*Izinkan aku ketawa guling-guling*
Okay. Meh sini aku bagitahu perkara sebenar.
Jangan puji lebih-lebih. Kalau boleh, jangan puji langsung. Sebab bermulanya aku melibatkan diri dengan perkara-perkara pelik, unik, menarik ni pun kerana aku bosan. Ya, aku seorang yang cepat bosan. Bosan dengan rutin. Bosan melakukan perkara yang sama setiap hari. Bosan tahu? Bosan.
Bila kita buat perkara yang sama setiap hari tanpa mencuba perkara baru, hidup terasa macam dull. Semua kelabu. Tak ada warna. Jadi apa salahnya sekali sekala, go beyond your routine. Cuba sesuatu yang baru. Masak resepi baru ke. Cuba menjahit baju ke (oh not for me for now). Lukis potret ke. Tulis novel ke. Guna camera canggih ke. Edit gambar ke. Buat video ke. Belajar tutorial After Effects ke. Main sejenis sukan yang tak pernah dimain ke. Apa-apa sajalah. Asalkan perkara baru dalam hidup.
At the same time, dapatlah tambah soft skill dalam diri. Seterusnya terealisasilah cita-cita menjadi manusia yang all-rounder. Hah. Dah macam debate pulak. Takdelah. Pointnye sekarang, apabila anda rasa bosan dengan hidup, cubalah sesuatu yang baru. Janganlah bila bosan, layan facebook. Layan facebook pun bosan jugak kan? Haha. So ape tunggu lagi. Do something new. But at the same time, jangan tinggalkan rutin yang baik, yang boleh membentuk diri menjadi hamba Allah yang sentiasa diredhai. Kau nak cuba buat benda baru, buatlah. Tapi jangan sampai tinggal solat. Kau nak cuba masak resepi baru, buatlah. Tapi jangan sampai buat maksiat. Oh yang tu macam tak ada kaitan. Paling penting, bila nak buat sesuatu, niatkanlah kerana Allah. Moga-moga apa yang dikerjakan tu mendapat keberkatan.
-apamotifgambarini-
Dulu, masa tengah menonton EPL, seseorang pernah berkata "Look at yourself. Cheering, supporting your favourite team & players. But at the end, they are the players. And you are just a spectator". Paham tak? Sekarang ni bukan lagi zaman untuk mengagumi, tapi zaman untuk mencuba, menguasai. Jangan buang masa kata "Weh...hebat gile ko pandai buat itu ini!". Cut the crap.
Seorang mak cikku pernah berkata "Make yourself useful". Hah. Ambik ko. Ye, aku tahu sekarang ni kita tengah belajar bersungguh-sungguh, supaya nanti dah ada kerja, boleh berkhidmat untuk masyarakat. Useful la tu kan? Tapi dalam masa nak tunggu habis belajar dan dapat kerja, takkan tak boleh jadi useful kan? Takkan kena tunggu jadi doktor baru boleh bantu orang lain. Stop making excuses. Selaku umat Islam, kita tak perlu tunggu esok untuk menyumbang sesuatu untuk agama, untuk ummah. Guna bakat, guna idea, guna tenaga. Kalau orang Yahudi yang bilangan sikit tu boleh berjaya, takkan kita umat Islam yang berkali-kali ganda lebih ramai ni tak boleh. Dah la. Sekarang bukan zaman mereka lagi. Sekarang zaman kita! Ayuh muslim. Bangkit!
3 play the melodies:
kalau bosan, jenguk2 la blog ni: http://www.jemariseni.com. peluang untuk penulis2 mcm sarah! motif gmbr tu, maknanya kalau dah bosan sangat, line putus contohnya, gunalah benda tu 4 write some story.hehe..
10 December 2010 at 17:40hah..nak develop soft skill x speaking ganu pekat sgt.
10 December 2010 at 23:59ustaz hafizi: terima kasih. siap bagi link. insyaAllah, bosan2 nanti saya publish novel (perghh).
11 December 2010 at 06:04kak jijah: saya nak develop soft skill jugak. iaitu memahami loghat ganu. hehe
Post a Comment