/date-to-remember.html
-October is a month full of thoughts, discussions and decisions. ((Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkal lah kepada Allah...))
-IT 2011 :)
November 2011
-Pertama kali dalam hidup merasai apa itu 'on-call'. Tengah syok2 tidur lepas subuh (astaghfirullah...) tiba-tiba ada kawan call kata ada junior accident, minta aku pegi tolong tengok sebab lokasi dekat dengan rumahku. Haaa...time tu memang gelabah habes! Dengan mata berpinar baru bangun tidur, main sarung je baju yang jumpa, sarung kasut sukan (lol...), terus berlari ke lokasi kejadian. Sampai2 je tengok orang ramai berkerumun. Perghhh...perasaan time tu, Allah je yang tahu. Dalam hati kata 'nanti hari-hari on-call macam ni jugak ke perasaannya? kena panggil time tengah rehat, untuk uruskan hal kecemasan. fuh....'. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua pada masa akan datang.
-Demonstrasi besar-besaran di beberapa buah bandar besar di Mesir. Sempena pilihanraya!
-Musim sejuk main cak-cak dengan kami semua.
-Musim batuk bermula. Sebulan! Tak suka. Tapi bersyukur Allah bagi sakit. Alhamdulillah.
Disember 2011
-Birthday Aiman. Macam biasa, tak bagi apa-apa sebab ada kat Mesir (boleh terima ke alasan tu?). Mula-mula bajet nak buat entri satu sempena birthday dia, last2 tak buat sebab kekeringan idea. Masa balik bulan 2 dulu, ada belikan kad birthday untuk dia. Sebelum balik Mesir, dah siap tulis, letak sampul bagai. Pada hari kejadian, iaitu 9 Disember, aku lupa nak bagitau dia aku ada tinggalkan kad. Sengal ssssangat! Ape2 pun, I always love you, my brother.
-8 December 2011; I'm lucky because God blessed me with things I don't deserve. Alhamdulillah.
-15 December 2011; another day to remember ^___^.
-Got a lot of things. and the shiny circular thing *wink.
-Yang Dipertuan Besar N9 datang Mesir! Jangan main2... Dapatlah makan free kat hotel seribu bintang, Four Seasons. Walaupun tak dapat duit seperti yang dikhabaranginkan, at least dapat la jugak coklat DAIM pengubat duka. haha.
-Bila jadi student tahun 3, automatically, semua benda jadi lebih (over). Over-react, oversensitive, over...over...semua benda lah. Haha. Kesian. Kelakar. Kena terlebih study! Dan terlebih cemerlang! Amiiiin.
-Sekarang masih lagi bulan 12. Esok hari mengundi. Yeayy! Semoga yang terbaik menang.
-Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru. Tahun baru mengalu-alukan kami dengan exam yang berderrrret. Awesome.
-Selama hidup di Mesir, tak pernah pun rasa suasana tahun baru. Haha.
-Parti-parti Islam menang di kebanyakan negara di dunia. Semoga kemenangan ini tersebar di seluruh alam.
-Up! Up! Up Islam! Down! Down! Down kuffar! (dulu2 kat sekolah selalu semangat sorak ni ^___^ )
Sekadar catatan ringkas riwayat hidupku selama setahun. Usia amal bertambah tak? Iman macam mana? Kefahaman takat mana? Masih naik turun? Ikhlas dah tahap mana dah? Dah buat anjakan paradigma? Istiqamah tak dengan kebaikan? Atau masih di takuk lama?
Ya Allah, aku mohon Kau bimbinglah kami semua agar kami sentiasa berada pada jalan kebenaran, jalan yang Engkau redhai, jalan yang memuliakan agamaMu. Tetapkanlah hati-hati kami pada agama ini. Matikan kami dalam keredhaanMu. Amiiiin~
Jalan dakwah yang kau pilih itu bukan mudah,
Jalan dakwah yang kau pilih itu penuh dengan mehnah.
Maka mohonlah kekuatan,
Mohonlah agar hati itu ditetapkan,
Hanya pada jalan kebenaran.
1 play the melodies:
what a colorful year. moga Allah berkati masa kamu sebaiknya :)
29 December 2011 at 22:16love the pic. thanks for sharing it ^^
best regards,
farahnur
Post a Comment